Saturday, 5 May 2012

Wanita Misteri Dari Marikh

Gedebuk!

“ah, apabenda pulak tu?” bisik Ramli berseorangan. Ramli sedang berada di dalam bilik tidurnya ketika dia tiba-tiba sahaja terdengar bunyi dentuman yang kuat. Seakan-akan ada sesuatu yang jatuh ke atas lantai. Ramli dapat menduga, bunyi tersebut datang dari dapur rumahnya. “ah siapa pulak kat dapur tu? dah lah aku sorang je dalam rumah ni, baru lepas tengok cerita hantu pulak tu! ah! kacau kacau!” kata Ramli seorang diri sambil fikirannya melayang sebentar teringat akan satu babak dalam cerita hantu yang ditontonnya sebelum masuk ke bilik tadi. Dalam babak tersebut, seorang budak telah dikejar oleh seekor hantu yang tiba-tiba sahaja muncul dari dalam tv. “ah, cerita korea, macam bangang je. cehh.” Ramli cuba menenangkan diri .

Ramli masih belum berpuas hati. Hatinya masih tertanya-tanya tentang bunyi yang didengarinya sebentar tadi. Fikirannya ligat berputar. Kakinya pula bagaikan meronta-ronta untuk berjalan keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk melihat sendiri apakah ianya benda tersebut. Dengan perasaan yang bercampur baur, Ramli gagahkan juga kakinya untuk melangkah bangun dari katil, keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Langkahnya diatur perlahan-lahan sambil tangannya menggenggam erat sebatang kayu untuk digunakan sebagai pelindung diri. Dalam kesamaran cahaya bulan, Ramli membuka lampu ruang tamu dan seterusnya membuka lampu dapur.  Sebaik sahaja lampu dapur terbuka…..

“Omg omg! arghhh! siapa kau? kau nak apa?” Ramli menjerit seperti orang yang sudah hilang akal. Manakan tidaknya, apa yang dilihat oleh Ramli benar-benar mengejutkan. Di dapurnya, ada sekujur tubuh yang bertelanjang bulat sedang duduk termenung dan sekali-sekala memegang tubuhnya yang cedera. Lebih mengejutkan lagi, ianya tidak kelihatan seperti manusia. Kepalanya besar, matanya juga besar, badannya kecil, kakinya halus dan jari jemarinya cuma ada tiga, berbeza dengan manusia. Makhluk tersebut hanya duduk diam dan memerhatikan sahaja Ramli yang sudah seperti orang hilang akal. Kemudian, makhluk tersebut mengeluarkan sebuah kotak yang berisi pil, dan memakan sebiji darinya. Setelah beberapa saat memakan pil tersebut, makhluk tersebut mula bersuara.

“Maaf encik, saya tumpang kat sini kejap ye. saya terhempas kat depan rumah encik tadi. saya rasa rumah ni selamat. encik jangan risau, saya tak akan apa-apakan encik” Kata makhluk tersebut kepada Ramli. Dengan suara yang terketar-ketar, Ramli menjawab, “eh, awak ni siapa? macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya? kenapa muka awak pelik? awak ni alien ke? ah, alien betul-betul wujud ke?” ..“alien? Ouh, makhluk asing lah encik. ya kami memang wujud sebenarnya. cuma kami jarang muncul je. saya boleh masuk dalam rumah encik ni tadi sebab encik tak kunci pintu dapur. encik lupa letteww”  balas makhluk tersebut sambil cuba membuat lawak untuk menenangkan Ramli yang sedang terketar-ketar.

“Wow! tak sangka pulak yang korang ni betul-betul wujud ek! wow! okay okay saya nak tanya ni. awak ni alien lelaki ke perempuan?” Tanya Ramli kepada makhluk tersebut. “saya alien perempuan lah encik. kalau saya lelaki, takde maknanya saya nak tumpang rumah encik ni.hehe” jawab makhluk tersebut. “amboii. hahaha. eh tapi….. awak alien perempuan? tapi kenapa awak takde……… ah takpelah, lupakan. hehehe” kata Ramli sambil matanya merayap mencari sesuatu pada tubuh badan makhluk yang tidak dibaluti walau seurat benang itu.

“So, macam mana awak boleh terhempas kat sini?” tanya Ramli lagi sambil menghulurkan minyak angin kepada makhluk tersebut.  Sambil menyambut minyak angin yang dihulur oleh Ramli, makhluk tersebut menjawab, “saya sebenarnya tadi on de way dari planet marikh nak ke planet pluto. nak melawat makcik saya. dia baru lepas bersalin. saya drive sorang tadi. masa saya tengah drive tu, tiba-tiba ada UFO dari arah bertentangan, dia main masuk aje simpang tanpa tengok kiri kanan, last-last dia langgar saya. saya pulak tak dapat kawal UFO saya. sedar-sedar je saya dah terhempas kat belakang rumah encik ni ha. tapi nasib baik UFO saya elok je takde rosak apa-apa. cuma saya je yang cedera sikit.hukhuk”“ouh, nasib baik lah. So lepas ni awak nak balik lah ye?” tanya Ramli lagi. “ya, lepas ni saya nak balik sebab saya tak boleh balik lambat, nanti ayah saya marah” jawab makhluk tersebut.

Ramli yang pada mulanya tadi takut melihat makhluk itu, kini sudah hilang perasaan takutnya. Malahan, dia semakin mesra dengan makhluk tersebut. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka. Ramli bersemangat untuk menceritakan tentang keindahan bumi manakala makhluk tersebut pula bersemangat untuk menceritakan tentang keindahan planet marikh dan alam semesta. Malam itu milik mereka berdua. Lebih kurang pukul 5 pagi….

“Eh awak, ok lah, bumi dah nak pagi dah ni. kalau kat bumi pagi, kat marikh pulak senja. hehe. saya nak kena balik dah ni. nanti ayah tercari-cari pulak” kata makhluk tersebut. “eh yelah. cepatnya masa berlalu. rasa kejap je kita sembang tadi. tapi saya tak puas lagi sembang dengan awak ni, macam mana?” kata Ramli pula. “alaa awak, saya dah tau rumah awak ni, so senang lah. nanti kalau saya boring-boring duk kat rumah, saya datang lah melawat awak lepastu kita sembang-sembang lagi, boleh?” tanya makhluk tersebut. “haaaa boleh boleh! hehehe.” Balas Ramli dengan nada gembira. “ok lah, awak jaga diri elok-elok tau. nanti kalau ada masa, kita jumpa lagi k! selamat tinggal Ramli! terima kasih sudi tumpangkan saya kat rumah awak!”. Jerit makhluk tersebut. “okay sama-sama! hati-hati tau bawak UFO tu! jangan sampai eksiden lagi!” balas Ramli sambil melambai-lambaikan tangannya. Tiba-tiba Ramli terdetik untuk bertanya, “eh awak, siapa nama awak?”. UFO tersebut mula naik ke atas perlahan-lahan dan kedengaran suara makhluk tersebut memekik,

“Ramlah!” serentak dengan itu, UFO tersebut terus hilang dari pandangan Ramli.


sekadar gambar hiasan.

6 comments:

si robot comel said...

adakah Ramli jatuh cinta pandang pertama sama Ramlah?

Aqim said...

mungkin. hehe

MALIN said...

ramlah tu aku rasa cam cantik. *tetiba

Aqim said...

aku pun rasa macamtu. hahaha

Cik FaRiZaM said...

sy pon rasa ramlah tu cantik :D

singgah n follow sini :)

dr,
afasz.blogspot.com

Aqim said...

semua orang merasa. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...