Saturday 28 April 2012

Aina ditipu.

Aina, seorang gadis lincah yang cantik, menarik, tertarik kau memang de bomb. Tapi, jauh di sudut hati Aina, dia tidak langsung memikirkan masalah cinta kerana padanya cinta itu menyusahkan. Menyesakkan. Di dalam kepalanya, dia hanya memikirkan kerja, kerja, kerja.

"Ahh kalau ada teman lelaki, nanti kena berhabis duit, nak topup lagi, nak berjumpa selalu, nanti kena kongkong pulak, nak nak lelaki tu suami orang, ewww lagilah! Geli sangat!", getus hati kecilnya. Aina masih tidak mengerti kenapa dia tidak mahu berkawan dengan suami orang, meskipun lelaki itu sudah bergelar duda. Mungkin dia hanya mahukan 'fresh meat', siapa tahu?

Sebagai seorang gadis berumur 24 tahun, Aina gemarkan aktiviti lasak. Selepas dia pulang dari kerja, dia akan pergi bungee jumping, main hoki, ataupun futsal. Ramai rakan-rakan yang mempersoalkan kebuangtebiatan dia, tetapi, Aina tidak peduli, yang dia mahu, hanya kepuasan hati. Hanya Ramlah, rakan baik Aina sahaja yang memahami dirinya.

3 bulan kemudian.

Segala pesepsi Aina sebelum ini ditepis hebat oleh Idris. Idris, lelaki yang baru dikenali 2 bulan lalu melalui Kejohanan Futsal Wanita peringkat Kampung Paya Dua Belah. Idris lelaki pertama yang datang menegur Aina, semata-mata untuk mengucapkan tahniah. Dari situ, terdetik hati Aina untuk mengenali Idris. Padanya, Idris lelaki yang berani datang menegur sendiri dirinya, bukan lelaki sebelum-sebelum ini yang datang mengirimkan salam melalui pihak ketiga, Contohnya, "Eh tolong kirim salam dekat Aina, hehehehe".

Ramlah perasan, Aina semakin kurang berinteraksi dengan dirinya semenjak adanya Idris. Bagi Aina, Idris, Idris, Idris. Hidup matinya Idris, terkena penangan cinta pertama agaknya. Dan Idris pula tidak putus-putus membahagiakan Aina. Pasangan yang tersangat bahagia. Ramlah pernah berpesan kepada Aina, "Kau hati-hati Aina, aku tengok Idris tu lain macam saja?". Tetapi apa yang diterima oleh Ramlah, hanyalah tengkingan Aina yang mengatakan Ramlah cemburu melihat kebahagiaannya.

Ramlah terdiam sepi, malas menyuarakan sesuatu pendapat lagi. Diam-diam Ramlah menjauhkan diri dari Aina.

Suatu hari, Aina berjalan di mall seorang diri sambil bermesej rindu-rinduan dengan Idris. Tersenyum sorang-sorang dibuatnya. Bahagia rasa hati. Kandungan mesej tersebut :

Aina : By, buat apa tu sayang? 
Idris : Tengok tivi, sambil buat kerja office sikit. Sorrylah baby, by tak boleh ikut. By busy tauu. Maaf sayang.
Aina : Hmphhh, majok la cam ni............orang ajak, busy pulak. Rindu tau.
Idris : Hehehe jangan la macam tu, esok kita jumpalah, mak by panggil pulak. Babai.
Aina : Okay by, miss u.

Sayup-sayup dari pandangan, ada lelaki serupa seperti susuk tubuh Idris. Lelaki itu berjalan dengan isterinya, kerana wanita itu sedang sarat mengandung. "Amboihh, dok sarat sempat berjalan di mall lagi", sempat lagi Aina mengutuk wanita itu. 

Aina mahu melihat lebih dekat, dekat, dekat dan dekat lagi. Aina tersentak. Aina lalu berjalan disebelah pasangan suami isteri itu. Aina dapat rasakan lelaki itu Idris. Kerana susuk tubuh Idris gemuk, hitam dan berdaki.

Wanita : Bang, awak mesej dengan siapa tu? Rajin sangat dok bermesej sekarang ni..
Lelaki : Kawan kerja, esok ada meeting, penting sangat sampai naik pening abang.

Sah lelaki itu Idris, kerana melihat tahap daki dibelakang leher lelaki itu. Tebal dan berkrim. Umpphh!

"Celaka, aku kena tipu, siap kau hitam, lunyai aku kerjakan esok," kata Aina. Idris tak tahu apa kejutan yang menanti esok hari.

Kini, kesal hatinya kerana membuang Ramlah, dan kini bercinta dengan spesis lelaki yang dibencinya dahulu. Dari panggilan by, lelaki itu kini digelar babi dan Aina bertekad ingin menjadi seperti dahulu, seorang gadis yang bencikan cinta dan dia bercita-cita mahu menjadi andartu sepenuh masa.

Apa jadi kat Idris? Fikirlah sendiri. Hilang habis idea aku sebab terkentut (tetiba)


6 comments:

ubi snida said...

aku rasa si Ramlah tu sebenarnya lessy. itu sebab dia marahkan si Aina.

nine said...

Ramlah concern sangat pasal kawan dia, kau ni ponn ahaa

amrlaqm said...

walaupun idris tu mainkan perasaan aina, tapi aina tak sepatutnya kutuk tentang daki si idris tu.
kesian idris.

ah kenapa aku lebih2 ni?
hahaha

ubi snida said...

aku tetap setuju yang Ramlah tu lessy...haishh..

si robot comel said...

haha,aku pun rasa ramlah tu lessy weyh,aiyo :D

anis madu said...

keciannyewwwww aina ditipu. hewhew. tu je termampu aku komen.

hai. salam kenal. okbai.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...