Sunday, 29 April 2012

kisah tragis seman & jemah

Seman adalah salah seorang pemuda yang tidak bekerja. Setiap hari beliau akan melepak di kedai kopi Mak Jemah Janda dari pagi sehingga ke malam. Di situ, Seman selalu bermain dam aji dengan orang-orang kampung. Adakalanya Seman akan mengorat Mak Jemah namun tidak pernah berjaya.  Pernah beberapa kali Seman dipukul oleh orang-orang kampung kerana mengorat Mak Jemah. Namun dek kerana semangat yang kuat, beliau teruskan juga aktiviti sehariannya iaitu melepak di kedai kopi dari pagi sampai ke malam.

Pada suatu malam, ketika Seman sedang berjalan berseorangan untuk pulang ke rumah, beliau terdengar suara Mak Jemah memanggilnya dari belakang sambil berlari-lari anak untuk mendapatkan beliau. Seman berasa sedikit gementar namun gembira. Dalam benak fikirannya, mungkin Mak Jemah telah jatuh hati padanya lalu ingin mengikut beliau pulang ke rumah. Mak Jemah semakin hampir dengan Seman. Seman memperlahankan langkahnya. Sebaik saja Mak Jemah sampai kepada Seman, Seman benar-benar terkejut.

Apa yang dilihatnya sangat aneh. Mak Jemah bagaikan sedang terapung. Kakinya tidak kelihatan. Seman mula berasa takut. Secara tiba-tiba darahnya mengalir deras. Dalam seluarnya juga terasa bagaikan ada cecair panas yang sedang mengalir melalui celah kangkangnya.  Dalam suasana yang gelap itu, Mak Jemah berkata, “maafkan aku Seman. Bukan aku sengaja tak terima cinta kau. Tapi, macam yang kau boleh tengok sekarang ni, aku ni hantu Seman, hantu. Manusia dan hantu tak mungkin boleh bersama. Walapun aku ni janda, tapi aku hantu. Maafkan aku Seman”.

Dalam perasaan yang bercampur-baur, Seman menjawab kembali. “ouhh, patutlah takde kaki, hantu rupanya. hehehe” Seman berkata lagi, “takpelah Mak Jemah, mungkin kita tak dijodohkan bersama, kau cari lah hantu lelaki lain yang boleh membahagiakan kau” Dalam nada yang pelik, Mak Jemah bertanya, “maksud kau?”. Kemudian Seman menjawab, “yang sebenarnya, aku pun hantu macam kau. Tapi aku jahat, aku tak layak untuk engko. Maafkan aku Jemah”.

Sebaik sahaja mendengar jawapan dari Seman, Mak Jemah berasa sangat marah lalu mencekik Seman. Seman yang terpinga-pinga terus menerima sahaja serangan dari Mak Jemah itu tanpa membalas. Seman semakin lemah. Matanya hampir tetutup. Degup nafasnya mula perlahan. Kemudian, dengan secara tiba-tiba, Mak Jemah melepaskan Seman dan Seman terjatuh ke atas tanah. 

Dalam keadaan yang sangat lemah, Seman cuba untuk bangun. Namun, niatnya itu terhalang apabila kepalanya tiba-tiba diketuk dengan baldi oleh Mak Jemah. Seman berasa terkejut lantas berkata, “eh jemah, kalau engko tak suka aku pun, janganlah ketuk dengan baldi, sakit lah gila!” Dan Mak Jemah menjawab, “Jemah? hei man, jemah mana pulak yang engko sebut ni?!” Serentak dengan itu, keadaan sekeliling menjadi terang benderang.

“eh mak, dah lama sampai?”tanya Seman. “dah lama sampai kejadah apanya? Kan kita memang duduk serumah dari engko kecik? Ha tu lah, tido petang-petang, kan dah mengigau!” balas Mak Siti, ibu kepada Seman. “dah, pergi mandi cepat, bapak engko dah tunggu dah tu nak ajak pergi ke pekan. Nanti masa nak balik, jangan lupa singgah kat kedai Mak Jemah Janda kat hujung kampung tu tau, belikan mak teh ais bungkus satu, ok?” Mak Siti menyambung. Dalam keadaan bingung, Seman menjawab, “yelah yelahh man tak lupa”.

sekadar gambar hiasan.

10 comments:

si robot comel said...

tidur lagi,tidur lagi,sengal doe,haha

anis madu said...

pemalasnya mak siti. air teh ais pun suruh seman beli kat kedai mak jemah. haha!

Aqim said...

madi

ye seman memang sengal.
kehkehkehkeh

Aqim said...

anis


keluarga diorang memang semua pemalas.
hahaha

Ubi Snyder said...

sebenarnya aku rasa mak siti tu lesbian..partner mak jemah... tu yg dia hangin tu.

si ngokngek said...

mak aii,dunia hantu pun ada cinta ka..complicated rasanya

Aqim said...

ubi


lesbian pun boleh~

Aqim said...

ngokngek


cinta itu ada di mana-mana :D

eszyamin said...

sekarang ni fenomena mak jemah melanda la..mana2 pon mak jemah yg disebut2..

Aqim said...

mak jemah femes okayyyyy~
awwwww~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...