Monday 7 May 2012

M I M P I

♪ alien datang menakluki bumi
demi koko yang dicari-cari
mereka kan tiba tak lama lagi
apa mungkin terjadi?
jadi kita perlukan penyelamat bumi
boboiboy! 

tupppp!
aqim  terus menekan butang merah pada alat kawalan jauh TV. cahaya terang pada kaca TV terus bertukar malap secara tiba-tiba. suasana senyap sepi. lagu tema boboiboy masih lagi melekat dalam kotak kepala aqim.

"ah, freemason kartun ni! freemason! agenda freemason kartun ni!" jerit aqim. entah apa kaitan kartun boboiboy dengan freemason pun tak diketahui sebabnya. mungkin minatnya terhadap sains fiksi yang tak berapa mendalam mempengaruhi beliau daripada menonton cerita-cerita kartun sedemikian. mungkin jugak sains tulen, fizik, dan kimianya suatu ketika zaman purbakala beliau dulu hanya D- menyebabkan aqim tiada perasaan untuk menghayati kartun boboiboy tersebut. mungkin jugak dia terlalu dimanjakan dengan tohmahan-tohmahan bahawa lady gaga adalah pembawa pengaruh freemason dan illuminati. eh? ada kaitan ke semua ni?

"ada ke patut koko tu boleh jana kuasa dekat robot tu? gila! kalau tenaga solar dapat cahaya matahari sebab nak jana kuasa tu logik lah jugak." bebel aqim lagi. dia menaip sesuatu pada blackberry kesayangan di tangannya. "ah! alien mana wujud! ni semua nak pengaruh budak-budak percaya benda bukan-bukan. lagha ni lagha!" getus aqim lagi. masih lagi khusyuk menekan keypad blackberry. flirt dengan awek dalam twitter mungkin.

dua tiga minit kemudian, aqim dah pun tersadai di atas lantai. mungkin dah terlalu penat berfikir soal freemason dan boboiboy, dia tertidur terbongkang tanpa solat asar terlebih dahulu. 

"aqim, bangun aqim! ada alien bawah tu!" satu rumah bergegar dengan suara vibrato atuk. pintu bilik yang berkunci terus ditendang dengan tenaga hasil daripa lemak kalori dan kolestrol milik atuk. "hoi! bangun atuk kata, bangun qim!" jerit atuk lagi bagai nak terkeluar anak tekak. daebak (baca: hebat) atuk ni.
aqim masih lagi tidur mati. neuronnya bagaikan tidak berfungsi untuk memproses maklumat hasil daripada pendengaran dia tadi. kali ini atuk tidak lagi mampu bersabar. muka aqim disimbah satu liquid bernama air paip. tika itu barulah dia tersedar. neuron dalam kepalanya sudah mula berfungsi.
"err.. ada apa atuk bising-bising ni? kucing kita mati lagi ke?" ucap aqim sambil menggosok-gosok mata. korneanya masih lagi diselaputi taik mata yang membuatkan dia berat untuk membuka mata.
"sejak bila atuk ada bela kucing? atuk kan semput qim. cepat bangun! bawah tu ada alien." atuk menggeleng-gelengkan kepalanya. "haih.. budak ni. dalam situasi darurat macam ni masih lagi nak buat lawak?"

"ALIEN????"

aqim terus bangun. berlari turun tangga. buka pintu. dan keluar rumah. dilihatnya di luar rumah beratus-ratus UFO sedang menjajah bumi. alien-alien berpeleseran menyerang rumah jiran. pihak berkuasa seperti polis, bomba penyelamat dan lain-lain sedang bertungkus-lumus menewaskan alien. gas pemedih mata juga turut digunakan sebagai senjata untuk menewaskan puak-puak alien ini.

"kapten ADUDU! kita perlu pakai spek 3D ni untuk elakkan daripada serangan pemedih mata. walaupun kita alien, mata pun kena jaga." ucap salah seorang alien. mungkin kapten adudu tu ketua sekutu alien tu.
"aku ingatkan kau nak suruh aku tengok movie the avengers 3D. LOL." kata kapten adudu sambil mencapai spek 3D tersebut lalu dipakai ke mata. "hensem jugak aku ni. eh."

serangan selama setengah jam itu tidak berjaya diselamatkan oleh pihak keselamatan. malahan pengawal keselamatan jugak tak mampu untuk memulihkan keadaan. pokok-pokok tumbang. rumah-rumah jiran musnah. kereta polis jugak habis diterbalikkan alien. alien-alien kecil sedang sibuk menggeledah dapur tiap-tiap rumah untuk mencari koko. koko untuk dijadikan sebagai sumber kuasa mereka di planet pluto.

di pluto, koko diperlukan untuk menjana segala kuasa. jarak antara pluto dan matahari yang dianggarkan sebanyak 5.900 juta dan cahaya yang bergerak dalam kelajuan 328 minit ke planet pluto memungkinkan pluto antara planet yang susah untuk mendapat kuasa solar. eh, apa kena mengena dengan koko?

mungkin diorang nak bukak cawangan starbuck di pluto. who knows?

"weii makhluk asing! apa korang buat dekat sini haa? korang tau tak apa korang buat ni salah kalau ikut undang-undang dekat malaysia ni?" jerit aqim dengan penuh berani. tetiba. 
kapten adudu mara ke depan menghampiri aqim. "undang-undang tu apa? ini malaysia eh? thanks bagi information. eh, kejap. makhluk asing macam aku ni kena ikut undang-undang malaysia ke?"
"eh mestilah. kau masuk tempat orang, kau kena ikut undang-undanglah. baik kau pulangkan semua barang yang kau curik tu. kalau tak......" aqim semakin berang. dia mengepal-ngepal penumbuknya. silap hari bulan mahu patah gigi alien ni. mana nak carik tooth fairy yang cuma wujud dalam movie je. 
"aku datang sini sebab nakkan koko. aku nakkan kuasa. kalau kau boleh bagi semua koko yang ada atas bumi ni, tak kira lah yang tengah ada atas kerak bumi ke, mantel bumi ke, aku tetap nak cari jugak koko tu. kau paham?" gertak si kapten adudu. muka alien digarangkan. bengis serupa polis misai. 'eleh, baru gertak sikit dah takut.'

"ying! yaya! gopal! siap sedia! kita kalahkan alien alien hijau ni!" jerit aqim memberikan arahan kepada kawan-kawanya.
"baik boboiboy! roger and out!" ketiga-tiga mereka menjerit serentak.
"eh, boboiboy! diorang ada raksasa lah. kita panggil papa zola. dia besar sikit senang nak lawan raksasa tu. amacam. boleh tak?" gopal memberi cadangan yang sangat masuk akal.
papa zola terus ikut serta. masing-masing dengan kuasa masing-masing. aqim terus menggunakan hemat kuasa halilintar beliau. kelajuan kilat sebanyak 150km/s bersamaan setengah kelajuan cahaya 3.00x108km/s telah berjaya menewaskan segelintir alien-alien yang belum sempat merasa coklat yang dirampas. kesian alien kempunan.

raksasa milik adudu berjaya ditewaskan oleh papa zola. lembik je sebenarnya raksasa adudu ni. macam aluminium yang boleh cair pada takat lebur 660.37°C. gopal pulak dah banyak tukarkan hampir separuh alien kepada lolipop, coklat cadbury dan roti gardenia jagung. 1/4 lagi alien habis dihempas-hempas ke atas tanah memandangkan yaya boleh angkat berat. ying pulak main kejar-kejar dan 'hide n seek' dengan alien. peh! hebat geng-geng boboiboy ni.

walaubagaimanapun, adudu tak menyerah kalah. dia balik semula ke planet pluto bersama kroni-kroninya merancang misi yang lebih padat dan mantap. "kau tunggulah boboiboy! ada UBI ada batas!"

apa perancangan adudu selepas ini? kita nantikan the avengers 2. jeng jeng jeng.

dush!
kepala aqim terhantuk ke dinding. golek golek punya golek tidur atas lantai, tetiba terlanggar dinding. dia terjaga. matanya digosok. sedikit-sedikit matanya dibuka.

"ah, aku mimpi apa tadi dowh?" masih lagi di alam fantasi. "eh, aku mimpi boboiboy lawan alien ke tadi? ah, aku cakap dah tadi cerita boboiboy ni bawak pengaruh tak baik. puii!" ucap aqim panjang lebar. badannya di sandarkan ke dinding yang solid itu.

"atuk dah kobar banyak kali jangan tidur lopeh asar. kan dah mimpi bukan-bukan." ucap tok abas dengan dialek nogorinya.

6 comments:

amrlaqm said...

"ah, freemason cerpen ni! freemason! agenda freemason cerpen ni!"


hahahahahaha :P

anis madu said...

hoiii hoiiii! ni takde kaitan dengan freemason okay.

teruk betul aqim dalam cerita ni. hahahaha

Afasz said...

freemason :)

singgah n follow sini :)

dr,
afasz.blogspot.com

si robot comel said...

anis suka cerita boboiboy ya,ngehngeh

anis madu said...

si robot comel- err.. kantoi pulak. hikhik

anis madu said...

Cik FaRiZaM- tingkayu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...