Wednesday 21 November 2012

helo.

tuuuttt. tuuuttt.

"helo?"

aku diam membisu. nafas masih laju. dan aku tersandar di pokok. menahan darah dari mengalir laju di perut.
kedengaran di hujung talian helo berkumandang lagi. aku menarik nafas dan mebutngumpul tenaga untuk menjawab.

"helo. aku ni."

"hah, kenapa?"

"dengar dan catit kalau boleh. kalau sampai lusa aku tak contact kau balik. kau datang taman hari tu dekat pokok yang kita lepak selalu tu. dari situ kau jalan sepuluh langkah menghala matahari terbenam. dekat situ aku tanam semua bukti yang kita kumpul dari dulu. aku dah terdesak. and aku tak boleh lama. dia orang tengah kejar aku. tolong tengokkan family aku kalau aku dah takda. ok. bye."

butang end call aku tekan. sambil menyeringai menahan bisa luka di perut. aku buka compartment bateri dan keluarkan simnya dan patahkan. telefonnya pula aku leraikan dan aku baling sejauh mungkin. aku tak mahu usaha aku selama ini sia-sia.

bunyi dahan dipijak dari belakang memeranjatkan aku dan aku tersenyum sendiri.

"kau lambat"

"maaflah, traffic jem. tahulahkan. kl."

"heh. kau dengan lawak bodoh kau. tak habis-habis"

"kau dah nak mampus pun boleh berlagak macho. macam ni lah. kau serahkan aje dekat aku semuanya. kau ada peluang nak hidup lama lagi."

"aku mati hidup balik pun takkan aku bagi dekat kau. kau tak layak jadi ketua. kau sampah!"

"banyak bunyi pulak kau kan. kau patut bersyukur aku bagi peluang kedua. tak ramai dapat peluang macam ni."

"aku tak perlu peluang kedu...

"dah nak mampus pun banyak bunyi. tak guna punya manusia."

*****************

"hello, jib. setel. tapi bukti tu semua tak dapat recover,

ok. ok. dalam sejam lagi aku sampai office."

************************

seminggu kemudian, terpampang di dada berita. tentang skandal antara salah seorang ketua negara dengan iseri bekas menteri kewangan dan skandal tentang bekas menteri kewangan dengan anak lelaki salah seorang ketua negara.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...