Dia berdiri di
depan pahlawan lain. Dia berbadan tegap dan tinggi. Dia memiliki parut di muka,
parut di badan terselindung di sebalik sepersalinan berdebu di tubuhnya. Dia mempunyai
pedang tergantung di pinggang dan pisau belati terikat pada kasut but yang
disarungnya. Dia nampak tenang walaupun
cuaca panas kering menguasai dataran lapang ini. Dia, panglima perang yang akan
mengetuai pahlawan lain menentang musuh yang sudah bersedia di hadapan mata
mereka.
Dapat juga aku
menjadi pahlawan, membela agama, bangsa dan negara. Dah lama aku tunggu saat
ni. Bukan senang nak jadi pahlawan. Penat aku latih diri supaya betul-betul
bersedia nak jadi pahlawan. Setengah tahun aku menyertai rekrut barulah
terpilih menyertai perang. Syukur ya
Allah.
Panglima perang
mula membuka bicara. Memberi kata-kata semangat kepada para pahlawan. Memberi motivasi,
meningkatkan moral dan jati diri para pahlawan sebelum mula berperang. Berperang
mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara daripada kezaliman musuh di
hadapan mata.
Para pahlawan
berteriak “Allahuakbar” beberapa kali memberi respon terhadap ketua mereka di
hadapan.
Tapi… tapi… tapi
sepatah perkataan pun aku tak paham. Bahasa apa yang dia tuturkan? Bunyi macam
bahasa Arab? Telinga aku cuma dapat tangkap perkataan Allah, syahid, jannah,
dan Ramadhan. Ya Ramadhan. Bulan puasa ke sekarang ni? Keterujaan menjadi salah
seorang daripada syuhada membuatkan aku terlupa beberapa perkara penting. Apa yang
ada di kepalaku hanyalah “Takbirrr”.
Patutlah bekalan
makanan dan minuman sikit saja di kem.
Daripada gerak
gerinya, aku dapat rasa panglima perang sudah selesai berbicara. Dia kemudian
mengangkat tangan dan mengetuai bacaan doa. Walaupun berdepan mungkin kematian,
hati aku tenang. Mungkin inilah manisnya jihad.
Selesai bacaan
doa, panglima perang menaiki kudanya. Pahlawan berkuda juga menaiki kuda
masing-masing. Pedang dihunus pantas. Pantulan cahaya terik mentari sudah
menjawab persoalan ketajaman mata pedang tersebut. Sambil mengacukan mata
pedang ke arah kedudukan musuh, panglima perang memacu kudanya ke hadapan. Teriakan
nama Allah kedengaran. Peperangan bermula!
Pasukan berkuda
di hadapan diikuti pasukan tidak berkuda. Pemanah di barisan belakang. Selaku pahlawan
baru, aku tidak menaiki kuda. Berlari ke arah musuh memenatkan dan mengeringkan
tekak.
Pedang di tangan
kanan aku ayun ke kiri ke kanan cuba menghiris tubuh musuh. Sesekali perisai di
lengan kiri aku angkat bagi mengelakkan mata pedang musuh hinggap di badan aku.
Tiga musuh sudah tumpas di mata pedangku.
Sedang aku leka
menetak musuh, aku dapat rasa sesuatu menujah belakang badan. Pedang. Pedang musuh.
Aku nampak mata pedang menembusi perut aku. Pedang dan perisai di tangan aku
terlepas. Darah pekat mengalir tetapi sakitnya cuma sekadar gigitan semut. Mungkin
inilah nikmat menjadi syuhada.
Aku capai belati
yang tersisip di pinggang dengan tangan kanan. Sambil tangan kiri memegang mata
pedang musuh, aku berpusing lantas menikam musuh. Leher menjadi sasaran. Dia jatuh
terduduk sambil memegang leher. Kudratku diragut oleh luka di perut walaupun
sakitnya sekadar gigitan semut. Aku jatuh. Tertiarap. Pedang musuh masih
tercacak di belakangku. Cisss! Berpantang maut sebelum ajal.
Dalam keadaan
separa sedar, suara hiruk pikuk orang bertempik dan dentingan pedang berlaga kian
perlahan. Mataku tertutup rapat dengan sendirinya.
Terasa ada
tangan yang menepuk-nepuk bahuku dengan kasar. Aku kumpul tenaga cuba membuka
mata tetapi seakan-akan tidak berdaya.
“Woi, mangkit!” “Jom
jogging seround dua kat tasik UTP lepaih tu futsal kat court.” “Padia hang ni
tidoq sampai asaq.”
“Aku dok larakkk”
“Kae bule puaso nih”
“Posa hang
jadikan alasan?” “Hang tau dak zaman dulu…”
“Errrr... yolah yolah!” “Aku
smaye asar sbeta deh.” “Pukul brapo doh ni?”
Puasa tidak mengurangkan
keupayaan fizikal kita dalam menjalani aktiviti seharian. Sekian, terima kasih.
3 comments:
apa nak jadi dgan hang ni?
hahaha
hang ni, dasar neelopa
mangkit. jgn dok tidoq ja bulan posa ni
Post a Comment