Namaku Salleh bin Abu Hassan. Masih lagi
single,baru sahaja berumur 27 tahun,punya kerjaya ada sebuah kereta MYVI dan
berperwatakan agak menarik.
Aku bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Johor Bahru. Staff-staff
perempuan di pejabatku sentiasa menggoda aku,aku taktahu kenapa,mungkin aku ni
dikalangan orang hensem-hensem agaknya,hehe.
Tapi satu pun aku tak tertarik. Bukan taste
aku gamaknya.Rutin harian aku seperti biasa,tiba di pejabat buat kerja,filling
file,taip surat ah kalau aku sebut sampai ke sudah tak habis.
Tup tup pukul 5 petang. Aku punch out kad
kuning aku,lalu keluar dari pejabat dan mulakan kehidupan aku seperti biasa.
"Hmm nak ke bazaar mana pula hari ni
ye?" Aku bermonolog sendirian di dalam kereta sambi mendengar lagu
dendangan dari Sleeq ft Najwa Latif . Ah
ke Kampung Melayu Majidee harini. Untung untung dapat beli murtabak Singapore
tu. Lalu aku pecut keretaku dan akhirnya sampai ke destinasi dan membeli
sedikit juadah untuk berbuka nanti. Dan aku terus pulang ke rumah,mandi dan
menanti waktu untuk berbuka.
Seusai sudah aku berbuka dan menunaikan
rukun Islam kedua,aku segera bersiap-siap dengan rapi agar kelihatan cantik
dimata-mata orang sekeliling.
Lantas aku menghidupkan enjin kereta dan
pecut laju ke destinasi yang aku selalu aku kunjungi. Jalan Susur. Aku
meletakkan kereta aku di tempat biasa.
Dan menjalankan tugas aku seperti biasa. "Hai bang,rm 80 je untuk 3 jam.” sambil mengangkat skirt ke paras peha dengan
suara yang menggoda berlapikkan sedikit garau .
Dan hari-hari berikutnya aku masih
berperwatakan sebegini,siang menjadi lelaki tulen dan malam sebaliknya sehingga ada
jalan dihujungnya sinar. Mungkin.
9 comments:
errrr
ingtkan pakai cnteq pg terawih!
untuk dia hey!
untuk dia hey!!
heyy heyyy!~~
bulan ramadhan pun jalan ye bang
hai SALLY! 3 jam lama sangatlaaa....
**kau memang GILA la jiran sebelah.haha^^
hare sungguh. pondan.
proje laju ke bang bulan2 puasa neh? Haha
nape semenjak lapan menjak story2 gay lesbo mempelopori bidang kewartawanan korg ni huh?? haha
mungkin ada sinar suatu hari nanti
*ingtkan ada org goda dia huhu
Dan menjalankan tugas aku seperti biasa. Kah kah kah!
Post a Comment