Thursday, 10 January 2013

Lelaki Sigaret Ceri, Cherry Blossom


Kegilaan aku masa kini adalah dia, ya dia. penghisap sigaret berperisa cherry.
mari aku ceritakan apa yang aku gilakan.

Kelmarin malam, aku mimpi bertemu seorang lelaki yang tinggi nya melepasi bahu aku, dengan kulit agak putih, seakan anak cina.Dia mengajak aku berbual, kami duduk di tangga berhampiran bangunan kediaman dia.
Saat itu, dia tanyakan aku, " apa yang buat aku tertarik pada seorang lelaki".
Jawab aku, aku tak perlukan lelaki yang rupa paras nya menarik, itu tak penting, tapi bagi aku,
aku mahu lihat hati dia dulu.
Dia diam,

Dia bukakan setin pepsi untuk aku, aku sambut. Aku minum seteguk, lalu aku serahkan kembali pada dia,
dia minum di takuk yang sama, aku diam cuma mengukir senyum dan buang pandang ke jalan.
Suasana jadi diam, hanya terdengar angin, bunyi kenderaan lalu lalang, aku pandang dia,
dia yang kini termenung, menungkan tin pepsi ditangan.

" jauh sangat kau menung, tembus nanti tin tu. bocor pula", tegur aku.

" tak boleh ke, biarlah", dan dia meneguk.

Aku diam, tak membantah tak pula setuju. Serakan angin makin kuat, rambut dia kini ikut berterbangan, lalu dia ambil topi, dan kenakan , agar tak serabut. Sempat juga aku mengomel." Panjang benar rambut, kalah rambut aku tahu". Dia seperti biasa, hanya mengukir senyum.

Dia keluarkan sekotak rokok, tapi agak halus kotak nya. Aku minta lihat, dan dia suakan pada aku.

" Perasa cherry, pernah dengar?"

Aku angguk perlahan, dan dia keluarkan sebatang rokok, dan kemudian aku ambil dari dia. Dia agak terkejut,
" nak buat  apa, bak sini bagi aku"

" aku nak bau je, boleh? nak isap jugak"

" jangan nak mengada lah, tak elok ."

Rokok bertukar tangan, terus dinyalakan.. isap dalam-dalam... kepulan asap dilepaskan jauhjauh. serentak bau ceri disekeliling aku.Dan saat itu, aku suka bau itu. Asap itu kemudian nya, makin tebal, dan tebal.
Aku terjaga dari mimpi.

Tapi, ada bau ceri yang melekat di pipi dan tangan.
aku tersenyum.

dan aku sangat rindukan dia, lelaki bersigaret ceri yang aku namakan "cherry blossom",

"Yang namanya Cherry tu selalunya indah dan manis bukan.
Tapi cherry blossom kali ni benar-benar memikat aku.
Kerana ada sesuatu tentang dia."

"Dia
sekotak dunhill merah
sekotak sigaret perisa cherry
sepasang mata yang kuyu
senyuman yang diukir bila aku rajuk
pujukan lembut dari dia.
Dan hari ini aku rindukan dia. 
Moga Tuhan izinkan aku ketemu lagi."

3 comments:

Lelaki Ini said...

wah, macam best je ada rokok peris ceri

Niya Adriane said...

Von Eicken Cherry flavour, cubalah..

ejulz said...

mcm tgh rindu je ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...