Thursday 20 September 2012

Dunia Hitam



Munirah menghantar pemergian Ali dengan pandangan kosong. Dia sendiri tidak tahu rasa apa yang singgah di hatinya kala ini. Sebaknya bagai menjerut. Sakitnya perit. Dengan langkah longlai dia masukkan ke dalam sebaik sahaja motor yang ditunggang Ali hilang dari pandangan. Dia duduk melepaskan lelah di sofa. Keletihan.

“Kau tak ubah seperti perempuan simpanan aku Munirah. Aku punya hak ke atas kau.” Suara Ali malam tadi terngiang-ngiang dicuping telinganya. Berulang kali. Hingga Munirah rasa sesak. Ditepuk kedua belah telinganya. Dihalau suara itu pergi. Namun seakannya semakin kuat. Munirah berang. Dia bangun berlari ke kamarnya. Pintu dikunci dari dalam.

“Diam! Diam! Aku benci kau Ali!” Jerit Munirah kuat.
“Kau tak ubah seperti perempuan simpanan aku Munirah.” Ulang suara itu lagi.
“Diamlah celaka! Kau yang buat aku jadi seperti perempuan simpanan! Sebab kau!”
“Kau…perempuan simpanan aku Munirah.”
“Diam!” jerit Munirah sekuat hati. Tangisnya berlarutan. Hatinya sakit. 

Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dia duduk di tepi katil memelut lutut. Dia masih ingat 6 bulan lepas sewaktu pertama kali dia menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, dia tidak kenal sesiapa selain Ali, teman lamanya sewaktu di kampung. Ali yang beria mahu dia datang ke Kuala Lumpur dan berkerja di sini. Katanya, gaji di sini lumayan. Dalam kepala, Munirah sudah membayangkan wang yang akan dikirimkan ke kampung untuk keluarganya di sana. Namun, tanpa Munirah sedar dia telah dilacurkan ke sebuah kelab malam. Dari seorang gadis kampung bertudung dan Cuma berbaju kurung, dia dipaksa memakai mini skirt dan tiub yang dia selalu lihat di dalam televisyen. Munirah tak mahu. Akhirnya dia ditampar Ali. Hendak tak hendak dia terpaksa mengalah. Dan malam itu bermulalah kerja paling celaka dalam hidupnya.

Seorang lelaki tua berumur penghujung 30-an telah melanggannya. Dia di bawa ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang di ibu kota. Malam itu dia diratah selahapnya. Tubuhnya digayakan dengan pelbagai posisi. Munirah yang tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum itu merasakan dirinya ibarat boneka. Hampir 2 jam dikerjakan, akhirnya mereka tertidur keletihan. Sebelum pulang lelaki itu telah member duit poket kepada Munirah sebanyak RM300. Dan malam itu bukannya malam terakhir untuk Munirah. Hampir 3 bulan dia melakukan perkerjaan tersebut hingga akhirnya dia benar-benar tidak tahan. Disuarakan pada Ali. Namun ternyata itu mengundang kemarahan Ali.

“Kalau kau dah tak mahu layan lelaki-lelaki itu semua, kau kena layan aku! Mulai hari ini, kau aku punya. Kemas barang-barang kau, pindah ke rumah aku. Kau akan tinggal di sana. Tugas kau, melayan aku bagai seorang isteri. Faham?” soal Ali. Direntap rambut Munirah hingga mengalir air matanya. Munirah menganguk. Dia lebih rela begitu dari menjadi perempuan murahan begitu.

Esoknya, Munirah pindah masuk ke kondo Ali. Sebuah kondo di Jalan Ampang dan itu pertama kali Munirah menjejakkan kaki ke rumah Ali. Beg-begnya dibawa Ali ke kamarnya sendiri. Diletakkan bersebelah dengan sebuah almari putih.

“Kemas baju kau, masukkan dalam tu. Mulai hari ini kau tinggal sini. Ingat! Kau kena layan aku seperti seorang isteri. Faham?”

Munirah mengangguk laju. Dia berjalan ke bilik. Dipunggah pakaiannya dari dalam bilik lalu disusun ke dalam almari. Hampir sejam dia mengemas. Beg dimasukkan di bawah katil lalu dia berjalan keluar. Niat hati ingin meneguk sedikit minuman. Tekaknya benar-benar dahaga.

“Mahu kemana?” soal Ali. Dia sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu.
“Dapur. Minum.” Jawab Munirah.
“Hmm. Ambilkan untuk aku sekali lepas tu duduk sini. Teman aku.”

Munirah berlalu ke dapur. Di dalam peti ais yang ada Cuma jus apple. Dituang ke dalam cawan lalu diteguknya. Kemudian dituang untuk Ali dan dia ke depan. Duduk bersebelah Ali. Air dihulurkan. Ali menegukanya dengan sekali lalu.

“Kau ni cantik. Tapi sayang kecantikan kau disia-siakan. Aku tahu, kau dapat banyak komisyen dari kerja kau tu kan? Kenapa kau nak berhenti?”

Jari jemari Ali menari-nari di wajahnya. Munirah menikus. Dia tidak berani menjawab. Ali makin galak. Dikucup dahi Munirah. Lalu turun ke mata, ke pipi singgah di leher dan akhirnya naik ke bibir. Munirah pantas menepis.

“Apa ni! Aku tak suka Ali. Tolong…tolong jangan buat aku macam ni lagi. Cukup-cukup apa yang dah aku lalui selama ini. Aku mohon Ali. Aku nak balik kampung. Hantar aku balik.”

Ali tersenyum. Tidak dihiraukan rayuan Munirah. Ditolak tubuh Munirah berbaring di sofa lalu ditindihnya. Dan malam itu, pertama kalinya Ali menikmati tubuhnya.

Bunyi deringan telefon mengembalikan Munirah kea lam nyata. Dia mencapai telefon bimbit di tepi katil. Nama Ali tertera.

“Aku on the way balik. Pakai cantik-cantik, wangi-wangi. Aku malas pergi kerja hari ini. Asyik teringatkan kau.”

Munirah merengus. Telefon dimatikan lalu dicampak ke dinding. Dia menangis lagi. Dia harus mengakhiri sengsaranya ini. Dia mula merancang. Di dalam kamar mandi, dia mengantur strategik. Dress berbunga-bunga yang menjadi kegemaran Ali disarungkan ke tubuh. Rambutnya yang panjang disanggul. Perfume disemburkan ke badan. Lalu dia menunggu Ali di ruang tamu. Hampir setengah jam, akhirnya Ali muncul di depan pintu.

“Hye sayang!” Munirah menyambut Ali dengan senyuman. Lalu tangan Ali ditarik terus ke kamar. Bau kamar yang mewangi di tambah bau wangi Munirah menaikkan nafsu Ali. Lalu ditolak tubuh Munirah terus jatuh ke katil.

“Kenapa kau goda aku ni? Selalu kau lain.”
“Aku nak kau ingat sampai mati apa yang berlaku hari ini.”
“Maksud kau?”

Munirah terus mengucup bibir Ali. Bertautan. Munirah benar-benar melayan Ali hari itu. Dia membiarkan Ali meratah tubuhnya sepuas hati. Dibiarkan Ali meneroka ke segala pelosok tubuhnya. Dia rela. Dia mahu ini menjadi yang terakhir. Hingga akhirnya mereka berdua benar-benar keletihan dan Ali tertidur dengan dia dalam pelukkan Ali.

Setelah memastikan Ali tertidur, Munirah bangun menyarung pakaiannya semula lalu berjalan ke dapur. Dicapai gunting dan pisau yang selalu digunakan untuk dia menyediakan hindangan untuk Ali. Diperiksa nadi Ali. Lalu dia tersenyum. Munirah menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Ali.

“Semoga kau bahagia di neraka sayang!” serentak dengan itu, ditikam jantung Ali sekuat hati. Ali terjaga. Matanya terbelalak. Nafasnya sesak. Dilihat Munirah disisinya tersenyum kegilaan. Ditikam berkali-kali hingga akhirnya Ali kaku tak bernyawa.

Dicapai gunting di sisinya. Lalu selimut yang menutupi separuh tubuh Ali diselak. Digenggam kemaluan Ali lalu dengan gunting tersebut, kemaluan itu dipotong. Di bawa ke bilik air lalu dicampak masuk ke dalam mangkuk tandas. Dipam. Munirah ketawa sepuasnya.

“Hah! Aku bukan perempuan simpanan kau lagi! Aku dah bebas.” Kata Munirah lagi.

Dia pantas menukar baju. Lalu dimasukkan pakaiannya ke dalam beg. Sebelum meninggalkan rumah itu dia melihat mayat Ali untuk terakhir kali. Lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Membuatkannya hidup dalam trauma. Keganasan seks yang dia lalui bersama lelaki-lelaki keparat itu dahulu menghantuinya hingga hari ini. Saban malam, dia mengigau teringat-ingatkan semua itu. Dan hari itu, dia bebas. Bebas dari segala igauan ngerinya selama ini.



Karya Mellyana

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...