Wednesday 23 May 2012

MENU

Galak menyerang dengan tidak berfikir panjang. Nafsu amarahnya lebih tinggi dari akal yang dibekalkan tuhan. Marahnya pada Arjuna tidak terbendung. Parang Jawa dilibasnya membuta tuli. Namun Arjuna, mengelak penuh akal. Menjimat tenaga untuk menyerang. Sedikit pun libasan Galak tak menyentuh tubuhnya.

Tiba satu ketika, Galak hilang kawalan. Kakinya tersadung akar pokok nangka yang terkeluar dah celah tanah.

Gedebab!

Galak makan tanah. Arjuna yang sedari tadi mengelak, kini berhenti dan mentertawakan Galak. Galak makin naik minyak, Arjuna makin kuat gelak.

Kah! Kah! Kah!

Galak menghirup oksigen dan menahan nafas. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Arjuna ambil kuda-kuda. Langkah untuk berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Galak yang sedari tadi memejam mata, mula berkuda-kuda. Parang Jawa-nya digenggam erat di tangan kirinya. Bagai ada satu tenaga ajaib, angin tiba-tiba menjadi kencang. Ditepuk tangan kanannya ke hulu parangnya. Melayang-layang bukan main ajaib parang itu mencari mangsa. 

Bagai dikawal dengan tangan kosong, parang tersebut terbang mengikut gerak tangan Galak. Arjuna mula pucat. Dia tak sangka Galak mahir dengan Jurus Parang Terbang. Arjuna menghunuskan beliung yang dicapai dari belakangnya.

Tanpa terlihat oleh mata orang kebanyakkan, parang tersebut berdesup menembusi perut Arjuna dari arah belakang. Menembusi ke hadapan dengan isi perut terburai bersama. Tak cukup dengan itu, Arjuna yang kepedihan, tak sempat nak mempertahankan diri, ditusuk di tangan kanannya. Menembusi tibia dan mengakibatkan beliung yang digenggamnya jatuh.

Galak mendekat ke arah Arjuna yang sudah terlangkup menahan sakit. Parang yang terbang tadi dah kembali ke tangannya semula. Galak menebas leher Arjuna untuk memastikan Arjuna benar-benar mati. Tepati mengenai urat jugular. Darah hangat memancut membasahi muka Galak. Galak rasa segar.

Dengan parang tadi juga, Galak memapah mayat Arjuna bagai memapah haiwan korban di pagi Aidiladha. Bermula dengan kulitnya yang disiat berhati-hati agar tidak terkoyak. Apabila mayat tadi sudah togel, dengan kudrat empat keratnya, menggantungkan mayat tadi ke dahan nangka. Agar senang nak melapah, katanya. Isi dalaman Arjuna diasingkan. Namun, jantung yang masih panas terus-terusan dimamahnya. Sedap dimakan ketika segar dan panas, katanya.

Daging yang telah dikerat kecil tadi dimasukkan ke dalam besin biru tua. Manakala bahagian yang bertulang, diasingkan. Dimasukkan ke dalam bakul warna merah biji saga. Isi perut pula ditanamnya di belakang rumahnya. Seperti mangsa-mangsa yang lain. Besin biru dan bakul merah biji saga tadi dimasukkan ke belakang pacuan 4 rodanya. Dan selepas membersihkan diri ala kadar, Galak memacu kenderaan itu ke arah tujunya.

Galak memasuki ke kawasan sekolah berasrama. Memandu terus ke arah dewan makan dan terus memanggil Tawil, pengusaha dewan makan tersebut.

"Awal sampai petang ni Galak", Tawil yang sedang menanak masih dari jauh menyapa Galak.

"Ada hal sikit la," Jawab Galak ala kadar. Galak bukan jenis suka berborak.

"Apa kau bawa petang ni ? " Tanya Tawil sambil mengendap bahagian belakang pacuan 4 roda milik Galak.

"Daging la. Macam biasa. Tapi daging pendekar. Kau nak tak ? Aku tolak murah," Galak tersenyum-senyum.

"Harga biasa ? "

"Harga biasa. Kira cincai. Daging 40 kg, tulang 20 kg. Sekilo RM5." Galak meletakkan harga.

"Okay la tu. Sekarang harga daging mahal sangat. Dah la payment kena hold dengan kementerian. Nak rolling duit pun tak lepas." Tawil menceceh tentang nasibnya.

Galak mengangkat besin biru dan bakul merah saga tadi ke bilik sejuk beku.

"Duit. Cash. Esok petang ? " Galak bertanya.

"Bereh bos!"

Petang itu, Tawil sudah terfikir nak masak apa dengan daging dibekalkan oleh Galak tadi. Masih segar menurut kata Galak. Menu makan malam hari tersebut ialah daging masak kicap. Tawil tak mahu ambil pusing sangat daging apa yang dibekalkan Galak, asalkan ianya daging dan yang paling penting, MURAH !

Malam itu bukan main berselera sekali pelajar sekolah tersebut menikmati daging masak kicap hasil air tangan Tawil. Malah ada yang puji melambung.

"Esok kena pakai daging ini lagi la jawabnya. Hehehe"

5 comments:

amrlaqm said...

bagaimana rasanya daging si Arjuna?
masak kicap pulak tu.

si robot comel said...

daging masak kicap,lama betul tak makan ni,nyumnyum

nine said...

euwww, *pengsan

stalker hebat ! said...

perghhhh!!
style doe.
buat bbq pon sodap nie.

aqmalazmi said...

aku pengsan, tekenang tah tah pakcik dewan makan asrama aku tu dulu guna daging orang.. huwaaaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...