Friday 20 July 2012

Etong terlupa!

Etong seorang gadis berusia 20-an. Masih belajar di sebuah institusi pendidikan terkemuka di Kuala Lumpur yang dirasakannya institusi terbaik di dunia. Dengan itu, hidung kembangnya semakin menjadi-jadi kerana berasa bangga. Namun, nama sebenar Etong ialah Halimahton tetapi digelarnya Etong kerana hanya dia berasal dari Terengganu.

Cuti semester bakal bermula, Etong mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Etong ingin manfaatkan cuti semesternya dengan melakukan perkara berfaedah seperti membantu ibunya mengemas rumah, membasuh kereta dan perkara asas yang lain. Dari termenung memikirkan cuti semesternya yang akan datang selama 2 bulan, Etong bergegas ke stesen bas berdekatan untuk membeli tiket bas.

Sesampainya Etong di stesen bas itu, Etong segera membeli tiket bas. Mujurlah Etong sempat kerana berduyun-duyun pelajar satu institusi dengannya turut berebut membeli tiket untuk cuti semester yang bakal menjelma. Etong balik dengan suka hati sambil makan apam balik Mak Cik Saadah kesukaannya.

Tiga minggu kemudian.......

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Etong berusaha mengemas barang sebaik mungkin, kalau boleh dengan almari-almari dia nak sumbat dalam bagasi Polo kepunyaannya. Hatinya gembira bukan kepalang. Namun ada beberapa dugaan yang ditempuhinya semasa dalam perjalanan ke stesen bas. Dugaan pertama, Etong terlupa tiket bas apabila dia sudah sampai ke tingkat bawah asrama. Terkocoh-kocoh Etong naik semula walhal masa untuk ke stesen bas sudah semakin suntuk. Etong hanya mampu berdoa.

Selesai sudah satu perkara, dugaan kedua dalam teksi pak cik kurang pendengaran amatlah menguji dirinya. Biarpun dia kasihan dengan perihal diri pak cik itu, Etong hanya mampu terpinga kerana pak cik itu masih tanya berulang-ulang dan terus bertanya soalan yang sama.

"Adik nak ke mana ni dik?" tanya pak cik teksi

"Saya nak ke stesen bas, pak cik boleh cepat sikit? Sebab saya dah lambat ni".

"Apa? Anak nak makan mi? Boleh pak cik bawakan".

Etong terpinga, apakah rasionalnya "MI" dan "NI". Jadi Etong hanya menulisnya pada sehelai kertas, dan akhirnya pak cik itu mengerti. Etong mengeluh "Fuh, nasiblah reti baca jugak, kalau tak, matiiiii". Pak cik itu terus tanya, "Apa nak....?" Etong senyum dan mendiamkan diri dan mengenangkan nasib dirinya yang malang pula pada hari itu.

Sesampai di stesen bas, Etong dengan gembiranya masuk ke kedai runcit di situ, memandangkan masa hanya tinggal lagi sepuluh minit untuk masuk ke bas, Etong menggunakan masa itu sebaiknya. Segala jenis makanan ringan diambilnya dengan harapan dia tidak lapar semasa di dalam bas nanti.

Tepat pukul 8.30 pagi, Etong selamat naik ke bas. Dibukanya keropok Super Rings kesukaanya, makan. Cup cap cup cap bunyi mulutnya. Mak cik disebelahnya melihat Etong dengan wajah paling tak boleh belah. Segera Etong mempelawa mak cik itu untuk jamah sekali keropok kepunyaannya. Tapi yang paling menghairankan, seluruh penghuni bas melihatnya termasuk pak cik drebar. Etong merasakan dirinya "hot" pula. Sambil tersengih, Etong mempelawa semua penghuni bas keropok Super Rings kepunyaannya.

Semua menolak, dan memberi alasan. "Tak apalah, kami puasa". 

Etong tersentak.

Ohhh hari ni puasa ya? Ohhhh. Segera Etong meminta maaf. Sungguh Etong terlupa. Sungguh! Segera Etong angkat tangan ke bahu, mata pandang ke atas kerana malu. Apa motifnya, semua penghuni bas tidak mengerti sampai sekarang. Etong memang malang betul hari itu.




10 comments:

CallMe-NW said...

xpe musafir...haha...

ken adbullah said...

etong ni mesti perempuan kan. aku dah agak dah! mesti bagi alasan period. ceh.

amrlaqm said...

malunyaaaaaa.
hahaha

fi said...

Bapak ah peah.

Kalau aku pun besar kemungkinan jadi macam tu jugak. Manusiakan mudah lupa :p

SoLy SoLicious said...

hahaa..etong2

nine said...

Wawa.Wafiyyah - haha masalahnya baru naik bas aje? teruk

M.Syafiq Ali - dah halimahton, laki ke pompuan ubi? haha

akem - eleh, kau mesti pernah an?

aku - kahkah, sebenarnya ini cerita benar belaka. kehkeh

SoLy SoLicious - etong tong tong leww hakhak

aqmalazmi said...

haishhh macam mana boleh masuk "Institusi Terbaik Di Dunia" entah ! hahahaha

nurulain1011 said...

woi! kelakar giler doe!! hahahahahh! tegolakk golak den baco. hahhahaha XD

si ngokngek said...

malang tak berbau..

kira rezeki lah etong dpt makan,diwaktu bulan ramadhan..orang lain tak boleh

nine said...

aqmalazmi - ahaha hiperbola sat!

ﻉ - gelak gelak juga, jgn tak puasa. hahaha

si ngokngek - haha etong mana sengaja :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...