Thursday 24 May 2012

pembalasan

“selamat siang dato’. Baru bangun ya”

Aku tersenyum. Dato bangsat terkejut melihat keadaannya yang terikat di kerusi kayu. Rokok ditangan ku tarik lagi sekali. Buat menahan geram yang telah lama ku simpan. Takut terkeluar awal. Tak syok la nanti. 

“ Dato kenal saya lagi tak? Takkan dah lupa kot. Baru berapa tahun je pun tak jumpa. Mak saya sihat?”

Dato bangsat makin pucat. Terkenang kesalahan menyailang ibu aku dari bapaku dulu. Tapi tak mengapa. Kali ini dendam akan terbalas. Kelihatan dato bangsat ketakutan melihat ku mengisikan syringe dengan cecair toxin. Satu lagi syringe ku isikan juga dengan adrenaline. 

“jadi dato’ hari ini saya nak kenalkan dato’ dengan dunia kesakitan tanpa batasan. Moga dato terhibur ya.
Ok. Syringe yang pertama ini toxin yang akan buat dato lumpuh tanpa menganggu urat saraf dato. Kiranya macam dato takkan boleh bergerak apa semua. Tapi, dato masih boleh rasa kesakitan. Hehehehehe”

Tanpa berlengah, aku injekkan jarum syringe tadi ke urat di lengan dato. Perlahan-lahan aku tekankan biar semua masuk. Ku biarkan seminit dua biar ubatnya mula terasa. Biar mula berkesan. Nanti kalau tak jadi. Susahkan aku kembali.

“izinkan saya mula bermain ya dato?”

Aku tersenyum.  Aku ambil playar yang sudah tersedia di atas meja bersama beberapa peralatan lain. Sudah lama sebenarnya aku merancang. Seteliti mungkin aku plankan. Biar lancar dan sempurna proses balas dendam ini. Biar roh bapak tenang semula.

Aku ngangakan mulut dato bangsat.  Ah. Terlupa. Untuk proses mulia ini. Perlu di sertakan dengan music.  Aku lepaskan mulut dato bangsat. Ambil phone dari dalam beg. Dan aku playkan album the best of absolute best of idith piaf.

“bagaimana dato? Teruja mendengar susunan music perancis? Baik. Mari kita mulakan”

Aku ngangakan kembali mulut dato bangsat itu, playar aku temukan dengan gigi dato, dengan sepenuh tenaga, aku tarik satu persatu gigi dato. Terbeliak mata dato menahan kesakitan yang aku rasakan dari skala 1 hingga 10, kemungkinnya 20. Darah mula mengalir laju dari mulut dato. Aku tersenyum. Aku susunkan gigi dato satu persatu sepertimana susunan gigi itu di dalam mulut dato. Kemudian. Aku ambil gambar. Buat kenangan.

“macam mana dato? Ini baru fasa pertama. Bersabarlah.”

Aku tersenyum. Playar ku letakkan kembali di lantai. Aku ambil pula pisau yang berkilat itu.dato mengikut pergerakkan aku dari anak matanya.

“kenapa dato perhati saya macam tu? Saya tak sukalah!”

Aku mendekati dato. Aku bukakan matanya seluas mungkin. Dan aku cungkil keluar matanya. Satu persatu. Biar dia tak boleh melihat aku seperti tadi. Mata yang sudah kucungkil tadi aku pegang keduanya. Aku ambil balang yang berisi cecair pengawet yang sudah aku sediakan sebelum ini. Dan kuletakkan mata dato kedalam balang itu.

Seluar dato yang kebasahan dengan air kencingnya sendiri aku bukakan. Sekali dengan seluar dalamnya. Aktiviti seterusnya perlu aku mulakan.

“laaa, keciknya konek dato. Macam mana lah ibu saya nak puas dengan dato ni”

Aku ambil tukul. Aku tarik kantung telurnya sejauh mungkin. Dan.

BAMMMMMM!!

Satu persatu telurnya aku temukan dengan tukul sekuat hati. Aku puas. Aku letakkan kembali tukul dan aku ambil pula batang besi halus yang telah ku panaskan. Aku pegang kepala zakarnya. Dan perlahan-lahan dengan teliti aku masukkan ke dalamnya. Biar terbakar. Biar melecur. Biar puas hati ku mengenang zakar inilah yang seronok menjelajah ibu ku selepas dia pergi meninggalkan aku dan bapa.  Setelah berpuas hati dengan kedalaman batang besi itu. Aku ambil pula jumper dan bateri kereta. Usai menyambungkan semuanya. aku rapatkan sekejap-sekejap batang besi dan penyambung wayar tadi. Takut kalau terbiar lama mati kejung pulak orang tua ni. Puas. Puas yang amat. Aku tersenyum kembali.

Penat juga rupanya menyeksa orang ni. Aku duduk sebentar. Melepaskan lelah sambil melihat dato yang terduduk lemah. Gayanya seperti pengsan. Tapi aku pasti dia cuma menahan sakit.  Tidak mengapa. Biarkan dia berehat sebentar. Sebentar lagi lebih teruk akan aku seksa.


“Ingat anakku, balas dendam untuk keluarga kita. Demi maruah kita. Ingat!”

Teresak-esak aku menganggukkan kepala sambil mengusap ubun-ubun di kepala bapak ku yang sedang nazak. Aku cuba menahan air mata dari jatuh. Cuba tersenyum melihatkan bapaku yang sedang sengsara menunggu perpindahan ke alam baru.  Perlahan-lahan bapa menutup mata sambil tersenyum. Di depan ku, bapa berhenti bernafas dan kini selamat berpindah ke alam baru.

Kini aku sendirian di muka bumi ini. Sejak peninggalan ibu yang curang bersama seorang dato’, aku tinggal berdua bersama bapa di penghujung kampong di rumah peninggalan nenek yang hampir runtuh. Dulu kami sekeluarga hidup bahagia di ibu kota di dalam banglo lima tingkat kepunyaan bapa. Tapi apabila ibu lari bersama dato’ bangsat itu, dia bawa sekali segala harta kekayaan kami dan menghalau kami dari banglo lima tingkat itu.

Dan aku bersumpah, wasiat bapa akan aku laksanakan. Dendam akan terbalas. Kedua-dua bangsat itu akan menerima pembalasan bila tiba masanya nanti.

4 comments:

amrlaqm said...

terbaik bro!
aku seolah2 dapat merasa apa yg dato tu rasakan.

si robot comel said...

sakit weh!

CallMe-NW said...

tak nak baca dah!..next theme!

arfasyrf said...

ahahahaha. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...