Hari ini hari
pertama puasa. Pak samad bilal masjid di kampong yang telah didiami lebih 3
dekad seorang diri sejak kematian isterinya akibat kanser payudara. Dia tidak
punya anak gara-gara kegilaan dia menghisap rokok menyebabkan dia mati pucuk di
usia muda. Konklusinya, pak samad seorang bilal yang tinggal seorang diri di
hujung kampong.
Hari pertama
puasa, Pak Samad sibuk menyiapkan sedikit juadah kuih muih buat majlis berbuka
puasa di masjid. Dia teruja, hasil masakannya akan dijamukan ke penduduk
kampung yang berbuka di masjid. Di pendekkan cerita, pak samad pun membawa kuih
muihnya ke masjid untuk di kumpulkan dan disediakan wanita-wanita yang berbuka
di masjid.
Azan Maghrib pun
berkumandang. Kelihatan pakcik makcik sang jejaka, anak gadis, dan kanak-kanak
kecil bersama-sama berbuka puasa di masjid kecil itu. Ada yang sedang bergelak
tawa bercerita, ada yang perlahan-lahan menguyah tamar, ada yang sudah kali
ketiga mengisi gelas dengan air sirap buatan tangan makcik timah.
Sedang pak samad
membasuh tangan bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib, dia terpandang
dua kanak-kanak kecil sedang membuang lebihan makanan yang boleh dikatakan
banyak ke dalam tong sampah. Darah menderu laju ke kepala, pantang nenek moyang
Pak Samad makanan dibazirkan begitu sahaja. Dia hafal ceruk muka dua orang
kanak-kanak kecil itu. Sembahayang maghrib dilupakan. Dia ada misi yang perlu
diselesaikan.
Pak Samad pungut
kayu belati lebihan peralatan besarkan masjid. Dia mengikut setiap langkah dua
kanak-kanak itu.
“sialan punya
budak, dah lah membazir. Tak sembahyang maghrib. Merokok pulak tu. Kemain kurang
ajar lagi perangai dieorang ni. Nak kena ni.”
Dua kanak-kanak
kecil yang tengah bajet cool hisap rokok belakang tandas masjid itu tidak
merasakan bala yang menghampiri. Masih seronok menghisap rokok saat yang kalau
abang-abang dia nampak. Memang dah ludah dah muka kanak-kanak ni.
BUKKKK! BUKKKKK!
Dua kali hayunan
tepat ke kepala setiap seorang kanak-kanak itu. Jatuh terjelepuk. Pengsan. Pak Samad tersenyum. Dia letakkan kembali
kayu belati tadi ke tempat asal. Dia heret kanak-kanak itu terus sampai ke
rumahnya. Nasib baik rumah dekat, kalau jauh boleh pengsan jugak Pak Samad nak
heret kanak-kanak tu.
Usai mengikat
kedua kanak-kanak itu ke tiang rumah. Pak Samad simbah sebaldi air biar
kanak-kanak tu terjaga dari tidur.
“Kau tau tak
membazir tu kawan syaitan! Kau tau tak merokok tu salah bagi budak bawah umur! Kau
tau tak kalau tak sembahyang tu dapat dosa! Kau nak jadi syaitan sangat kan? Hah.
Biar aku ikat kau sampai syawal nanti! “
Pak samad
tersenyum. Dia cucuh rokok sebatang sambil menghembuskan asap ke muka kedua
kanak-kanak tu.
“Dasar setan,
berat dosa. Kan aku dah lapar balik.”
Pak samad ambil
pisau, dia toreh perlahan-lahan tangan kanak-kanak itu. Dia ambil. Dan panggan
atas dapur gas. Selesai, dia makan cicah sos depan kanak-kanak tadi.
“sedap jugak
daging setan ni. Mungkin esok aku boleh buat daging salai masak lemak buat
hidangan berbuka puasa untuk orang masjid”
Dan esoknya, kesemua yang berbuka di masjid memuji daging salai
masak lemak pak samad. Sehingga menjilat jari kata makcik timah lagi.
9 comments:
ya Allah, jgn psiko aku cam ni, kang aku mimpi ngeri. hiksss
eh. mana ada psiko. mana ada. *asah parang*
oi ini cerita ngeri ni!
hahahaha
puasa-puasa nak membunuh ke? rupa-rupanya pak samad yang syaiton. terlepas ke apa orang tua nih
sapa suruh buat tema susah woi! kakakakaka. kan ada romadhonnn tu! kira aci la ni! kakakaka
cilake. pak samad sendiri la setan mau cenggini .
sebulan aku puasa daging lepas ni..
woiii pak samad gila!
woiii pak samad gila!
Post a Comment