Thursday 28 June 2012

terima kasih, awak.

"terima kasih, awak." mata aku bersinar-sinar melihat lelaki di depan aku. tubuh lelaki itu tegap. rupa kacak. kulit putih. senyum manis. peh! cair hati aku bila tengok lelaki pesen macam ni. serius.
"sama-sama. lain kali jalan tu hati-hati ya, awak. erm.. kalau tak biasa pakai tumit tinggi, jangan pakai. nanti jatuh, terseliuh pulak kaki," ucap si lelaki sambil memapah aku berjalan masuk ke kereta. habis blushing pipi au dibuatnya. malu oii.. sumpah aku pakai kasut flat je lepas ni.

sejak peristiwa aku jatuh longkang depan fakulti perakaunan hari tu, macam-macam bala datang menimpa aku. satu-persatu. kereta yang aku drive terlanggar divider gara-gara bangun lambat nak pergi kelas. pinggan berisi nasi lemak tertumpah atas lantai waktu breakfast di cafelaptop aku tiba-tiba terpadam waktu aku tengah khusyuk buat presentation dalam kelas. bulan ni je, aku rasa dah berapa puluh kali aku dijadikan bahan ketawa manusia secara tak sengaja. bukan setakat manusia, kucing melintas jalan pun gelakkan aku waktu aku accident hari tu. cilaka!

pada suatu hari, setelah bermacam-macam bala yang menimpa aku, aku mengambil keputusan untuk shopping seorang diri di ipoh parade. konon nak release tension. aku berharap dan bermohon pada Tuhan waktu tu supaya aku dijauhkan daripada sebarang bala seperti jatuh longkang misalnya. tapi dalam panjang-panjang doa aku pun, masih lagi belum dimakbulkan. 

sedang aku berjalan seorang diri di tempat parkir, handbang di bahu kanan aku diragut. aku yang panik terus menjerit minta tolong kalau-kalau ada yang lalu di situ sudi menghulurkan bantuan. mujur ada. seorang lelaki berkulit cerah dan tegap berjaya mendapatkan beg tangan aku semula. aku tak tahulah ilmu apa dia pakai. tapi kalau setakat peragut kurus keding macam tu aku pun boleh belasah sebenarnya. eh?

mata aku kembali bersinar-sinar sebaik sahaja lelaki yang menyelamatkan beg tangan aku sebentar tadi sedang berjalan menuju aku. "eh, ini lelaki yang tolong aku waktu aku jatuh longkang hari tu." bisik aku dalam hati. hati dah mula terasa berdebar-debar. kali ini apa pula ayat sarkastik yang dia akan ucap pada aku?

"awak, lain kali hati-hati bila berjalan. pandang kiri kanan. dan kalau boleh jangan jalan seorang diri ya. oh, lagi satu, jangan pakai beg tangan macam ni lain kali. elok kalau awak pakai bagpack je." ucap dia  tersengih-sengih.
"terima kasih awak. ini kali kedua awak tolong saya. apa kata kalau saya belanja awak makan?" pipi aku makan merah bila soalan tu yang terpacul dari mulut aku. eee.. nak aje aku tampar mulut aku ni time tu jugak.
"boleh jugak kalau awak tak keberatan nak belanja saya," tanpa segan-silu dia tak tolak ajakan aku. "by the way, saya amir."


sejak aku ajak mamat ni keluar makan, aku langsung dah tak ajak dia keluar makan. bukan sebab aku malu dia pernah jadi superhero aku untuk dua kali. aku tak malu sebenarnya. malahan aku bersyukur ada jugak manusia yang sudi tolong aku di kala aku kesusahan. nak-nak pulak mamat tu handsome. tapi apakan daya, tak semestinya superhero tu boleh jadi superhero kita sampai mati kan?

"actually, saya bukan lelaki normal...."
"bukan lelaki normal? macam mana tu? awak gay?"
"tak. saya... sama macam awak."
"err.. perempuan? pengkid?"
"err..."

aku angkat kaki. aku terus blah!

sejak dari tu, aku tak tahu nak gambarkan superhero tu macam mana. sebab pengalaman cerita superhero aku bermula hambar dengan jalan cerita yang macam ini.

5 comments:

ken adbullah said...

celaka. penkid jadi hero.
mana kaum kaum macam aku ni pegi time tu hah? :p

Eera Shera said...

ala penkid pulak jd hero..heroin ler gamaknye

pepol said...

hahaha,tolak pengkid..

stalker hebat ! said...

alamak!

is it AMIRA?

**main character cita KELABU.

aqmalazmi said...

nak kenal dengan hero mcm nie ! kah kah kah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...