Tuesday, 22 May 2012

BELLA

Malam itu tenang. Haiwan-haiwan yang lainnya bagai disuntik aneastatik. Senyap dan sepi. Cuma yang kedengaran degup kencang 2 jantung. Mereka berlari menempuhi malam hanya berpandukan cahaya bulan mengambang. Bunyi anjing yang bersahutan semakin menakutkan. Namun susuk lembaga tadi lebih menakutkan dari mana-mana bunyi sahutan anjing.

"Lari laju lagi Bella. Jangan risau, u follow i aje." Edward pesan kepada Bella dalam keadaan tercungap-cungap.

Bella yang kepenatan tidak membalas apa-apa. Mengangguk pun tidak. Geleng pun tidak. Hanya ikutkan sahaja kata Edward. Ini bukan masa yang sesuai untuk berbalah, "I penat tau tak? Boleh slow sikit?". Dia bagai askar yang menurut perintah Jeneralnya sahaja.

Setelah agak jauh dari lokasi lembaga tadi, barulah Edward memperlahankan larian. Terkocoh kacah hirup oksigen. Dia pandang Bella yang juga tercungap-cungap minta nafas. Edward menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan se-tin 100 Plus. Dihulurkannya kepada Bella. Bella menggeleng. Di waktu ini, komunikasi verbal sangat minima. Mulut hanya berfungsi untuk menyedut udara serakusnya.

"U ambil la ni," Kata Edward sambil menghulurkan beg sandangnya kepada Bella, "Minum la air apa-apa yang u nak."

"Air True Blood ada?" Tiba-tiba Bella bersuara. Dalam butir dengar tak jelas.

Edward menggeleng sahaja. Malas mahu layan sangat jika Bella minta yang merapu. Selepas meneguk titis terakhir dari tin 100 Plus, baru Edward tersedar, "True Blood?"

Masa itu sudah terlambat, 2 gigi taring Bella sudah bersedia untuk dibenam di tengkuk Edward. Dengan rakus Bella menghisap darah sehingga tubuh menjadi kering seperti mumia Pharaoh. Waktu itu, jika Edward mahu bangkit sebagai vampire sekalipun, rupanya pasti lebih seram dari hantu.

"Padan muka. Siapa suruh paksa i lari jauh-jauh. Kan i dah penat. Bila penat, i nak minum darah." Bebel Bella pada mayat Edward yang kering kontang itu.

3 comments:

Ubi Snida said...

celaka bella. jenis hantu tak pandai terbang ni boleh tahan gak emo dia.

peah said...

true blood satu?

si robot comel said...

aku pun true blood,nyumm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...