Kita kenal
waktu aku berusia 11 tahun
Kau sangat
manis padaku
Walau kita
jauh walau kita jarang berhubung
Kau tak lupa
aku dan aku tak lupa engkau
Kau sering
menghantar hadiah buatku
Pada tanggal
hari aku lahir di dunia
Kau tak
pernah lupa mengucapkan selamat hari lahir
Kau sangat
manis, ya, kau sangat manis.
Kau sering
lontarkan kerisauan kau pada aku
Kau sering
mengambil berat pada aku
Kau sentiasa
melayan kerenahku
Kau sentiasa
tertawa dan buatku tersenyum
Bilang pada
aku,
Bagaimana harus
aku melupakan kamu?
Kau sangat
manis pada aku, sangat manis.
Tapi, kau
mula jauh saat kau kenal dia
Kau mula menjarakkan
diri
Kau lupakan
aku tika aku susah
Kau tinggalkan
aku tika aku tidak punyai kekuatan
Kau lupakan
aku, kau lupakan aku…
Kau yang
manis bertukar menjadi seseorang yang aku tidak kenali
Kau tinggalkan
aku, kau tinggalkan aku…
Aku pernah
bilang pada diri
Aku akan
lupakan kamu sepenuh hati aku
Tapi, tapi,
tapi…
Kau sangat
manis dan memberi pengalaman manis
Enam tahun
kita rapat, enam tahun!
Bilang pada
aku,
Bagaimana harus
aku melupakan kamu?
Selepas dua
tahun, kau mahu kembali pada aku
Kau putus
sama dia dan kau cari aku
Kau ingin
aku menjadi seperti dahulu
Tapi sorry
lah sorry lah
Aku bukan
lagi gadis yang sama
Aku bukan
gadis yang kau kenal dulu
Kita tak
pernah bermula sebagai kekasih
Dan kita
juga tidak akan berakhir sebagai kekasih
Aku akan
tetap simpan kau kemas-kemas
Dalam lipatan
sejarah dan ingatan aku
Kau masih
manis, dan kau masih lelaki yang sama
Tapi aku
sangat beku dan bukan gadis yang sama
Kini bertahun
lagi sudah berlalu
Kau berubah
dan aku berubah
Kita membawa
haluan masing-masing
Tapi aku
tahu, kau masih tetap sayangkan aku.
Aku hanya
mampu ucapkan,
Terima kasih.
4 comments:
Kalau sayang kata sayang.
Kalau tak jangan terlalu dikenang.
Simpan jadi kenangan indah buat ingatan satu hari nanti. Eh, mcm sekarang. Hee
pemuzik jalanan: teehee~ :)
ada bakat ni. hehe
btw,
sadis kisah cinta ni.
alif haris, bakat? bakat penglipur lara? haha..
Post a Comment