Thursday 10 January 2013

Kau Yang Manis

Bismillah...





Kita kenal waktu aku berusia 11 tahun
Kau sangat manis padaku
Walau kita jauh walau kita jarang berhubung
Kau tak lupa aku dan aku tak lupa engkau
Kau sering menghantar hadiah buatku
Pada tanggal hari aku lahir di dunia
Kau tak pernah lupa mengucapkan selamat hari lahir
Kau sangat manis, ya, kau sangat manis.
Kau sering lontarkan kerisauan kau pada aku
Kau sering mengambil berat pada aku
Kau sentiasa melayan kerenahku
Kau sentiasa tertawa dan buatku tersenyum
Bilang pada aku,
Bagaimana harus aku melupakan kamu?
Kau sangat manis pada aku, sangat manis.
Tapi, kau mula jauh saat kau kenal dia
Kau mula menjarakkan diri
Kau lupakan aku tika aku susah
Kau tinggalkan aku tika aku tidak punyai kekuatan
Kau lupakan aku, kau lupakan aku…
Kau yang manis bertukar menjadi seseorang yang aku tidak kenali
Kau tinggalkan aku, kau tinggalkan aku…
Aku pernah bilang pada diri
Aku akan lupakan kamu sepenuh hati aku
Tapi, tapi, tapi…
Kau sangat manis dan memberi pengalaman manis
Enam tahun kita rapat, enam tahun!
Bilang pada aku,
Bagaimana harus aku melupakan kamu?
Selepas dua tahun, kau mahu kembali pada aku
Kau putus sama dia dan kau cari aku
Kau ingin aku menjadi seperti dahulu
Tapi sorry lah sorry lah
Aku bukan lagi gadis yang sama
Aku bukan gadis yang kau kenal dulu
Kita tak pernah bermula sebagai kekasih
Dan kita juga tidak akan berakhir sebagai kekasih
Aku akan tetap simpan kau kemas-kemas
Dalam lipatan sejarah dan ingatan aku
Kau masih manis, dan kau masih lelaki yang sama
Tapi aku sangat beku dan bukan gadis yang sama
Kini bertahun lagi sudah berlalu
Kau berubah dan aku berubah
Kita membawa haluan masing-masing
Tapi aku tahu, kau masih tetap sayangkan aku.
Aku hanya mampu ucapkan,
Terima kasih.



4 comments:

pemuzik jalanan said...

Kalau sayang kata sayang.
Kalau tak jangan terlalu dikenang.

Simpan jadi kenangan indah buat ingatan satu hari nanti. Eh, mcm sekarang. Hee

Zehan Ilyana said...

pemuzik jalanan: teehee~ :)

Alif Haris said...

ada bakat ni. hehe

btw,
sadis kisah cinta ni.

Zehan Ilyana said...

alif haris, bakat? bakat penglipur lara? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...