Tuesday, 24 July 2012

Pak Samad bilal masjid.


Hari ini hari pertama puasa. Pak samad bilal masjid di kampong yang telah didiami lebih 3 dekad seorang diri sejak kematian isterinya akibat kanser payudara. Dia tidak punya anak gara-gara kegilaan dia menghisap rokok menyebabkan dia mati pucuk di usia muda. Konklusinya, pak samad seorang bilal yang tinggal seorang diri di hujung kampong.

Hari pertama puasa, Pak Samad sibuk menyiapkan sedikit juadah kuih muih buat majlis berbuka puasa di masjid. Dia teruja, hasil masakannya akan dijamukan ke penduduk kampung yang berbuka di masjid. Di pendekkan cerita, pak samad pun membawa kuih muihnya ke masjid untuk di kumpulkan dan disediakan wanita-wanita yang berbuka di masjid.

Azan Maghrib pun berkumandang. Kelihatan pakcik makcik sang jejaka, anak gadis, dan kanak-kanak kecil bersama-sama berbuka puasa di masjid kecil itu. Ada yang sedang bergelak tawa bercerita, ada yang perlahan-lahan menguyah tamar, ada yang sudah kali ketiga mengisi gelas dengan air sirap buatan tangan makcik timah.

Sedang pak samad membasuh tangan bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib, dia terpandang dua kanak-kanak kecil sedang membuang lebihan makanan yang boleh dikatakan banyak ke dalam tong sampah. Darah menderu laju ke kepala, pantang nenek moyang Pak Samad makanan dibazirkan begitu sahaja. Dia hafal ceruk muka dua orang kanak-kanak kecil itu. Sembahayang maghrib dilupakan. Dia ada misi yang perlu diselesaikan.

Pak Samad pungut kayu belati lebihan peralatan besarkan masjid. Dia mengikut setiap langkah dua kanak-kanak itu.

“sialan punya budak, dah lah membazir. Tak sembahyang maghrib. Merokok pulak tu. Kemain kurang ajar lagi perangai dieorang ni. Nak kena ni.”

Dua kanak-kanak kecil yang tengah bajet cool hisap rokok belakang tandas masjid itu tidak merasakan bala yang menghampiri. Masih seronok menghisap rokok saat yang kalau abang-abang dia nampak. Memang dah ludah dah muka kanak-kanak ni.

BUKKKK! BUKKKKK!

Dua kali hayunan tepat ke kepala setiap seorang kanak-kanak itu. Jatuh terjelepuk. Pengsan.  Pak Samad tersenyum. Dia letakkan kembali kayu belati tadi ke tempat asal. Dia heret kanak-kanak itu terus sampai ke rumahnya. Nasib baik rumah dekat, kalau jauh boleh pengsan jugak Pak Samad nak heret kanak-kanak tu.
Usai mengikat kedua kanak-kanak itu ke tiang rumah. Pak Samad simbah sebaldi air biar kanak-kanak tu terjaga dari tidur.

“Kau tau tak membazir tu kawan syaitan! Kau tau tak merokok tu salah bagi budak bawah umur! Kau tau tak kalau tak sembahyang tu dapat dosa! Kau nak jadi syaitan sangat kan? Hah. Biar aku ikat kau sampai syawal nanti! “

Pak samad tersenyum. Dia cucuh rokok sebatang sambil menghembuskan asap ke muka kedua kanak-kanak tu.

“Dasar setan, berat dosa. Kan aku dah lapar balik.”

Pak samad ambil pisau, dia toreh perlahan-lahan tangan kanak-kanak itu. Dia ambil. Dan panggan atas dapur gas. Selesai, dia makan cicah sos depan kanak-kanak tadi. 

“sedap jugak daging setan ni. Mungkin esok aku boleh buat daging salai masak lemak buat hidangan berbuka puasa untuk orang masjid”

Dan esoknya,  kesemua  yang berbuka di masjid memuji daging salai masak lemak pak samad. Sehingga menjilat jari kata makcik timah lagi. 

9 comments:

peah masih ohsem said...

ya Allah, jgn psiko aku cam ni, kang aku mimpi ngeri. hiksss

arfasyrf said...

eh. mana ada psiko. mana ada. *asah parang*

akem said...

oi ini cerita ngeri ni!
hahahaha

aku said...

puasa-puasa nak membunuh ke? rupa-rupanya pak samad yang syaiton. terlepas ke apa orang tua nih

arfasyrf said...

sapa suruh buat tema susah woi! kakakakaka. kan ada romadhonnn tu! kira aci la ni! kakakaka

ஜ miss klanika ஜ said...

cilake. pak samad sendiri la setan mau cenggini .

Wawa.Wafiyyah said...

sebulan aku puasa daging lepas ni..

si robot comel said...

woiii pak samad gila!

si robot comel said...

woiii pak samad gila!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...