Haruman baju melayu teluk belanga yang dilipat kemas di
dalam gobok kayu di ambil, di sarung menjadi lapisan kedua menutup singlet
putih di badan aku.
+ Ermm.. masih muat, meskipun sedikit senteng di bahagian
lengan; mungkin dek kerna badan si pemakai sebelum ini lebih kecil dari aku.
*monolog sendiri.
*****
Kesan lubang di bahagian perut kiri baju masih ternampak
kesan, meskipun ummi sudah jahit dengan cebisan kain lain sesama warna.Kata
ummi, baju jangan dibiar lompong begitu, harus Nampak kemas, bersih. Masih
kelihatan. Kesan yang punya sejarah tersendiri. Sejarah yang lahir dek
perbuatan aku.
Bau haruman lelaki masih melekat di baju biarpun sudah di
basuh ummi satu tahun yang lepas untuk pertama dan terakhir kali. Baunya tak
busuk, tak jugak wangi. Hanya bau badan lelaki biasa. Rindu aku pada bau ini. Bau
si dia yang selama ini banyak habiskan masa bersama aku tak kira masa dan
tempat.
Bau si dia satu tika dulu yang sama sama aku secara senyap
pergi ke kedai kapitalis kecilan untuk membeli kabat. Bersama sama aku juga dia
dan beberapa kawan sekampung lain curi curi mengambil parang di stor tokwan dan
masuk ke hutan untuk menebang sebatang dua buluh untuk di buat meriam, sebagai
mercu bermulanya musim Ramadhan.
Bila diingatkan balik, boleh tergelak sendiri aku; Pak Ngah
Dee datang sergah dan perambat kami semua yang asik dengan ciptaan meriam tanpa
kelulusan dengan rotan di tangan kiri
sambil bibir tebal tak lekang dengan sigaret gudang garamnya. Kelakar.
Malam tu malam kemuncak, usai saja dengar titah dari tivi
yang mengatakan besok adalah hari raya Zairan jadi seronok tak terhingga;
bersiap sedia dengan songkok dan baju melayu teluk belanga yang baru ummi
belikan empat hari lepas. Mujur tidak dengan sampin di pakainya.
Memandangkan hari ini hari terakhir, maka semua baki kabat
yang ada akan di habiskan sebelum menjelang jam 12 malam.
Sebagai memberi penghormatan kepada Zairan kerana semangat ‘raya’nya
yang membuak buak, aku biarkan dia yang nyalakan sumbu selepas penuh kabat
diisi ked alam bekas.
Tak perlu tunggu lama; semuanya pantas dengan hanya sekelip
mata terpejam, buluh meriam pecah, percikan api dan serpihan buluh tepat kearah
Zairan. Tembus perut kiri. Darah anak muda itu percik bebas keluar dari sel
pigment yang menutupi isi badan. Menggelupur Zairan, bukan dirasuk, tapi di
sakiti kerna di ambil nyawanya dari malaikat. Mati.
+ Zairul, buat apa di bilik lagi tu? Jum kita ke masjid, lepas
solat nanti kita melawat kubur arwah adik Ran.
-Baik Ummi.
Tongkat diambil, spek gelap di pakai; menutup mata yang buta terkena percikan buluh buluh halus, satu tahun lepas.
10 comments:
hai syafiq.
hahahaha
baca karya aku, bukan hai ke nama aku. dajei sungguh
Penulis asyik bertukar identiti je. Tak istiqamah langsung. Kakakaka!
karya hang memang hebat.
itu tak perlu dipertikaikan lagi bro.
aku cuma teruja dgan Syafiq.
kbai.
anis madu- selalu berhijrah anis oi. bukan tak istiqamah. :p
akem- palahotak ang la
kesian...
adikmu menunggu di syurga :)
dill.
seram. meriam buloh kalo tak makan tuan yg cucuhnya mmg nikmat main. tp kalo ceni merana.
Apasal tiba - tiba aku jatuh hati plak nie?
LELAKI INI- kan.kesian.
dill- harapannya begitulah. moga ketemu nanti. :)
ஜ miss klanika ஜ- adat bermain la tu kn. hehe.
Lizzie Yasmin- lah pulak. =,="
Post a Comment