Tuesday 24 July 2012

Meriam dan terawih

Azan Isya' dari jauh sayup-sayup kedengaran. Masa untuk terawih. Rosman capai kopiah. Ditepuk-tepuk dua tiga kali, lalu dipakai. Memang habuk tak tanggal mana pun hasil dari tepukan tak seberapa tu. Tapi bagi Rosman asal ada usaha cukuplah. Beliau bergegas keluar rumah. Keadaan malam di Kampung Kera Sundal  itu gelap gelita.

Beliau memandang kearah motor. Memikirkan harga minyak semakin mahal, dan jarak ke masjid tak berapa jauh, beliau decide untuk pergi jalan kaki saja. Lagipun apalah ertinya pingat emas lumba jalan kaki peringkat daerah 2003 yang tergantung didinding rumahnya kalau pergi masjid pun naik motor.

Masjid Al-Taqwa itu tak jauh. Selang tiga rumah saja. Rumah Leman Teleng , rumah Wak Saruman, dan rumah mak cik cleaner sekolah agama kampung sebelah, apa entah namanya. Rumah Wak Saruman dengan rumah makcik cleaner ni tak ada bagi masalah bagi Rosman. Cuma nak lalu depan rumah Leman Teleng itu seumpama satu ancaman nyawa bagi Rosman.

Sudah sepuluh tahun berturut-turut setiap malam bulan puasa, anak-anak Leman yang kurang tatasusila dan budi bahasa ini akan menyalakan meriam buluh, dan yang lebih ganas, menghalakannya kearah jalanraya yang jauhnya tak lebih lima meter dari barrel meriam itu. Lebih mengjengkelkan anak-anak Leman Teleng ni suka menyorok bersama-sama meriamnya dibelakang semak samun untuk menunggu mangsa.

Lima tahun lepas anak perempuan Pak Sudir yang berumur 10 tahun ketika itu, menjadi mangsa. Mungkin tak ada sebarang kecederaan fizikal  padanya memandangkan meriam buluh ini bukan macam meriam portugis yang diisi peluru. Ia cuma meletupkan belerang didalamnya. Namun trauma yang dialami membuatkan beliau kini berada disekolah pendidikan khas kerana terencat akal dan kekurangan pendengaran.

Rosman semakin hampir ke rumah Leman Teleng. Dari jauh beliau meneliti keadaan halaman rumah Leman Teleng. Disuluhnya dengan torchlight berkali-kali. Tiada tanda orang berkeliaran. Semak juga dah ditebas. "Mungkin dah insaf agaknya. Diorang pun masing-masing dan 20-an. Takkan lah nak main lagi meriam-meriam ni"

Rosman berjalan dengan tenang melintasi rumah Leman Teleng. Syukur kerana sudah tiada lagi ancaman meriam buluh dimalam ramadhan. Rosman berjalan melalui rumah Wak Saruman. Meriah halaman rumahnya kerana cucu-cucu Wak Saruman pulang.

Rosman tersenyum melihat gelagat cucu-cucunya. Ada yang memasang pelita, ada yang berkejar-kejaran, ada yang bermain bunga api, dan ada yang bermain meriam buluh.





"Oh shit."




8 comments:

Wadi AR said...

kalau dah penyakit keturunan memang begitu

arfasyrf said...

oh shit. kahkahkah.

amrlaqm said...

trauma sampai terencat akal tuuuu.
hahaha

fi said...

kira tiru perangai jiran ke apa nih

El said...

wadi: penyakit sekampung. hahaha

El said...

arfasyraf: watak brader ni ada dua dialogue jer. haha

El said...

akem: effect yg mendalam. siapa tahu. haha

El said...

aku: jiran borek, jiran rintik. entah apa benda aku ckp ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...