Friday 29 June 2012

Spiderman Wannabe

|Karya Penulis Jemputan|


Hadi baru berumur tujuh tahun, naluri untuk menjadi superhero seperti spiderman tersangat mendalam, baginya spiderman bebas untuk bercium dimana sahaja, tak kira di atas bangunan mahu pun ketika beraksi melawan pengganas. Segala bentuk permainan yang berasaskan spiderman dimilikinya. Sewaktu di sekolah, aktiviti yang sering di lakukan oleh Hadi ialah bermain gam bersama sahabatnya si Farah. Hadi akan menuang sedikit gam yang di beli ibunya di tapak tangan, dia akan menepuk-nepuk tapak tangan nya ke meja sehingga bentuk sarang labah-labah terhasil. Boleh dikatakan setiap hari Hadi akan melakukan aktiviti itu di sekolah, lagi di larang lagi di buatnya, dan setiap hari jugalah ibunya Siti Maimun memarahi Hadi atas sifat keji anaknya itu.

“Kan mak dah kata jangan main gam dekat sekolah, ni tengok baju dah kotor,” marah Siti Maimun kepada Hadi. “Hadi main gam ja mak bukan main apa-apa pun, Hadi nak jadi superhero macam spiderman, hadi boleh buat sarang labah-labah guna gam tau mak” penerangan Hadi memang panjang lebar tambah-tambah lagi bila ia melibatkan spiderman. “Hadi main gam dengan siapa?” pertanyaan Puan Maimun kepada Hadi. “Dengan Farah mak” mendengarkan jawapan Hadi, puan Maimun terus menelan liur.

“Abang! Anak awak tu dah melampau, boleh ke dia main gam dengan Farah dekat sekolah, bajet spiderman pulak tu” puan Maimun mengadu sikap keji anaknya kepada sang suami. “Ni semua salah abang, kalau abang tak kenal kan superhero barat dekat Hadi mesti semua nie tak jadi” bentak puan Maimun. “Habis, kau nak abang kenalkan Hadi dengan superhero tempatan? Macam cicak man? Memang tak lah.” Sombong sang suami memberi jawapan.

Keesokan harinya, Hadi memulakan sekolah dengan aktiviti kejinya itu bersama-sama Farah. Hamba Allah yang bernama Farah itu memulakan perbualan, “Awak, kenapa awak selalu ajak saya buat sarang labah-labah nie guna gam?” Farah bertanya seakan-akan anak soleh gitew. “Saja lah Farah, Hadi suka buat benda nie, bila Hadi buat sarang labah-labah guna gam nie Hadi boleh bayangkan Hadi jadi spiderman tau, awak tak suka ke main gam dengan Hadi?” pertanyaan Hadi dilontarkan kepada Farah, “Suka lah awak” ringkas jawapan Farah. Perbualan behenti seolah-olah Hadi sedang mencari idea untuk bersuara, kurang daripada dua minit Hadi kembali memulakan perbualan “Farah, minggu depan The Amazing Spiderman keluar panggung, kita pergi tengok nak?” permintaan Hadi penuh harapan, “Ehm.. ok lah, minggu depan kita pergi ok” lagak seperti dewasa sungguh, padahal baru tujuh tahun kot.

Pulangnya Hadi dari sekolah, Hadi mengajukan hasratnya itu kepada puan Maimun, “Mak, minggu depan Hadi nak keluar pergi bandar tau,” matanya bercahaya seolah-olah ingin mendapatkan kebenaran ibunya, “Kamu nak kemana Hadi?” tiada jawapan, tetapi pertanyaan di terimanya Hadi, “Nak pergi tengok wayang cerita The Amazing Spiderman dengan Farah,” terang Hadi bersungguh-sungguh “Apa? Wayang? Astarfirullah Hadi” istifar panjang sebelum puan Maimun pitam tak sedarkan diri.


Hasil Karya: Mal

6 comments:

amrlaqm said...

kenapa gam?
kenapa? kenapa?

kahkahkahkah

ken adbullah said...

“Habis, kau nak abang kenalkan Hadi dengan superhero tempatan? Macam cicak man? Memang tak lah.”

celaka sungguh si bapak. sokong filem luar saja. ahahh.

nice story

semutsengal said...

hmmm.hmmm


gua na tgok batman lah.

Wadi AR said...

spiderman pon hero juga kan?

Alif Haris said...

wah cita lucah.. hahahaha..

fieza said...

aduhai hadi2..huhu
jom follow
http://sayadalahaku.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...