Semua
orang tahu hati aku beku. Semua orang tahu aku seperti Laut Mati yang tidak
berpenghuni. Ianya ada dan dapat dilihati, tapi dalamnya kosong tanpa apa-apa
hidupan. Seperti juga hati aku, kadang-kadang aku sendiri pelik, aku ni
manusiakah? Kerana hati aku kosong dan beku, tanpa perasaan.
Tapi…
1
Muharram 1434.
Satu
tarikh yang mengejutkan diri aku sendiri. Kerana, untuk 60 saat itu, hati aku
terdetik, “I wish he was mine.”
Mungkin
kerana wajahnya yang menyejukkan hati seperti melihat pokok-pokok yang menghijau di luar tingkap ini. Mungkin kerana selama menumpang hidup di
rumahnya, aku mengenali dia yang sebenar. Mungkin kerana dia pakai jubah hitam
dan kopiah yang buat aku tergamam. Mungkin kerana kebaikannya dan
tanggungjawabnya kepada keluarga yang membuatkan dia kelihatan sangat kacak.
Ah,
tapi itu hanya untuk selama 60 saat.
60
saat yang mengelirukan setelah aku melihat dia dengan air wudhuk yang baru
sahaja dia ambil, dan mungkin sebab jubah hitam itu menyerlahkan diri dia.
Tapi,
aku tahu sama sekali detikan hati aku itu tidak mungkin akan terjadi.
Dan
selepas 60 saat, aku sendiri tidak mahu perkara itu terjadi.
Dan,
hati aku beku semula. seperti dalam hati ini tidak pernah terdetik apa-apa.
Pokoknya, ianya hanya terjadi selama 60 saat.
Titik.
No comments:
Post a Comment