Saturday, 25 August 2012

Malam LailatulQadar

Sekarang dah masuk raya ke 7, setelah seminggu berpuasa. masing-masing dah sibuk simpan kuih raya, tutup langsir, susun kasut dan sebagainya kerana mahu menghindari kedatangan kanak-kanak ke rumah yang semata-mata mahukan duit raya.

Peah termenung. Ya, malam Lailatulqadar yang ditunggu, tapi tidak jua boleh dinikmati akibat terlebih tidur yang melampau-lampau..

Peah termangu lagi. Peah terfikir. Seperti suatu kehilangan yang hakiki dirasainya. Kehilangan arwah nenek kesayangan meruntun jiwa Peah. Seperti baru semalam Peah merasakan neneknya sedang berhubung melalui telefon memandangkan neneknya di utara, Peah di selatan.

Baru semalam Peah merasakan neneknya memberikan cincin pusaka di mana Peah satu-satunya cucu yang menerima cincin emas peninggalan arwah neneknya itu. Masih terngiang lagi kata-kata yang menusuk kalbu. "Peah suka bodek nenek, Peah suka ambik kesempatan"

Dan baru semalam juga Peah merasakan neneknya mengusap rambut, mengukirkan lukisan inai di jari secara suka-suka dan nenek membuatkan kuih kegemarannya, kuih seri muka.

Hakikat yang mereka tidak tahu, arwah nenek begitu sayangkan Peah. Mungkin kerana Peah sahaja yang selalu berada di sisi nenek si saat susah senang nenek. Biar jarak memisahkan mereka, jangan risau, teknologi kan ada...

Peah masih ingat, malam ke 23 Ramadhan, Peah menerima satu panggilan telefon yang tak mungkin dilupakannya. Nenek kesayangan pergi mengadap Ilahi kerana jatuh bilik air. Peah meraung. Peah mempersoalkan, "Takkan jatuh bilik air boleh mati?" "Kenapa Tuhan ambil nyawa nenek!"

Pada masa itu, Peah meraung seperti orang tiada iman. Yang difikirkan ialah neneknya. Nenek kesayangan satu-satunya yang dia ada. Peah terduduk. malam itu, perjalanan sepanjang 13 jam tidak dirasainya. yang Peah tahu, dia mahu cepat sampai ke kampung. Untuk bertemu nenek kesayangan.

Di saat Peah sampai, Peah menerkam tubuh neneknya yang terbujur kaku.....

Tapi satu perasaan hiba dan lega terpancar di wajah Peah. Arwah neneknya tersenyum. Seperti sedang nyenyak tidur. Peah mengusap lembut wajah arwah neneknya. Nenek seolah mahu menyampaikan mesej bahawa dia baik-baik sahaja.

Yang lebih ralat, seminggu lagi mahu meraikan perayaan Aidilfitri. Sebelum meninggal, nenek berpesan.."Kakak, jaga cincin nenek tu baik-baik, nanti kakak ke kubur dengan tudung pemberian nenek ni ya".

Peah menangis sepi. Rupanya, tudung itu yang nenek nak Peah pakai semasa pengebumiannya nanti.


Al-Fatihah untuk arwah nenek saya, Hajjah Meryam Binti Haji Isa.



3 comments:

syafiqakarim said...

al-fatihah buat nenek peah.
mimi harap peah tabah.


jadi cucu yg baik yg peah,
jangan asek menari oppa gangnam style mahupun i wanna dance dance dance~~


byk kan doa.

si ngokngek said...

peah cool peah!

hang buat aku teringat tokwan aku,aku ada jam tokwan aku tau..kenangan

SaddLone said...

yg tinggal hnya kenangan..tabah ya peah jaga apa yg diberi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...