Saturday, 28 April 2012

Zakuan Mansor

Rokok di bibir dinyalakan, disedut asap kotor itu sedalam mungkin mencecah peparu, di hembus keluar sebagai tanda puas merosakkan tubuh pinjaman tuhan. Bersandar Zakuan di tepi dinding simen di bawah jambatan jalan raya yang di hadapannya mengalir perlahan air sungai di pinggir bandar metropolitan itu. Sebelahnya bersandar sebatang tubuh perempuan berambut hitam kusam, kaku tak bergerak. Tidur barangkali.

Semuanya bermula di sini.

Zakuan merupakan seorang remaja yang berasal dari Pulau Pinang. Bapanya salah seorang orang Melayu yang terkaya di utara. Seorang bergelar Datuk. Datuk Mansor merupakan salah seorang pemegang saham terbesar di beberapa syarikat terkemuka di Pulau Pinang dan Johor. Zakuan ini pulak anak tunggal bagi pasangan Datuk Mansor dan Datin Zubaidah. Jadi segala apa jua permintaan dari Zakuan pasti di penuhi oleh mereka, tipikal anak orang besar, apa saja permintaan pasti di penuhi.
Tapi sayang, Zakuan tak pernah di ajar selok belok agama, yang dia tahu dia ber bin kan Datuk Mansor dan beragama Islam, itupun kerana tertera perkataan Islam di kad pengenalan. Mungkin bapanya terlalu sibuk dengan meeting manakala ibuya sibuk nak uruskan beberapa salon dan spa. Atau mungkin mereka sendiri tak tahu perihal agama. Mungkin.

Hidup Zakuan dipenuhi segala macam syurga dunia. Perempuan, duit, arak, dadah, semuanya macam bahan mainan buat Zakuan. Semua orang iri hati dengan dia, kerana kemewahan yang dia dapat begitu mudah. Cakap pasal pelajaran, IQ dia tidaklah sebaik IQ Datuk Mansor, begitu pun, semua pensyarah subjek di beli olehnya dengan wang ringgit. Cakap pasal perempuan, perempuan baginya hanyalah umpama kotak rokok winston light. Kemas, cantik bewarna putih, di jaganya dengan baik. Dan di buangnya dalam tong sampah atau di campak saja di tepi jalan sebaik habis 20 batang rokok di dalam isi kotak. 

Zakuan sedar perempuan perempuan di sekeliling dia hanya mahukan duit bapak dia, dan bukanlah ada feeling dengan dia. Anne, Julia, Suzanna, Amelia semuanya stock bekas perempuan yang jual tubuh pada Zakuan untuk ditukar pada kesenangan. Ucapara seks bebas sudah jadi rutin ibadat bagi diri nya. Cakap saja mana perempuan solid di kolej dia tak sentuh, semuanya pernah rasa nikmat syurga dunia dengan Zakuan.

Makin lama, Zakuan jadi makin liar, dia sudah mula berjinak dengan pil pil dan arak di pub. Target dia sekarang bukan lagi pelajar sekolej, tapi lebih kepada golongan kaki clubbing, kaki minum. Setiap malam dia mabuk, terhoyong hayang macam zombie dalam novel Zombijaya. Dari satu perempuan ke perempuan yang lain, dia sudah lupa siapa perempuan semalam yang di tidurnya. Sampailah dia bertemu Zara. Seorang perempuan yang tak ada bezanya dengan perempuan lain, Zara jugak kaki clubbing dan kaki minum. Sudah berapa lelaki pernah sentuh Zara, dan laki terbaru adalah Zakuan. 

Zara seorang perempuan mixed chinese-malay yang liar. Dia pernah menjadi seorang lesbian, tapi nafsunya terhad, dan sejak dari itulah dia mula mengamal seks bebas dengan mana mana lelaki. Bukan tipikal gadis biasa yang sukakan coklat, warna pink, bunga ataupun barangan berjenama import, Zara lebih sukakan heroin, rokok, dan Heineken. Zakuan bertemu Zara juga di dalam kelab malam di Pulau Pinang, dan bermula dari situ detik hidup mereka berubah. Malam pertama Zakuan dan Zara berjaya lepaskan nafsu serakah masing masing di Hydro Hotel Penang. 

4 bulan berlalu

Buat pertama kalinya Zakuan bersama dengan perempuan yang sama iaitu Zara. Kedua-duanya macam merpati sejoli, kemana saja Zara ada, di situ Zakuan ada. Masing masing sudah tak ambil pasangan lain, kedua dua mereka sudah lebih selesa pergi clubbing, mabuk bersama. Cakap saja mana hotel bertaraf lima bintang di Penang meraka tak pergi, semua mereka dah check in. Bagi Zakuan, dia sudah merasakan Zara adalah satu satunya perempuan bagi diri dia sekarang, sampailah tahap dia pernah bawa Zara ke rumah untuk diperkenalkan kepada Datuk Mansor dan Datin Zubaidah. Sudah menjadi streotype orang besar, mereka menolak bulat bulat hubungan Zakuan dan Zara atas alasan Zara gadis liar dan bukan seorang anak orang berpangkat Datuk atau Tan sri. Datin Zubaidah hanya mengikut kata suaminya, Datuk Mansor yang terang terang tidak suka hubungan anaknya dengan perempuan liar seperti Zara. Meskipun begtu, Zakuan tetap berkeras dengan keputusan dia untuk bersama Zara meskipun tanpa ikatan yang sah. Malahan dia terus memaki hamun bapaknya sendiri. 

"Daddy tak berhak sekolahkan Wan. Wan dah besar! Daddy sendiri pun ada HIV, jangan nak tarbiah ke Wan, siapa Wan nak, itu hak Wan. Sekurang kurangnya Wan tak bergelar pesakit HIV macam daddy!"

Beberapa bulan lepas, Datuk Mansor di sahkan oleh doktor peribadi mengidap penyakit HIV. Sejak itu, Zakuan hilang respek pada bapanya sendiri.


8 bulan berlalu,

Hubungan intim Zara dan Zakuan makin rancak. Sudah macam suami isteri. Pagi itu, telefon berdering di dalam bilik, mengejutkan Zakuan dan Zara yang sedang enak dbuai mimpi. Panggilan dari Datin Zubaidah.

"Wan, balik sekarang Wan, Daddy dah nazak" teresak esak suara Datin Zubaidah di hujung talian.
-Hah, baguslah macam tu, lagi cepat mati lagi bagus mama!

+ Wan, jangan begini nak, daddy nak jumpa Wan, katanya ada benda dia nak cakap ke Wan. Balik lah nak, walau apa pun dia tetap bapa Wan.
- Ah, sudahlah mama, Wan dah malas nak dengar dia tarbiah Wan. Dah nak jumpa tuhan pun masih nak membebel!.

Talian telefon diputuskan. Telefon terus di mati kan Zakuan.

Sejak kematian Datuk Mansor, semua harta menjadi milik Datin Zubaidah. Zakuan masih lagi di takok lama, dia hanya menghabiskan duit peninggalan bapanya yang tak pernah habis. Hubungan Zakuan dan Zara pun makin lama makin renggang. Zara seolah olah cuba mengelak untuk bertemu Zakuan. Ada saja alasan di bibirnya untuk mengelak bertemu Zakuan. Marah, geram, perasaan itu membuak-buak pada Zakuan, dia mula syak Zara sudah tak sayangkan dia. Masuk minggu ini, sudah 2 bulan mereka tak jumpa. Puas Zakuan cari Zara, dari satu pub ke satu pub, tapi hambar. Zara seolah olah hilang terus dari muka bumi. Sejak itu, Zakuan jadi tak menentu, dia rasa dikhianati. Kisah dia dan Zara berpisah sudah tersebar di sekitar pub pub mewah di Penang, dan makin ramai permpuan perempuan seksi yang datang untuk bersama Zakuan. Tapi Zakuan sudah tidak endahkan mereka. Dia seperti sudah hilang nafsu untuk mereka. 

2 minggu kemudian.

Zakuan berjalan seorang pergi ke bawah jambatan, tempat dia dan Zara ambil heroin masa mereka bersama dulu. Satu satunya tempat kenangan Zakuan dan Zara. Ternampak seorang perempuan selekeh tengah menyuntik jarum najis dadah ke dalam badan. Terkenang Zakuan pada Zara pabila ternampak perempuan itu. Rupanya perempuan itu adalah Eli, salah seorang kawan baik Zara dan kawan dadah Zara. Lesu muka perempuan itu.

+ Eh-Wan, datang-pun -kau-disini-aku-ingat-kau-dah-insaf. haha.  *meleret percakapan Eli, mungkin sedang lali. 
- Eli, kau sorang saja sini? Mana Zara? Aku dah lama tak nampak dia. Dengan laki mana pulak sekarang dia bromen.

+ Zara?-eh-jap-bukan-dia-awek-kau-ke?-siang-malam-kau-husung-dia.
-Itu dulu Eli. sekarang dia sudah dapat jantan baru, dia dah tak ingat laki yang tanggung makan minum dia selama ni.

+Hahaha.-macam-macam-lah-korang-ni.eeh-jap-kalau-tak-silap-aku-Zara-ada-bagi-aku-surat-katanya-suruh-bagi-ke-kau-bila-jumpa-kau.ni-ha-surat.mujur-aku-tak-basuh-seluar-ni.
- Surat? bila dia bagi kau?

+tak-ingat-dah-aku.-kalau-tak-silap-bulan-lepas-macam-tu-lah. *terlentok kepala Eli di bahu Zakuan. Sudah capai maksima barangkali.


Zakuan,
Maafkan saya wak. saya terpaksa tinggalkan awak. 
saya tak berniat nak buat awak begini, saya tau awak mesti marah, terasa dikhianati bukan.
Sayang,
Hari hari kita bersama tak pernah saya lupakan,
dan saya begitu terharu awak sanggup bergaduh dengan famili kerana saya.
tak pernah terlintas di fikiran saya akan berjumpa dan bersama awak wan.
Awak begitu baik, sepanjang kita bersama, dari makan hinggalah pakai saya awak tanggung.
Maafkan saya Wan kerana tak berterus terang.
sebenarnya saya adalah pengidap HIV,
saya dah mula dapat tanda tanda sebagai seorang pesakit HIV,
dan sayang, saya dapat penyakit ini  dari bapa awak sayang.
Lelaki durjana itu!
Saya pernah tidur dengan dia sebelum ini.
Bapa awak seorang kaki perempuan sama seperti awak, tapi yang bezanya dia, dia kaki pelacur,
saya sendiri pernah ditidurinya sebelum ini.
maafkan saya wan.
disaat awak baca surat ini, saya mungkin sudah ikut bapa awak jumpa tuhan.
jika diberi permintaan, saya akan mohon tuhan bagi saya jumpa awak di syurga selepas selesai hutang saya di neraka kelak.

dari
ZARA RAZI
kepada 
ZAKUAN MANSOR.







5 comments:

Aqim said...

entah mengapa hati ini terasa sakit dan pedih seolah-olah dapat memahami apa perasaan zakuan sesudah selesai membaca surat tersebut.

sadisss.

MALIN said...

ahhahaa padan muka Zakuan, puas hati aku!

Ubi Snyder said...

cerita ni sebenarnya tak habis lagi. Zakuan terselamat dari jangkitan HIV. tapi hidupnya sudah berbeza..

MALIN said...

habiskan jek la, senang hidup Zakuan

Ubi Snyder said...

tunggu lain episod kalau ada jodoh, aku sambung lagi ini cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...