Friday 6 July 2012

Pra-Ramadhan : Sediakah Kamu?

Assalamualaikum dan Salam Maghrib.

yes, suka pulak aku menaip entry dikala maghrib ni, dikala Syaitonnirrajim berpeleseran, dikala dimensi antara dunia nyata dan dunia satu lagi terbuka akibat frekuensi yang terlalu rendah. puii.. kemain ayat level berapa lah aku taip ni

Untuk pengetahuan, bersempena Tema Puasa, ahli Sindiket Komrad dibenarkan up entry pasal puasa, tak kisah lah dalam bentuk cerita, fakta (atau faktab) , entry mengarut atau apa- apa saja. Amboi pandai pulak aku yang beri arahan kan..hahahaha..*maaf bos kalau saya salah*

disebabkan ketandusan idea untuk update cerita sebab, almaklumlah bila dah habis sem idea semua lari balik kampung. dulu kalau masa sem, masa assignment banyak, masa quiz, masa exam, time tu lah idea melimpah ruah. if u know what i mean.

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakan tiba tidak lama lagi, dah boleh kira dengan jari tangan+jari kaki dah. dekat tak dekat dah nak bulan puasa tu.

dalam diri ini, dalam hati ini, ada lah juga perasaan ketidaksabaran, keterujaan, kerinduan terhadap bulan Ramadhan bulan yang mulia. Dalam pada itu (amboi..BM A1), ada lah juga perasaan kecuakan apabila memikirkan adakah tahun ini, Ramadhan kali ini, akan berlaku bencana seperti yang di wara-wara kan di media elektronik. cuak tak? cuak tak?

kita sebagai manusia biasa, tak tahu apa akan jadi. tapi kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang datang (gaya Ustazah Wawa)

Jadi, bulan puasa pun tak masuk lagi, nak cerita banyak pon belum mood lagi, nak gebang lebih-lebih pon tak syok. Meh aku bagi warm-up je dulu sebelum bulan puasa ni. Ate, kome yang pompuan tu dah habis ganti puasa ke belom? kihkihkih




1. Niat mesti ikhlas. bukan sebab terpaksa
2.bertaubatlah kamu sebelum kamu ditaubatkan
3.menjaga masa dari hal sia-sia.jangan tau facebook dengan twet je LOL
4.lazimi puasa sunat. nanti dah bulan puasa tak ada lah macam mayat hidup
5.belajar hukum hakam puasa. tambah ilmu.
6. makan tak payah gaya macam orang afrika tak makan setahun sangat
7. biasakan bangun malam, bukan online ke tengok porn ke. Qiamullai
8. sentiasa baca alQuran. kalau boleh jangan tinggal Quran lebih dari 3 hari
9. amalkan zikir dan sedekah. biar jadi kebiasaan, jangan reti mencarut je..tu bukan zikir..kakakaka

*tulis, tampal dalam kepala otak sendiri*

sekian saja tazkirah Maghrib. moh solat!

8 comments:

saya_arief said...

tidak sabar menanti ramadan.
:)

Wadi AR said...

ahlan wa sahlan ya ramadhan

aqmalazmi said...

kita lelaki... tak de ganti :p eh eh eh hahahahaha

YouSOF said...

InsyaAllah.. Lets get ready! ;)

ken adbullah said...

tak puas hati. wawa main muhong. kakaka

Shawn Razaleigh said...

:)terima kasih mengingatkan

lelakiberkemejahijau said...

Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup :)
Subhanallah , indahnya bulan ramadhan ♥

Liza Razak said...

salam ramadhan...semoga ramadhan diberkati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...