Wednesday, 1 August 2012

Salleh ke Sally ?


Namaku Salleh bin Abu Hassan. Masih lagi single,baru sahaja berumur 27 tahun,punya kerjaya ada sebuah kereta MYVI dan berperwatakan agak menarik.

Aku bekerja sebagai  kerani di sebuah syarikat di Johor Bahru. Staff-staff perempuan di pejabatku sentiasa menggoda aku,aku taktahu kenapa,mungkin aku ni dikalangan orang hensem-hensem agaknya,hehe.

Tapi satu pun aku tak tertarik. Bukan taste aku gamaknya.Rutin harian aku seperti biasa,tiba di pejabat buat kerja,filling file,taip surat ah kalau aku sebut sampai ke sudah tak habis.
Tup tup pukul 5 petang. Aku punch out kad kuning aku,lalu keluar dari pejabat dan mulakan kehidupan aku seperti biasa.

"Hmm nak ke bazaar mana pula hari ni ye?" Aku bermonolog sendirian di dalam kereta sambi mendengar lagu dendangan dari  Sleeq ft Najwa Latif . Ah ke Kampung Melayu Majidee harini. Untung untung dapat beli murtabak Singapore tu. Lalu aku pecut keretaku dan akhirnya sampai ke destinasi dan membeli sedikit juadah untuk berbuka nanti. Dan aku terus pulang ke rumah,mandi dan menanti waktu untuk berbuka.

Seusai sudah aku berbuka dan menunaikan rukun Islam kedua,aku segera bersiap-siap dengan rapi agar kelihatan cantik dimata-mata orang sekeliling.

Lantas aku menghidupkan enjin kereta dan pecut laju ke destinasi yang aku selalu aku kunjungi. Jalan Susur. Aku meletakkan kereta aku di tempat  biasa. Dan menjalankan tugas aku seperti biasa. "Hai bang,rm 80 je untuk 3 jam.”  sambil mengangkat skirt ke paras peha dengan suara yang menggoda berlapikkan sedikit garau .

Dan hari-hari berikutnya aku masih berperwatakan sebegini,siang menjadi lelaki tulen dan malam sebaliknya sehingga ada jalan dihujungnya sinar. Mungkin.

9 comments:

LELAKI INI said...

errrr
ingtkan pakai cnteq pg terawih!

akem said...

untuk dia hey!
untuk dia hey!!
heyy heyyy!~~

aku said...

bulan ramadhan pun jalan ye bang

stalker hebat ! said...

hai SALLY! 3 jam lama sangatlaaa....

**kau memang GILA la jiran sebelah.haha^^

Ubi Capella said...

hare sungguh. pondan.

-meeSUPERGIRL- said...

proje laju ke bang bulan2 puasa neh? Haha

eszyamin said...

nape semenjak lapan menjak story2 gay lesbo mempelopori bidang kewartawanan korg ni huh?? haha

inche hlovate said...

mungkin ada sinar suatu hari nanti

*ingtkan ada org goda dia huhu

Pisey said...

Dan menjalankan tugas aku seperti biasa. Kah kah kah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...