Tuesday, 22 May 2012

Warkah Berdarah


Ke hadapan sang mantan,






Waktu kau baca surat ni, mesti kau tengah rindukan buah hati kau kan? Dah berapa lama tak jumpa? Tak dapat khabar berita ke? Alahai kesiannya.. Mesti kau tengah risaukan dia. Buah hati hilang tiba-tiba. Mesej tidak, call pun tidak.. keh keh keh terseksalah jiwa kau gamaknya.

Cantik jugak kan girlfriend kau ni. Patut la kau tinggalkan yang lama, yang baik. Untuk yang cantik rupanya. Fizikal dia semua cantik. Muka cantik, badan cantik.. Eiii geram jugak aku tengok girlfriend kau ni. Eh, macam mana aku tau body dia cantik ni.. keh keh keh cuak tak kawan?

Dalam kecantikan awek kau ni, ada satu je yang aku tak berkenan, perangai dia..Kalau jenis cantik rupa tapi hati tak berapa nak cantik ni aku tak boleh kompromi sangat.

Jangan gelabah dulu. Kalau kau nak tahu kisahnya kau kenalah terus baca. Surat ni kan aku karang khas untuk kau. Kan?

Kelmarin, sedang aku meronda cari mangsa tiba-tiba aku terlanggar sorang perempuan ni. Fullamak!!! Muka putih, tinggi pon bolehlah. Terjatuh dompet aku, habis berterabur not lima puluh atas kaki lima. Mula-mula tu aku kena maki dengan dia. Tapi bila dah nampak helaian duit yang bersepah tadi, jadi sopan santun pulak dia. Siap mintak maaf lagi. Tanya ada cedera ke tidak. Pandai pulak dia berdrama. Aku pun tanpa berlengah menghadiahkan senyuman pada dia sambil mengumpan. Aku ajak dia pergi minum-minum dekat gerai. Waktu dah tengah malam, gerai kecik tu adalah sebuah dua yang masih buka waktu-waktu macam ni. Mula-mula tu dia tak nak lepak gerai. Mungkin bukan standard dia. Maklumlah, orangnya lawa bergaya pulak tu. Mana sesuai nak lepak gerai tepi jalan. Aku kata pada dia, kalau dia tolak pelawaan ni maka aku tak kan maafkan dia. Terus dia bersetuju. Hah dah masuk perangkap! Perempuan ni aku syak tak ada la pesen baik mana. Sosial jugak gayanya. Macam familiar tak? Keh keh keh..

Aku pendekkan sajalah cerita supaya kau tak debor sangat. Malam tu, aku berjaya bawak balik awek ni ke satu tempat. Macam mana cara tu kau tak payah la nak tahu. Kerja mudah  untuk aku kalau dah jenis murahan macam ni.

Perangkap dah kena, jadi aku pun wajiblah jalankan tugas kesukaan aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Apa jadi pada perempuan tu? Keh keh keh. Pengsan. Mudah sangat dia ni pengsan. Susah payah aku rangka plan rupanya pejam mata pun dah boleh siap. Aku baringkan dia. Persiapkan diri aku untuk uruskan apa yang patut. Kau patut berdebar sekarang. Kau patut..

Sebenarnya, ada satu permintaan daripada pelanggan aku. Yeap, aku buat ni bersebab. Pelanggan aku kata perempuan yang terbaring pengsan itulah yang dah ambil hati kau, rampas hati kau dari dia. Hati kau dah masuk dalam hati perempuan tu dan bersatu. Makanya, dia minta bantuan aku untuk ambil hati perempuan ni. Nak simpan katanya. Dia tak nak orang lain ambil hati kau. Hati kau milik dia sorang saja. Ehehe personally, aku suka idea dia jadi aku turutkan apa yang dia nak. Kau suka tak idea dia? Tak suka pun kau cubalah untuk suka.

Kerja aku pun bermula. Dengan penuh adab aku tanggalkan pakaian dia. Satu persatu aku lurutkan. Cantik. Memang cantik. Sebagai buah hati dia, mesti kau pun belum tengok lagi kan apa yang aku dah tengok. Ruginya kau. Rugi. Well, ini rezeki aku mungkin. Susuk tubuhnya memang menawan dan menaikkan nafsu. Malangnya, aku terpaksa abaikan nafsu aku kali ni. Kerja tetap kerja.

Perlahan-lahan aku benamkan hujung pisau. Dari pangkal dada, aku tarik sampai ke perut. Nikmat untuk aku bila melihat pekatan darah merah mengalir keluar. Aku buat potongan silang dari kanan ke kiri pada bahagian bawah dada pula. Dagingnya nipis. Mudah kerja aku nak membelah. Kalau kau nak tahu, aku pakai pisau dapur saja. Senang. Aku bukan ada banyak koleksi pisau pun. Maklumlah orang bujang mana pandai masak, mana selalu masuk dapur. Layaklah harga pisau tu untuk perempuan macam dia. Murahan.

Splashh!!!

Darah terpercik keluar lagi. Seni. Sangat seni. Aku biarkan darah tu mengalir, memercik dengan setiap tindakan aku pada badan dia. Ahh nikmat untuk aku. Nikmat. Kau gugup? Relakslah. Lupa pula aku bagitahu, awek kau aku dah bius awal-awal. Aku tak nak dia menderita. Pelanggan aku pun tak mahu dia rasa menderita sangat walaupun aku rasa dia patut dapat  lebih dari itu! Dasar perempuan sailang!
Perlahan-lahan aku keluarkan organ-organ yang patut. Aku dah buat pilihan. Aku pilih..

            Jantung

Kenapa aku pilih jantung? Sebab setiap nafas setiap darah yang dipam ke seluruh badan adalah jantung.

“setiap nafasku..hembuskan namamu..sumpah mati..hati ingin memilihmu”

Aku yakin, dalam diri awek kau ni hanya ada kau. Dan aku pun dah bagitahu bukan, pelanggan aku tak mahu orang lain miliki ‘hati’ kau. Hati kau tetap akan jadi milik dia. Ternyata mata hati kau buta. Salah siapa bila semua ni dah jadi?

Balang kaca yang bertutup aku ambil dan aku masukkan jantung yang masih berdegup dan berlumuran darah itu. Cantik. Unik. Sangat unik. Kalau boleh, aku sendiri nak simpan sebagai koleksi peribadi. Tapi aku dah dibayar untuk semua ini.

Jangan kau risau. Usai semua tugas, aku dah kemas segala alat-alat dan hapuskan segala bukti. Mangsa aku? Aku biarkan saja awek kau terbaring kat situ. Biar mereput. Itu yang paling layak untuk dia.



                                                                                                                      Yang Benar,
                                                                                                                      Saikopat.

==============================================================

Surat dimasukkan ke dalam sampul dengan rapi dan dicampak berdekatan akhbar.

Terpampang tajuk tergempar


Model ditemui mati tanpa jantung



***********


'adik, abang dah buat apa yang patut. cepat la sembuhkan hati yang luka. abang tak sanggup tinggalkan adik kat sini lagi'


Bisik Hilmi sebelum meninggalkan Pusat Rawatan Sakit Mental









4 comments:

Ubi Snida said...

kalau aku jadi helmi, alang alang dah bogelkan ex adik dia, aku tunaikan terus impian nafsu adik dia. hehe


*nais stori

peah said...

psikonya cerita! takut makk

eszyamin said...

seronok

si robot comel said...

memang psiko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...