Showing posts with label pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok. Show all posts

Friday, 30 November 2012

60 Saat


Semua orang tahu hati aku beku. Semua orang tahu aku seperti Laut Mati yang tidak berpenghuni. Ianya ada dan dapat dilihati, tapi dalamnya kosong tanpa apa-apa hidupan. Seperti juga hati aku, kadang-kadang aku sendiri pelik, aku ni manusiakah? Kerana hati aku kosong dan beku, tanpa perasaan.
Tapi…
1 Muharram 1434.
Satu tarikh yang mengejutkan diri aku sendiri. Kerana, untuk 60 saat itu, hati aku terdetik, “I wish he was mine.”
Mungkin kerana wajahnya yang menyejukkan hati seperti melihat pokok-pokok yang menghijau di luar tingkap ini. Mungkin kerana selama menumpang hidup di rumahnya, aku mengenali dia yang sebenar. Mungkin kerana dia pakai jubah hitam dan kopiah yang buat aku tergamam. Mungkin kerana kebaikannya dan tanggungjawabnya kepada keluarga yang membuatkan dia kelihatan sangat kacak.
Ah, tapi itu hanya untuk selama 60 saat.
60 saat yang mengelirukan setelah aku melihat dia dengan air wudhuk yang baru sahaja dia ambil, dan mungkin sebab jubah hitam itu menyerlahkan diri dia.
Tapi, aku tahu sama sekali detikan hati aku itu tidak mungkin akan terjadi.
Dan selepas 60 saat, aku sendiri tidak mahu perkara itu terjadi.
Dan, hati aku beku semula. seperti dalam hati ini tidak pernah terdetik apa-apa.
Pokoknya, ianya hanya terjadi selama 60 saat.
Titik.

Wednesday, 21 November 2012

helo.

tuuuttt. tuuuttt.

"helo?"

aku diam membisu. nafas masih laju. dan aku tersandar di pokok. menahan darah dari mengalir laju di perut.
kedengaran di hujung talian helo berkumandang lagi. aku menarik nafas dan mebutngumpul tenaga untuk menjawab.

"helo. aku ni."

"hah, kenapa?"

"dengar dan catit kalau boleh. kalau sampai lusa aku tak contact kau balik. kau datang taman hari tu dekat pokok yang kita lepak selalu tu. dari situ kau jalan sepuluh langkah menghala matahari terbenam. dekat situ aku tanam semua bukti yang kita kumpul dari dulu. aku dah terdesak. and aku tak boleh lama. dia orang tengah kejar aku. tolong tengokkan family aku kalau aku dah takda. ok. bye."

butang end call aku tekan. sambil menyeringai menahan bisa luka di perut. aku buka compartment bateri dan keluarkan simnya dan patahkan. telefonnya pula aku leraikan dan aku baling sejauh mungkin. aku tak mahu usaha aku selama ini sia-sia.

bunyi dahan dipijak dari belakang memeranjatkan aku dan aku tersenyum sendiri.

"kau lambat"

"maaflah, traffic jem. tahulahkan. kl."

"heh. kau dengan lawak bodoh kau. tak habis-habis"

"kau dah nak mampus pun boleh berlagak macho. macam ni lah. kau serahkan aje dekat aku semuanya. kau ada peluang nak hidup lama lagi."

"aku mati hidup balik pun takkan aku bagi dekat kau. kau tak layak jadi ketua. kau sampah!"

"banyak bunyi pulak kau kan. kau patut bersyukur aku bagi peluang kedua. tak ramai dapat peluang macam ni."

"aku tak perlu peluang kedu...

"dah nak mampus pun banyak bunyi. tak guna punya manusia."

*****************

"hello, jib. setel. tapi bukti tu semua tak dapat recover,

ok. ok. dalam sejam lagi aku sampai office."

************************

seminggu kemudian, terpampang di dada berita. tentang skandal antara salah seorang ketua negara dengan iseri bekas menteri kewangan dan skandal tentang bekas menteri kewangan dengan anak lelaki salah seorang ketua negara.......

Sunday, 11 November 2012

pokok-nya


sayang, kalau saya kata saya rindukan awak,awak buat apa?

tembak saya sampai hancur kepala dan gantungkan badan saya pada pokok kelapa supaya tak boleh rindu awak?
atau awak cuma datang jumpa saya main kejar kejar dengan saya sekeliling pokok buat rindu saya hilang?

mungkin tak juga. sebab saya bukan rindu awak.





pokoknya,
saya rindu awak yang dulu.


Saturday, 10 November 2012

Mati.

Aku ingat lagi pokok itu. Tempat kali terakhir mereka lihat aku. Tempat kali terakhir aku menghirup udara segar. Tapi apa yang mereka tak tahu  pokok itu  juga tempat aku bersemadi. Dan kini aku menanti di pokok itu menunggu peluang untuk membalas dendam kesumat. Ai jantan celaka yang meragut nyawaku.

Friday, 9 November 2012

Pohon Rindu




Untuk kekasih raga beta,

Lembayung senja kelihatan merah
Cantik dan sungguh indah
Ada biasan yang terlukis
Yang bikin segalanya manis

Di bangku putih itu
Di bawah pohon rendang itu
Kau pegang erat jemari aku
Aku pandang tepat mata kamu

Bersaksikan bayu
Kau luahkan isi hatimu
Yang selama ini aku tak pernah tahu
Sungguh, aku terharu

Dan bila segalanya sudah berlalu
Aku masih tetap disitu
Mengingati momen kau dan aku
Tentang rasa hati yang bersatu

Bila rindu datang mencuit hati
Lantas saja aku mencari kembali
Pohon yang satu, tetap teguh utuh
Seperti janji kita yang telah sebati

Pohon yang jadi saksi
Dua hati bersatu dengan janji.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...