Sunday 20 May 2012

penolakan

"siti" dia menoleh kebelakang. Belum sempat menangkap seraut wajah itu, kepalanya terus ditemukan dengan kayu baseball yang baru aku beli semalam. melayang dia jatuh dari kerusi tempat dia duduk. aku tersenyum. "senangnya, kalau aku tahu, aku buat selalu dari dulu."

tidak kelihatan satu kelibat manusia pun di sekeliling itu. aku lilitkan tali yang aku bawa dari tadi di tangan dan kaki siti. langkah berjaga-jaga takut dia tersedar nanti.Mulut Siti aku sumbat dengan kain yang aku basahkan dengan air milo basi. Biar dia tak boleh bernafas. baru aku puas hati. aku malas nak angkat dia ni, berat. aku tarik dari tempat dia terbaring tadi bawa terus ke keretaku, bonetnya ku buka, dan aku campakkan dia kedalam bonet. Kayu baseball yang aku gunakan tadi, aku letakkan sekali dalam bonet kereta. selesai. aku tutup bonet dan bergerak ke pintu pemandu. arah tuju, belum tentu.

Setelah sejam, aku meronda-ronda bandar, aku mula bergerak ke rumah Siti. Siti tinggal seorang diri, lagi senang aku nak hapus bukti. Bukan aku tak mahu buat di rumahku, tapi nanti apa kata ali dan kiki. menangis diaorang nanti. dah satu hal pulak. Sampai dihalaman rumah, aku buka pintu menggunakan kunci pendua yang Siti bagi dulu. katanya senang kalau aku mahu datang melepak disitu. Siti aku angkat dan aku letakkan di atas sofa. Dia masih lagi seperti tadi, tak sedarkan diri.Mungkin pukulan aku tadi terlalu kuat. aku berdiri didepan siti, memikirkan apa yang patut aku buat dengan dia ni. menyesal tak susun strategi awal-awal lagi, taklah membazir masa seperti ini.

Aku bergerak ke dapur mencari pisau dan segala macam alatan tajam yang ada. aku ambil jugak sebaldi air yang dah aku campurkan dengan sabun. aku bawa ke ruang tamu tempat siti terbaring tak sedarkan diri.
aku buka butang bajunya satu persatu, tudungnya sekali aku buka. senang nak bedah dada kejap lagi. aku renjis air ke muka dia, nak bagi dia tersedar, tapi tak jadi-jadi.Jalan terakhir, aku tumbuk muka dia sekuat-kuat hati, menjadi!

Aku tersenyum bila dia buka mata, aku mahu jadi orang terakhir dia lihat sebelum dia pergi meninggalkan dunia ni.
"hai Siti, penat aku tunggu dari tadi. sekarang ni baru kau nak bangunkan"

Wajah Siti dari marah mula berubah bila melihat aku tersenyum memegang pisau di tangan. Aku letakkan pisau di tepi dan aku ambil kayu baseball tadi. Air mata mula kelihatan mengalir dari anak mata Siti, ah, kerana anak mata itu aku jatuh hati. Kain lembapan air milo basi tadi aku tarik keluar dari mulut Siti,Kasihan. Sebenci-benci aku, masih ada lagi secebis rasa sayang. "apa ni? lepaskan la aku, apa kau nak buat dengan aku?" Siti bertanya ketakutan. Aku suka melihat dia ketakutan. Semakin comel bagiku. Aku masih lagi tersenyum.

"aku sayang kau, penat aku kumpul kekuatan nak bagitahu pada kau. tapi kau dengan senang hati boleh kata yang kau dan aku cuma kawan sahaja. aku sedih Siti, sedih. sedih dengan perangai kau yang mempermainkan hati aku ini. Serius. Aku tak tipu"

"please please. lepaskanlah aku, aku sayang kau jugak. janganlah buat aku macam ni."

"sorrylah Siti, hati aku dah tertutup untuk kau. macam kau kata hati kau dah tertutup untuk terima aku. Jadi malam ni, aku nak tolong bukakkan hati kau untuk terima aku. Tak salahkan? tapi sebelum tu. aku nak bagi hadiah sebab pecahkan hati aku sebelum ini"

Aku tersenyum. Kayu baseball di tangan ku angkat tinggi. Siti memejam mata takut memikirkan apa yang bakal terjadi. Dengan sepenuh hati kayu baseball tu aku hayun ke lutut kiri. pecah. Siti menjerit sekuat hati menahan sakit yang aku sendiri tak tahu macam mana rasanya. tapi berdasarkan betapa kuatnya Siti menjerit, aku tahu. teramat sakit sekali.

"Sakit ke Siti? Sakit lagi hati aku kau tahu. Ini baru sikit. Sabar ya Siti."

Aku menghayun sekali lagi kayu baseball tadi tapi kini ke lutut kanan. Seperti lutut kiri tadi. pecah. Siti meraung sambil darah membasahi seluar jeans yang dipakainya. Aku kembali tersenyum. kayu baseball yang aku pegang tadi aku rehatkan di bahuku sambil aku meletakkan bontotku di sofa dihadapan Siti. Ada sedikit kepuasan di hati melihat Siti meraung tadi tapi masih belum cukup. Main event belum aku laksanakan.

"Kenapa kau buat aku macam ni? kenapa? Sorry Sorry. maafkan aku. please please"

Aku tergelak besar bila Siti berkata macam tu.
 
"Kenapa? sebab kau tolak aku. kau buat aku macam sampah. kau cari aku. kau bagi aku harapan. lepas tu kau tinggalkan aku terkontang-kanting kena tipu buta-buta dengan kau. Kali ni, aku akan pastikan yang hati kau terbuka untuk aku. sambil tu, aku akan pastikan juga tiada laki-laki lain yang akan dapat tempat dalam hati kau"

"Kau dah gila! Kau dah gila! Tolong! tolong!"

"aku kau kata gila? ya! aku gilakan kau. tapi bukan salah aku, kau yang mulakan dulu. kau yang buat aku tergila-gilakan kau. nasib lah."

"Oh ya, kau sudah lupa kenapa rumah ni yang kau sewa? di hujung taman tanpa ada jiran disekeliling? mesti kau menyesalkan sewa rumah hujung dunia? hahahahahahahahahaha"

aku berdiri ingin menyambung kerjaku yang belum selesai.

"eh, Siti. seluar kau basah lah. kau terkencing ya? la, kenapa tak kata nak kencing. ish ish ish. buat kotor rumah saja. Ah, tak mengapalah. rumah kau, bukan rumah aku."

Next event, aku buka ikatan tangan Siti, tangan kanan aku ikatkan ke kerusi. tangan kiri aku pijak guna kaki. Pisau yang tadi aku letak di tepi, aku pegang. Siti memandang aku sayu sambil merayu-merayu minta dilepas. heh, aku tak segila tu nak lepaskan kau senang-senang.

"ok siti, tadi baru pendahuluan. ini kemudiannya pula." tersenyum kembali.

tangan kiri Siti tadi aku pegang dan aku mula mengelar tangan Siti. sebaris demi sebaris. dari tapak tangan terus ke bahu. Nasib baik pisau yang aku gunakan ini tajam. Terima kasih Siti kerana menjaga alatan dapur dengan cermat. Aku tersenyum puas melihat Siti semakin tidak bermaya. Jangan mati lagi Siti. Majlis baru bermula. Aku ambil mangkuk yang berisi limau purut yang sudah aku potong dua terlebih dahulu.

"orang kata, air perahan limau di luka teramatlah pedih. tapi aku tak rasa ianya sepedih hati aku yang kau hiris bila kau reject aku" Tersenyum lagi.

perlahan-lahan, aku perahkan satu satu limau yang dah aku potong tadi di setiap hirisan di tangan kiri Siti. Meraung-raung Siti menahan perit yang pasti amat menyakitkan tu. Aku tergelak.

"laaa, kau hancurkan hati orang, kau curi hati orang lepas tu kau buang kau tak rasa sakit. ini baru aku hiris-hiris tangan kau dah meraung separuh mati. kau ni tipu la Siti. Tipu!"

"dah lah, kau bunuh ajelah aku, janganlah seksa lagi. tolonglah! bunuh ajelah aku!!"

"rilek siti rilek. aku bukan nak bunuh kau. aku just nak kau tahu betapa sakitnya hati aku. aku nak hati kau terbuka untuk aku. itu aje. sakit ya Siti? ok, aku kurangkan kesakitan kau nak?"

Pisau tadi aku genggam kembali. aku letakkan di pangkal bahu Siti. Dan aku tekan perlahan-lahan.memotong setiap isi daging yang menyambung badan Siti dan tangannya. Tulangnya aku patahkan. senang.

"tengok, aku dah buang bahagian yang sakit tadi. sakit lagi Siti?"

Siti tidak membalas pertanyaan aku.

"oi, orang tanya tu jawablah!"
"oi!"
"oi! kau dengar tak aku tanya ni, bodoh punya Siti"



cis, Siti dah tak sedarkan diri lagi. main event tak mula lagi. nak seksa lagi atau nak teruskan ke main event.
Aku berkata-kata dalam hati. tak apa, aku mahu Siti sedar dulu. Mungkin aku mahu teruskan dengan main event. biar puas hati. Baldi berisi air sabun tadi aku ambil dan aku simbah ke muka Siti dengan harap dia terbangun. Betul sangkaan ku. Siti terbatuk tersedak. mungkin ada sedikit air sabun tadi masuk ke mulut Siti.Aku tersenyum.

"ok Siti, tanpa membuang masa lagi, aku nak mulakan main event yang dah tergendala sejak tadi. tunggu ya, kejap lagi aku hantar kau ke neraka."

Siti semakin lemah. Tutur katanya semakin tidak jelas. Aku tak punya banyak masa lagi. Pisau yang aku gunakan tadi aku ambil kembali. Perlahan-lahan aku gerakkan pisau itu dari leher Siti terus ke pusat. Aku tekan pisau itu biar tembus daging dada siti. Siti yang berkulit putih itu mula bersalut warna merah akibat darah yang mengalir dari potongan yang aku buat tadi. setelah berpuas hati dengan kedalaman luka yang aku buat tadi. Aku letak pisau di tepi. Tangan aku masukkan ke dalam ruang luka tadi.Aku kepakkan ke kiri dada kirinya. Aku kepakkan ke kanan dada kanannya. Biar terbuka luas, senang aku nak cari hatinya. Jumpa!

Aku senyum puas.

"Tengok Siti. Hati kau hitam mati. bila kali terakhir kau basuh ni? aku tak mahu tinggal di hati kotor seperti ini.Tak mengapa.biar aku bersihkan ya?"

aku tarik hatinya keluar dari tempat tinggalnya. Aku ambil baldi berisi air sabun yang tinggal sisa-sisa sahaja. Berus dawai yang aku bawa dari dapur tadi aku gunakan untuk sental hati Siti ini. Biar bersih, biar suci. Biar tiada lagi kotoron atau jelaga yang mengotorkan hati wanita yang satu masa dulu aku sukai. Usai membersihkan hati Siti, aku belah perlahan-perlahan agar tidak terputus dua. Aku ambil gambar pasport dari dalam dompetku, dan aku letakkan di tengah-tengah hatinya lalu ku tutup kembali. Aku tersenyum puas. Rasa seperti satu beban yang berat di bahuku sudah terangkat. Aku tersandar di dinding melihat Siti yang terbaring kaku tanpa tangan kiri dan dadanya yang terbuka.

"apa benda aku nak buat dengan si pukimak ni. Haish.Ah, pergi mati, baik bersihkan diri dulu."

*******************

"Siti, aku ada benda nak bagitahu sama kau"
"apa dia"
"sebenarnya, aku. aku."
"apa dia? cepatlah. aku ada hal ni."
"uhm, aku suka kau. sudi tak kau jadi kekasih hati aku?"
"hah? ulang balik? aku kurang jelas apa kau kata tadi."
"aku suka kau. sudi tak kau jadi kekasih hati aku?"
"hah, macam manalah kau boleh suka aku kan? bukan apa, aku tahu kau baik, tapi, hati aku masih belum terbuka nak terima kau jadi pengganti. Aku harap kau mengerti"
"tapi.."
"eh, nantilah kita borak lagi, tu member aku dah sampai tu. bye!"

Siti pergi menuju ke kereta teman lelaki barunya. Celaka.

7 comments:

ubi snida said...

naiss :D

amrlaqm said...

entah kenapa aku seolah-olah dapat rasa betapa seksanya siti.
bersabarlah siti.

arfasyrf said...

ahahaha. *tunduk hormat*

anis madu said...

Ah, tak sanggup nak baca. Kahkahkah! Ngeri woii.

Btw, pangkal nama aku siti. Sampai hati kau buat aku macam ni kan.. :/

arfasyrf said...

ya tuhan. takda niat pun cik anis woi! hahaha

si robot comel said...

aku takut nak baca,tapi nak baca. Ahh kesian Siti.

PemilikCahaya said...

siapa arfasyrf ni..menyebut nama pon kemain susah, btw, geli la cite ni..seram ngat aihh..tahniah penulis kerana berjaya membuat cerita seram..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...