Sunday, 29 April 2012

cinta terputus tengah highway

hai. nama aku bella. aku pernah kecundang dalam bercinta. bercinta bagai nak meninggal esok, akhirnya terputus tengah highway. cuma bangang yang mampu aku kata. aku pikir kalau ikut highway boleh cepat nikah. rupanya tak, habis madu sepah dibuang merata-rata. jadi, aku pilih jalan hitam lagi kelam untuk teruskan hidup yang propa lagi berganda-ganda.

*maaf bahasa aku kasar*

ceritanya bermula begini....

aku cuma kenal mamat ni dalam fesbuk. ya, dalam laman sosial yang diberi nama fesbuk. orang cakap, jangan percaya sangat manusia manusia dalam fesbuk ni. mungkin mereka jin, mungkin jugak pedofail yang suka menambah awek-awek comel ke dalam senarai kawan mereka di fesbuk. eh, pedofail tu bukan penculik budak ke? ah, aku konpius.

memang tak dinafikan, mamat ni hensem. disebabkan dia hensem jugak lah aku terus approve dia. ingat senang aku yang comel ni nak kawan dengan orang bukan-bukan? okay, nama dia abu. aku tak tahu lah kenapa nama dia kampung sangat. ah, persetankan. siapa peduli kalau nama dia kampung ayam sekalipun kalau hensem semua nampak macam "peh, cair hati aku..."

dua minggu lepas kenal, kami kapel. mula-mula aku rasa bangang jugak terus kapel dengan mamat mana entah yang mungkin cuma tinggal dekat bawah jambatan sungai kelang. siapa tahu? tapi terlajak jalan boleh u-turn, terlajak kapel dengan orang ni, karang ada pulak patah hati. jadi, aku teruskan jugak hubungan tu. teruskan punya teruskan, lepas sebulan kami jumpa.

mak aiiihhh hensem gila baq ang! itu lah yang cuma termampu terucap dari bibir masa tu. muka ala-ala yusri, tapi yusri lagi hensem sebab dapat lisa surihani. kehkeh. aku teruskan jugak kapel dengan abu. time tu baru aku rasa cinta yang betul-betul punya cinta. cinta yang orang kata, kalau dah pegang memang taknak lepas. cinta yang sampai satu tahap buatkan aku terpikir aku nak jadi bini dia sehidup semati. haa.. macam tu lah cerita dia.

hidup kami sama macam pasangan bercinta yang lain. buat benda-benda sweet. i love u, i miss u, i want u, i need u tu semua dah jadi ayat wajib dah tiap kali mesej, tiap kali jumpa. makan suap-suap tu dah biasa buat dah bukan di depan khalayak ramai. hari ni turn aku bayar, esok turn abu pulak bayar time dinner tu memang jadi tabiat dah. sambut monthversari tiap bulan tu dah kira benda wajib dah apatah lagi ulangtahun hari lahir masing-masing. dan ini yang menyebabkan kami terlanjur.... terlanjur bercinta lah bengong! bukan benda lain.

namun, langit tak selalunya siang, mesti ada malam jugak. suatu malam tu, abu talipon aku. suara dia lain, tak macam selalu. aku dapat rasakan something yang tak kena. aku boleh rasa.
"awak, saya ada benda nak cakap sikit ni. err.. banyak." tergagap-gagap abu nak cakap. suara gigil dia memang tak boleh blah masa tu.
"apa dia? banyak? cakap sikit je lah mucuk! saya mengantuk dah ni. sambung esok okay?" ucap aku gedik manja ala-ala si ella ratu rock malaysia.
"sebenarnya.. err.. sebenarnya.." masih lagi gugup. memang abu pernah cakap dengan aku dia darah gemuruh. tapi takkan dengan aku bakal bini dia ni pun nak darah gemuruh jugak kut.
"sebenarnya apa ni baby?" ucap aku lembut. seolah-olah memahami.
"sebenarnya saya nak mintak putus. err.. bukan. saya nak kita putus. cukup sampai sini je hubungan kita. saya dan awak tak sepadan. awak terlalu baik sangat bagi saya. saya harap awak akan jumpa orang yang lagi baik dari saya. maafkan saya awak. anggap saja saya dah mati. lupakan saya. please awak. jangan cari saya dah. saya doakan awak bahagia. assalamualaikum." ucap abu panjang lebar. tercungap-cungap dia baca skrip yang di tulis sebentar tadi.

tet tet tet tet.. talian diputuskan. bagai tak percaya aku baru je di-dump tadi.  hancur rabak hati aku. alasan tu terlalu cliche. dah biasa aku terbaca dalam novel-novel alap dobloh satu. dalam skrip drama stesen tv swasta pun bersepah ayat macam tu. cilakanya aku rasa masa tu.

cilaka tak cilaka, aku menangis pagi petang siang malam. aku rasa baik aku mati telan panadol sepuluh papan masa tu. tapi aku tak bodoh macam tu. aku cuma mampu menangis. dah itu je perempuan mampu buat bila kena dumped. tiba-tiba pada suatu hari, aku terjaga dari tidur. aku cuba bukak mata. tapi tak boleh bukak.

"aku dah buta!!!" aku menjerit sekuat hati. dah memang nasib aku sama macam kassim selamat. ditinggalkan orang tersayang. terus jadi buta. itulah yang dinamakan cinta terputus di tengah highway, aku terus buta. itu lah jalan kelam yang aku pilih lepas berpisah dengan abu.

pesan aku pada abu, suatu hari nanti Kau Akan Rasa Macam Aku. itu lah KARMA.

6 comments:

Akim Iqbal said...

kisah benar ni. Hahahahaha.

anis madu said...

benar tak benar sangatlah akim. part buta tu memang benar. hahahaha!

Aqim said...

kenapa abu bangang sangat dalam memilih alasan untuk putus cinta?
tak best langsung alasan dia.


eh, hai anis madu!
selamat berkenalan!

Ubi Snyder said...

aku rasa abu tu bangang. apa hal lah dia x jelaskan terpeinci sebab musabab ke bella.

anis madu said...

tak baik kutuk abu macam tu. mungkin dia ada sebab lain yg dia taknak bella tau. :)

err.. hai aqim :)

si robot comel said...

dia terus letak phone camtu,bella tak call balik ke?

hi anis :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...