Sunday, 22 July 2012

Hari Pertama


“Akmal, bangun nak, sahur..” Zarina mengejutkan anaknya Akmal yang sedang nyenyak tidur untuk bangun bersahur. “Kena sahur ke ibu?” Akmal menjawab sambil menggosok-gosok matanya. “Mesti la. Kalau tak sahur nanti lapar pulak sementara nak masuk waktu berbuka.” Zarina menjawab perlahan. Dia tersenyum apabila memikirkan bahawa hari itu adalah kali pertama anak sulungnya itu berpuasa.

“Tahun ni umur mal dah masuk 7 tahun. Bukan budak kecik lagi dah. Dah boleh puasa dah ni” kata Zarina.

“7 tahun tu kecik lagi la ibu.. alaa tunggu lah bila mal dah masuk sekolah menengah nanti baru mal puasa, boleh tak? Boleh la boleh laaaa. Hurmm..” Akmal menarik muka masam.

Zarina tersenyum melihat gelagat anaknya itu.“Ish anak ibu ni pandai bagi alasan ye. Tak boleh la macam tu mal. Mal kena cuba jugak puasa. Mal kan lelaki. Lelaki kena lah kuat. Ok sayang?"

“Kalau mal tiba-tiba lapar masa tengahari nanti macam mana ibu?”

“Mal jangan risau. Sebab tu ibu suruh makan sahur ni. Bila kita bersahur, InsyaAllah perut kita ni akan tahan sampai waktu berbuka nanti. Ha waktu berbuka nanti ibu masak ayam goreng nak? Mal kan suka ayam goreng?”

“Betul ni? Hurm okay ibu! Hihihi.” Akmal menjadi bersemangat apabila mendengar perkataan ayam goreng.


                   **************************************************************************************

Jam yang tergantung di hadapan kelas menunjukkan pukul 10 pagi menandakan waktu rehat bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 telah bermula. Akmal hanya termenung di dalam kelas. Dia memerhatikan rakan-rakannya. Ada segelintir yang juga berpuasa sama sepertinya, duduk sahaja di dalam kelas sambil bersembang. Ada beberapa murid yang berbangsa India keluar menuju ke kantin. Tiba-tiba Akmal terpandang Mimi yang sedang memakan roti secara sembunyi di tepi meja. 

“Mimi! awak tak puasa eh?” Akmal dengan bersahaja menegur Mimi.

“Oi jangan la cakap kuat-kuat!” Mimi sedikit terkejut.

“Kenapa awak tak puasa?”

“Kita tak larat la nak puasa satu hari. Mak kita cakap kalau tak larat puasa satu hari, boleh puasa setengah hari je. Takpe. Mak kita cakap macam tu. Kita pun ikut je la. Hihihi.”

“Eh mak saya tak cakap macam tu pun? Kenapa mak awak je yang cakap macam tu?”

“Mana la kita tau. Dah dah pergi jauh-jauh. Kita nak makan ni.” Mimi kembali meneruskan aktivitinya yang terganggu sebentar tadi.

Akmal kembali ke tempat duduknya dengan perasaan yang hampa. Kemudian dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pensel sebelum mula melukis kartun untuk menenangkan jiwanya yang sedang meronta-ronta kerana lapar.

“Mal, macam mana puasa kat sekolah tadi? OK tak anak ibu ni?" Ujar Zarina apabila melihat muka Akmal yang masam sebaik sahaja pulang dari sekolah.  “Ibu, lambat lagi ke nak bukak puasa? Mal dah lapar ni.” jawab Akmal perlahan. Dia benar-benar letih. “Sabar ya anak ibu, lagi 4 jam dah boleh bukak puasa. Nak ayam goreng tak? Kalau nak, kena tahan eh. Hehe.” 

“OK ibu!” Akmal kembali bersemangat apabila mendengar perkataan ayam goreng.

                      *****************************************************************************************

Telah masuk waktu berbuka. Sewaktu mereka sedang menjamu selera, Akmal tiba-tiba membuka perbualan.

“Ibu, seronok la puasa hari ni! Akmal puasa sehari tau!” ujar Akmal dengan penuh bangga.

“Tahniah anak ibu." Zarina tersenyum melihat Akmal. "Ha kan ibu dah cakap tadi. Bukannya teruk sangat puasa ni. Yang penting, kena banyak bersabar.  Esok nak puasa lagi tak?”

“Esok? Esok ada puasa lagi ke ibu? Bukan hari ni je ke?”

“Puasa ni sebulan sayang. Dalam sebulan ada tiga puluh hari. Jadi, tiga puluh hari lah kita kena berpuasa di waktu siang.” Zarina menerangkan pada anaknya itu.

“Tiga puluh hari?? Alamakkkk!!!”




24 comments:

syafiqakarim said...

puasa elok elok ya mal.
jgn ikut mimi -.-



hahaha
salam ramadhan warga komrad

si ngokngek said...

eh sentap pulak si akmal.ngada lah mimi tu..haha

selamat berpuasa geng komrad

M.Syafiq Ali said...

mimi cuti sebab period.

eszyamin said...

alhamdulillah..dah jadi bapa orang nanti aku pon nak didik anak aku cmni..sebab aku dulu pon setat belaja pose umo 5tahun sampai muntah2 kt bazar sbb terlampau perot kosong...


happy puasa akem

akem said...

iqa


mimi ikut perangai kakak dia kot.
hahahaha :P


selamat berpuasa! :D

akem said...

ngokngek


kan? mengada2nya si mimi tu.
hahahaha


selamat berpuasa! :D

akem said...

ubi



sebenarnya, itu adalah idea asal cerpen ni.
kahkahkah

akem said...

eszyamin



haha biasa la tu budak2. hehe
k semoga anak kau nanti jadi kuat macam akmal ye.


selamat berpuasa! :D

aku said...

aqem,

pesan kan mal, akak comel suka dia.

Wadi AR said...

mcm cite upin ipin pule

akem said...

fyza


dia cakap terima kasih sbab suka dia.
dan dia tahu, dia memang comel.
hahahaha

akem said...

wadi


haaaa.
ini upin ipin versi sindiketkomrad :D

peah masih ohsem said...

alamak, aku ingat puasa sampai esok jek. hmmmm. baru nak raya :'(

Wawa.Wafiyyah said...

comel!

akem said...

peah


adik, puasa sebulan tau.
kalau tak penuh, tak boleh raya.
kahkahkah!

akem said...

wawa


aku mmg comel.
thanks wawa :')


hahaha

Lizzie Yasmin said...

1st time posa pun dia dah teror..

akem said...

lizzie


sebab nak dapat ayam goreng~
hehehe

Elie Lily said...

Salam ramadhan ya! :)

LELAKI INI said...

hahaha
kesian dia!

akem said...

elie


salam ramadhan :)

akem said...

lelaki ini



haaaaa.
dia ingat puasa ni sehari je.
haha

aqmalazmi said...

akmal memang kelakar "esok kena puasa lagi ke ibu" HAHAH TERUK betul akmal nie ! :P

akem said...

mal


tak baik kutuk diri sendiri.
kahkahkah :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...