Wednesday, 23 May 2012

Diari Empat Hari

Inspektor Sazali tiba di tempat kejadian. “Kes apa ni?” tanya beliau pada seorang pegawai. “Kes bunuh, tuan”. Pegawai tersebut kemudiannya menyerahkan sebuah diari kepada Inspektor Sazali. “Kami jumpa diari ni berdekatan dengan mangsa,tuan”. Inspektor Sazali kemudiannya membuka diari tersebut.

                            ******************************************************************************

20/5/2011
Hari ni aku ikut dia dari belakang. Lepastu aku pengsankan dia. Senang betul kerja aku. hahaha. Lepastu aku bawak dia balik rumah. Aku bogelkan dia. Aku ikat tangan dan kaki dia. Aku ikat mulut dia. Hamboi seronok rasanya. Tapi kan, kejap je dia pengsan. Lepastu dia terjaga. Tapi nasib baik masa tu aku dah ikat dia ketat-ketat. Kesian dia. Meronta-ronta. Aku biarkan je. Padan muka dia. Siapa suruh dia couple dengan mamat tu? Dia taktau ke aku cintakan dia! Padan muka! Hahahaha!

21/5/2011
Mula-mula tadi aku rasa macam nak rogol dia. Tapi rasa macam malas pulak. Last-last aku raba-raba je. Lembut giler! Hahahaha! Lepas dah habis raba, tiba-tiba aku ternampak pisau. Terus rasa macam nak seksa dia. Mesti best. Aku pun ambik lah pisau tu. Masa mula-mula aku tunjuk pisau tu kat dia, dia takut sangat! Dia menangis! Kesian dia. Aku tak sampai hati tengok dia menangis. Aku pun korek lah biji mata dia guna pisau tu. Aku korek perlahan-lahan. Mula-mula aku korek belah kanan dulu. Masa aku korek tu, dia menjerit. Tapi nasib baik aku dah ikat mulut dia. So tak dengar sangat suara dia. Bila dah korek biji mata yang belah kanan tu, aku pun pegang lah then tunjuk kat dia. Kesian dia, tengok guna sebelah mata je. Dia takut sangat masa tu. Aku tak sampai hati tengok dia menangis. Aku pun korek lah biji mata yang sebelah lagi tu. Taraaaa! Dua-dua biji mata dia dah takde! Hehehe. Nampak comel sangat masa tu! Kat mata dia tu nampak lubang kosong je! Hehehe.

22/5/2011
Hari ni aku main potong-potong. Seronok sangat! Kali ni aku tak guna pisau. Aku guna gergaji pulak. Aku jumpa gergaji tu dalam stor. Dah berkarat pulak tu! Tapi kan, hari ni dia diam je. Ingatkan dah mati, rupanya belum. Dia tidur kot. Tapi aku teruskan jugak main potong-potong! Hehehe. Aku pergi kat dia, lepastu aku terus potong tangan dia. Aku start potong dari pangkal lengan. Seronok giler potong guna gergaji! Tapi kan, masa aku potong tu, darah memancut lah. Habis kotor baju aku! Aku geram sangat, aku potong laju-laju! Padan muka dia! Hehehe. Lepas tangan kanan, tangan kiri pulak. Seronok tau tak! Memang masa tu darah memancut gila! Habis basah lantai dengan darah. Lepastu kan, bila dua-dua tangan dia dah terpotong, aku main hempas-hempas pulak. Aku hempas tangan dia ke lantai! Best! Lepastu aku tengok jari-jari dia cantik sangat. Aku geram! Aku ambik gunting, aku potong satu- satu. Lepastu aku ambik jari-jari dia tu, aku masukkan dalam mata dia yang dah kosong sebab kena korek semalam. Bahagian tu kan kosong je, tak elok lah. Aku masukkan jari-jari dalam tu, baru cantik!

23/5/2011
Hari ni, aku potong kaki dia pulak! Wuhuuuuu! Tapi aku tak potong guna gergaji tau. Aku potong guna gunting yang orang buat gunting pokok tu! Alaaaa, yang besar tu! hehehe. Aku gunting sekali je, terus kaki dia terpotong. Cool! Lepastu kan, tiba-tiba aku rasa macam nak buat seni pulak. Akhirnya aku dapat idea! Best! Aku ambik kaki dia, lepastu aku jahit kat bahu dia. Taraaaa! Cantik wo! Tangan dia yang aku potong semalam pulak, aku jahit kat kepala dia! Hahahaha. Cantik sangat! Tapi aku tak puas hati lagi. Aku belah perut dia pulak. Aku tikam, lepastu aku tarik perlahan-lahan. Kesian dia. Dia pun dah tak bergerak, dah mati agaknya. Ah, biarlah! Hehehe. Lepastu kan, aku belah dada dia pulak. Aku nampak hati dia. Aku pun ambiklah hati dia tu bawak keluar. Aku tengok, takde pun nama aku! patutlah dia tak suka kat aku! Tapi, nama orang lain pun takde. Habis selama ni dia suka kat siapa? Ah, biarlah! Tak penting pun! Hehehe.  Yang penting, aku puas! Siapa suruh tak suka kat aku? Padan muka! Hahaha!

                           **************************************************************************

Inspektor Sazali hanya mampu menggelengkan kepalanya setelah selesai membaca diari tersebut. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Di hadapannya, ada sekujur tubuh yang berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Dada dan perutnya terbelah. Tangannya dipotong dan dijahit di bahagian kepala. Kedua biji matanya dikorek dan bahagian yang kosong itu diisi pula dengan jari-jari yang telah dipotong. Kakinya pula dijahit pada bahagian bahu. “Sanggup si pembunuh buat macam ni pada si mangsa. Memang tak ada hati perut langsung..” kata Inspektor Sazali sebelum beredar dari situ dan mengarahkan siasatan dilakukan dengan segera bagi menjejaki si pembunuh.

15 comments:

si robot comel said...

gilaaaaaaaaa!hahahaa

Aqim said...

ya si pembunuh memang gila. awrr

Wawa.Wafiyyah said...

*risau pulak kalau orang jumpe diari aku*

Aqim said...

"adakah ini diari kamu?" tanya Inspektor Sazali kepada Wawa.

Wawa.Wafiyyah said...

owh mana ada..bukan2..tapi saya risau isi diari nya sama.

Aqim said...

"jadi kamu juga seorang pembunuh?" tanya Inspektor Sazali lagi.

Wawa.Wafiyyah said...

pang!!! *pukul kepala Inspektor Sazali dengan kayu hoki sampai retak*

Aqim said...

"erkkk..." Inspektor Sazali akhirnya mati di tempat kejadian dan kes ditutup.

peah said...

alhamdulillah, tutup pun kes ni..

Aqim said...

ya akhirnya. sementara itu, mayat Inspektor Sazali gagal ditemui.

Wawa.Wafiyyah said...

dan WP masih berlegar dengan bebas mencari mangsa seterusnya

fatinizzati said...

comel dan gila. haha

Aqim said...

terima kaseyyyy!

stalker hebat ! said...

lepas nie bolehlah aku carik aweq yang lain pulak...

hahha

Aqim said...

ya mari. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...