Tuesday, 31 July 2012

ikan dan susu segar.

Blouse biru gelap yang sudah berapa minggu tidak dibasuh yang di sangkut di dinding bilik di ambil dan dipakai menutup segala postur badan yang timbul dan puting yang ada, yang nampak cuma lurah yang giur. Digandingkan dengan mini skirt hitam mati paras peha yang hanya seinci dua dari panties. 

+ Aku terlewat malam ni Oki. *tergesa gesa si perempuan menyembur perfume hingga memenuhi ruang atmosfera bilik bujang itu.  

+Nanti balik aku layan kau eh, jangan pergi mana mana tau. Nanti luka lagi dipukul orang.

Bebel perempuan suku abad sambil menjuih juih bibir merasakan lembapan gincu merah pekat. Dilakukan dengan berhati hati meskipun sudah terlewat. Blackberry Bold 3 sudah banyak kali teriakkan bunyi yang menerima panggilan dari Mummy. 

Oki yang sedari tadi diamkan diri, terus melompat naik ke atas peha gebu si perempuan, baringkan badan dan jilat peha putih si perempuan. Tidak dilayan, di tolak Oki ke atas katil, di biarkan sendirian. 

+ Nanti aku berikan kau ikan dan susu segar ya. Lagipun sekarang kan bulan ramadhan, kau puasa lah dulu. 

Seperti tahu apa dimaksudkan oleh si perempuan, Oki hanya mengiau manja di atas tilam bujang itu. Mungkin dia sedar tuannya sudah terlewat untuk pergi melayani lelaki lelaki yang dahagakan sex darinya  untuk dapatkan wang saraan mereka meskipun di bulan ramadhan; berjalan menuruni tangga menuju lorong chowkit.

7 comments:

arfasyrf said...

seks dah betul dah. pak imam mana pak imam? kakakaka

Ubi Capella said...

lah. aku ingat hang yang nak buat cerita tu. haha.

arfasyrf said...

aku ingat nak buat. tapi tulah. idea tak mari. semua benda jahat kena block. kakaka

Wawa.Wafiyyah said...

korang ni, bawak mengucap sikit.nak buat entry pon jgn buat pesen2 yg boleh stim ke ape..naya kang kalau baca time siang2 ni..

si robot comel said...

nak bb pin perempuan tu!

Ubi Capella said...

Wawa.Wafiyyah- wawa stim ?? =,="

Ubi Capella said...

si robot comel- bel3n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...