Tuesday 8 May 2012

Micro Humanoid Cleaner

Set: Tahun 2175.




"Pergi mampos..!!"

Bentak jiwa Hamidin bin Haji Nawab sambil menendang tin minuman kosong di atas jalan. Tin kosong tu bergolek-golek. Sedikit lagi nak masuk longkang. Tak puas hati, Hamidin memijak tin yang tak bersalah itu sebelum ditendang masuk longkang. Impak dari tendangan maut itu, selipar Hamidin tercabut, lalu dengan suka rianya masuk kedalam longkang.

"Ah, loser betul hidup aku." 

Hamidin menghampiri longkang itu. Memandang kedalam longkang. Busuk. Ada lampin pakai buang berenang-renang didalamnya. Diantara plastik Giant dan kotak kasut Bata didalamnya, kelihatan selipar Hamidin berjenama Asadi hampir tenggelam. Hamidin cuba mencapai, namun tidak sampai. Longkang itu terlalu dalam, dan air pula terlalu cetek. Hamidin meniarap. Tangan diregang sepenuh hati.

"Sikit lagi."


"Sikit lagi."


"Sikiit....."


"SPLASH!!"

Hamidin terjatuh kedalam longkang.

Hamidin membuka matanya. Dia terlantar disatu ruang yang gelap. Semua gelap. Kiri kanan. Cuma dirinya saje kelihatan. Ada spotlight mengekorinya. Terasa seperti  mahu menari Michael Jackson sebentar, namun Hamidin tahu dia tak ada masa untuk itu. Dia bangun. Lihat sekeliling. Tak ada apa-apa.


"Hai awak. Sorang je?"

Hamidin ditegur satu suara. Tak merdu dan tak jambu. Agak garau. Dibelakangnya ada sekujur tubuh berbentuk kotak-kotak namun berfizikal sebuah robot. Tapi tak sehensem Transformers. Dan tak sehodoh Lord Voldemart. Biasa-biasa saje. Tertulis dibadannya, MRC 2000.

"Kau siapa?" tanya Hamidin, gelabah.

"Kau tak reti baca?" tanya kotak tadi sebelum menyambung.


"Aku MRC 2000. Penjaga longkang ni."

"Apa maksud kau?" tanya Hamidin.

"Kau tak tahu? Kah kah kah. Aku Micro Robotic Cleaner, robot mikro yang dicipta government untuk membersihkan longkang-longkang di Malaysia ni. Kau ni dah kenapa? Tak ada tempat lain nak tido?" Balas MRC 2000.

"Aku tak tahu macam mana aku boleh sampai kesini. Dan sekarang aku tak tahu aku kat mana. Dan satu  lagi, kau kata kau micro robot. Tapi kenapa aku saiz sama dengan kau? " jelas Hamidin.

"Kah kah kah! Kau nak tahu kenapa? Sebab kau sudah jadi sampah! " balas MRC 2000.

"Apa maksud kau?" Hamidin kehairanan.

"Ini sebab kau dah sama macam sampah-sampah lain yang tak tahu menghargai hidup mereka. Kau manusia, kau membuat sampah yang kami perlu bersihkan. Tapi kau masih mengeluh dengan hidup kau. Kau masih merungut. Walaupun hidup kau sudah cukup dengan wang, makanan, dan tempat tinggal yang selesa. Tak macam kami. Cuma bergelumang dengan sampah."

"Jadi apa kena mengena dengan aku?"


"Kau pernah dengar Hukum Sampah? Hukum sampah ini mudah. Apa-apa objek yang tak dikehendaki adalah sampah. Orang juga adalah objek. Orang yang tak dikehendaki itu adalah sampah. Kau, orang yang tak berusaha, dan sepanjang masa merungut tentang hidup kau, tak mungkin dikehendaki orang lain."


Ini bermakna kau juga adalah sampah."


"Dan dibawah Akta Sampah Masyarakat 2170, sesiapa yang bergelar sampah, dan masuk kedalam longkang badan manusia tu akan bertindak balas dengan enzyme Methamphotonhiuleptyneolalguerreronasigorengikanbilisiolosis dan molekul badan akan mengecil ke saiz 80000 kali ganda  dan menjadi MHC, Micro Humanoid Cleaner. Ini undang-undang baru kerajaan sejak tahun 2170 untuk mengangani masalah kelambakan sampah masyarakat. Setakat ini sudah lima juta rakyat dicampak kedalam longkang. " jelas MRC.

"Tapi aku tak bersalah. Aku terjatuh! Aku cuma mahu cari selipar aku. Ada tak cara untuk aku keluar dari sini dan jadi manusia sebenar semula! Tolonglah aku! Aku tak nak terperangkap disini selama-lamanya!!"


"Cara untuk keluar tu memang ada...." jawab MRC sambil mencucuh lighter ke rokok winston nya. Entah apa logiknya sebuah robot menghisap rokok, namun untuk menambah effect dramatik, aku perlu buat begini.


"Kau perlu kerja dengan aku. Cuci sampah, besihkan longkang-longkang, hapuskan Aedes, hapuskan jentik-jentik. Sampai tiga bulan!"



3 bulan kemudian....


Hamidin bebas dari longkang itu. Beliau pulang kerumah dengan semangat baru. Dia tak mahu lagi menjadi sampah. Tak lagi melepak atas motor disimpang empat, bercerita pasal ekzos baru apa nak dipakai. Dia mula cari kerja. Dan jadi manusia yang berguna.







Sementara itu, selipar Hamidin sebelah lagi...



"Dimana aku????"




 "Hai awak. Sorang je? "



   



14 comments:

si ngokngek said...

kan best klau kt malaysia nie betul-2 wujud robot sebegini..goyang kaki saja..err

yui said...

best...hahah aku imagine robot dalam cerita wall E =p

amrlaqm said...

eh awk ni el dari blog mangkuk tu kan?
omg!
hai, saya aqim. hikhik

anis madu said...

hai el.
boleh tolong ajar tak acane nak sebut enzyme Methamphotonhiuleptyneolalguerreronasigorengikanbilisiolosis ni? berbelit lidah aku nak sebut. HAHA.

si robot comel said...

Ha'ah aku pun terbayang robot dalam WALL E tu lah weyh.:D

El said...

si ngokngek: lambat lagi. tunggu 2175. haha

El said...

hikaru: aku pun bayangkan camtu juga lebih kurang. haha

El said...

aqiim: eh saya tak kenal awak la. kita baru kenal ni. hik hik

El said...

anis madu: boleh boleh. nanti upload tutorial kat youtube k. haha

El said...

robot comel: kenapa tak imagine robot comel je? haha

cha'e said...

memanag aku nangis meraung-raung kalau macam ni. ohoii

El said...

jangan meraung. orang yang cool menangis slow-slow je. sambil korek hidung

Aien Not Alien said...

cerita menarik...pasal sampah dan manusia sampah! eh

El said...

thanks. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...