Friday, 4 May 2012

Gapirusi


BABAK 1


+Tuan, situasi Bumi makin genting sekarang ni, Genting Highland pon tak genting macam ni boss.stok-stok beras semua hampir habis. Termasuklah tepung beras, beras basmati dan beras padi huma

=Iya, saya sedar itu.kita perlu bertindak sekarang. Kita perlukan pasukan khas untuk menyelamat kan planet Bumi kita.Kita dah kesuntukan masa.

Perbualan antara ketua Pasukan Penyelamat dengan seorang robot android yang dicipta persis seorang Yoona SNSD. Tuan K, merupakan pengasas pasukan penyelamat UKH yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan setelah Bumi telah diserang oleh makhluk Gapirusi yang berasal dari bawah tanah planet ape entah yang jaraknya 100 tahun kelajuan cahaya. Entah macam mana lah makhluk tu boleh sampai ke Bumi.sebab mengikut perkiraan, tempoh untuk sampai ke Bumi telah melebihi jangka hayat makhluk ni. Mungkin mereka guna skill mengawet diri sendiri. Dan disebabkan terlalu lama diri di awetkan, mungkin mereka terlalu lapar. Dan disebabkan itu,mereka telah membeli nasi setelah sampai ke Bumi.
Rasa nasi yang amat sedap bagi makhluk Gapirusi ini menyebabkan mereka telah melancarkan serangan untuk menakluki semua beras-beras yang ada di Bumi. Celaka betei mereka ni. Perkara ini menyebabkan manusia sekalian alam yang hidup di garisan khatulistiwa mengalami kehidupan ibarat pelarian kerana makin hari makin kekurangan bekalan makanan. Manakala manusia yang berada di negara Eropah pula tidak lah mengalami hal sebegini sebab dorang tu makan chopstick je lebih. Mana makan nasi ye dak. Weh,intro dah panjang.Aku kene skip.

*ketibaan Pasukan Penyelamat Khas ke deck UKH*

+Tuan!! *3 orang pasukan penyelamat khas tiba sambil tabik hormat*

=Selamat datang ke deck pasukan UKH. Saya harap kamu semua sudah tahu dan faham apa misi kita. Saya juga harap kamu semua dah baca email yang telas saya forward kan dan juga update-update keadaan semasa Bumi kita di Twitter.Sebab saya tahu kamu bertiga ni Tahi Twitter. Dan pilihan saya tak salah.

+Jadi Tuan, apa yang harus kita buat sekarang. Saya dah tak saba dah ni. (LokMan, merupakan bekas Pengakap sekolah, bercita-cita menjadi Ketua Pandu Puteri dengan alasan ingin menjadi pemimpin para wanita sekaligus sebagai Imam dalam bahtera rumah tangga)

=Kita akan membuat satu misi yang agak mencabar. Untuk berdepan dengan makluk Gapirusi adalah bukan kerja senang. Kalau silap tarikh lahir, kamu juga akan jadi pengikut mereka.

+ Jadi, macam mana kita nak tahu kelemahan makhluk Gapirusi tu Tuan? ( Sara, gadis lemah lembut tapi penuh semangat. Dalam lemah lembut beliau, jangan pandang sambil tutup mata. Beliau punyai skill melawan raksasa persis ultraman. Hampir semua episod Ultraman Gaia ada dalam simpanan beliau.Korang jangan main-main,korang jangan main-main)

=Sebentar lagi, pakar dari bahagian analisis akan membawa data yang telah kita kumpul sejak dari hari pertama kita diserang.

+Sekarang ni dah hari keberapa kita diserang, Tuan? (JoeJambul, genius.tapi sukar untuk ditafsirkan)

=Errrr...baru masuk hari ke dua setengah. Ah tak kesah lah dah hari keberapa pun.Tapi hal ini tidak boleh dipandang ringan.Silap hari bulan, habis semua stok-stok beras di pasar raya, hypermarket, Mydin, Speed99 dan kedai-kedai mamak semua dibawa balik ke planet mereka. Entah-entah dengan sawah semua dorang angkut. Nanti anak cucu kita nak makan apa? Lebih berat lagi, kalau generasi akan datang tak kenal apa itu BERAS!


4 comments:

eszyamin said...

pelat upenye tuan Gapirusi ni? 'telas' sangat!!

eh eh aku sebenarnye lost siapa dia gapirusi siapa dia yoona SNSD..ngeh3..

Aqim said...

yoona tu siapa?
budak kpop ke apa?

si robot comel said...

habislah beras nnt,nnt aku kempunan.

Encik Atan said...

0__0 yoona,nk sain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...