Thursday, 13 September 2012

sepuluh syaitan celaka datang bawak bala.

"woi gemuk! mari sini kau!"

ali berjalan perlahan sambil menundukkan kepala. dia tahu apa yang akan berlaku tapi dia terlalu takut untuk melarikan diri. dia tahu dia akan pulang dengan baju yang koyak rabak tetapi dia terlalu takut untuk melarikan diri. dia tahu dia akan pulang berjalan kaki kerana duit tambang bas akan diambil seperti biasa tetapi dia terlalu takut untuk melarikan diri.

"bodoh punya gemuk! cepatlah! kemain lembab lagi kau! dasar gemuk tak guna!"

sekumpulan remaja berseluar hijau dan berbaju putih gelak memerhatikan ali yang perlahan-lahan menuju ke arah mereka. seperti seorang pesalah yang datang mengadap muka pengadilan. mereka tersenyum menanti habuan keseronokan yang akan dinikmati sebentar lagi.

"duit perlindungan hari ni mana?"

"saya takda duit bang. hari ni tak dapat duit belanja. mak saya lupa bagi bang"

"kau jangan tipu, anak orang kaya macam kau tak dapat duit belanja. kau nak kena pukul ke?

"tak bang. saya tak tipu. betul. saya tak dapat duit belanja hari ni."

"man, selongkar beg dia. cek poket dia apa semua. aku tahu dia tipu ni."

man tersenyum menerima arahan dari seorang lagi remaja berseluar hijau dan berbaju putih itu. dia mendekati  Ali, merampas begnya dan menyelongkar segenap penjuru beg itu. diterbalikkannya dan di punggah segala isi. segala barang yang tidak berkenaan dibaling sejauh mungkin. barangkali dia berlatih melontar peluru agaknya.

"lan, dia tak tipu la, sesen pun aku tak jumpa ni hah. apa lagi?"

"apa lagi? pukul lah!"

sekumpulan remaja berseluar hijau dan berbaju putih datang mendekati ali yang dipegang erat oleh Man. Mereka tersenyum sambil mengepal buku lima. hari itu Ali pulang berbogel. badan dipenuhi lebam biru. mulut kurang gigi 2-3 batang. mata sepet seperti anak cina. dan hari itu Ali trauma.

***********************

"satu. dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh.
sepuluh syaitan celaka datang bawak bala.
seekor mati dipanah petir, tinggal sembilan.
sembilan syaitan celaka datang bawak bala.
seekor  mati dilanggar lori, tinggal lapan.
lapan syaitan celaka datang bawak bala.
seekor mati dilenyek bas, tinggal tujuh.
tujuh syaitan celaka datang bawak bala.
seekor mati lemas, tinggal enam.
enam syaitan celaka datang bawak bala.
semua takut mati masuk neraka.
enam syaitan celaka camping tepi kuala.
enam mati terbakar dalam khemah.
semua syaitan celaka dah tiada."













4 comments:

pepol said...

perghh...

Apple Pie said...

saitonnnnnnn

Wawa.Wafiyyah said...

ko main tipu eh? ko xde idea nak bunuh mcm mana, ko bakar 6 ekor terus eh?..hahaha

arfasyrf said...

kakakakkaa. kantoi la pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...