Thursday 26 July 2012

Ramadhan's Mission





Diceritakan perihal sekawan anak dara yang masih dara for sure dan menuntut di universiti tempatan daerah yang tak berapa mundur di sebuah negara Janji Ditepati. Sudah menjadi kebiasaan pada umat anak dara apabila mendapat cuti pada tiap-tiap bulan yang mana cuti ini dapat memberi rehat yang secukupnya, dapat tidur tanpa perlu bangun awal dan dapat shoping tanpa perlu pulang awal.

"wei, ko berapa hari lagi tinggal puasa" tanya Noni kepada Fatihah
"Aku esok dah boleh puasa dah kot"
"Kau Mira?"
" ada lagi 2 3 hari" jawab Mira

"Aku lapar la weh..huhuhu..tak kan nak makan meggi lagi" Noni mengadu sambil di kempal-kempal perutnya yang separa buncit tapi cute.

"Dah tu, tak kan nak pergi bakeri buat muka selamber pulak. Cukup la sekali aku buat muka dont-know tahun lepas pergi beli kebab tengah hari rembang. Seb baik ramai orang masa tu. Takde lah kantoi sangat". Panjang Fatihah bercerita perihal pengalaman dia.

"Kirim dekat budak cina nak?"
"eh tak nak la aku.jangan tanya kenapa". belum sempat Noni tanya kenapa Mira dah warning jangan tanya.. ade lew tu sebab kenapa dia tak nak kirim dengan bangsa tu. tapi elok lah dirahsiakan bagi mengelakkan kesalahfahaman semua pihak.

"dah dah aku tak tahan dah ni..korang nak ikot aku tak.sekarang pukul berapa?" Noni bertanya
" Pukul 2.pergi mana?" serentak Fatihah dan Mira bertanya dengan muka pelik
" Ikot ajelah. kejap.Nurul puasa tak hari ni"
"Aku rasa tak.dia baru je peod semalam." -Mira
"Ok cun.whatsapp dia cakap kita pick up dia dekat fac"


Bergerak lah 4 sekawan itu ke suatu tempat. Noni yang free hair tiba-tiba pulak berselendang. dan mereka berempat menyediakan ray-ban masing masing gaya ala-ala nak berpicnik di pantai Tanjung Bidara pada tengah hari rembang macam ni.


==============================
berhentinya mereka di satu mesin berbentuk kotak dan mengeluarkan suara.






"SELAMAT DATANG KE McDONALDS. BOLEH SAYA AMBIL PESANAN?"



mission accomplished!


11 comments:

ken adbullah said...

peod? kakaka. apa kiut benar nama nya. hahaha. *aku tumbuk muka kau nanti (karoot komedia x)

Pi mcdonald noh. pesen awek tak posa!
aku kalau ponteng pon senyap senyap beli nasi ganja makan dalam rumah. beli pon pakai helmet ada visor.
(kalau aku pontenglah, tapi susah nak tengok aku ponteng)

CallMe-NW said...

amek! hang kan nak sgt cerita awek tak boleh puasa kan..hahahaha...drive thru derr..kahkahkah

No name said...

aku setiap tahun buat begitu. hahaha..

Unknown said...

hahaha..nak buat jugak lah!

amrlaqm said...

adakah cerita ini diinspirasikan dari kisah benar?

fi said...

hanya wanita yang mengenali wanita. haha. Alah selalu yang jaga kaunter drive thru tu pompuan jugak kan. tak da la segan sangat XD

Sofea said...

awat la tak call mcD, gunkan service delivery kan senang..

nine said...

tah guna delivery mudah dan tak kantoi sgt. soh penghantar tu dok jejauh sikit dr umah. ha ha ha

CallMe-NW said...

awak kene faham. tak semua tempat mcD nak delivery...awak kene faham itu...kahkahkah

Unknown said...

ni kalau bgtau pak samad orait gak ni

si robot comel said...

nak mekdi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...