Aiman
mengelap tangan kanan menggunakan sapu tangan. Kemudian dia mengelap tangan
kiri pula. Begitulah rutin harian Aiman. Aiman seorang pengidap penyakit Palmar Hyperhidrosis atau dalam bahasa mudahnya
penyakit tapak tangan berpeluh. Walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti,
tapak tangan akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan ia berada di luar
kawalan pengidapnya. Ia tidak menyakitkan namun kualiti hidup Aiman terganggu.
Keyakinan untuk bersosial berkurangan. Mana tidaknya, asal nak bersalam je,
tergopoh-gapah si Aiman mengelap tangan. Pernah juga Aiman ditegur pensyarah
kerana kertas jawapan peperiksaannya basah!
Bandar Metropolitan
Seri Iskandar,
“ Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, rumah ku pun teda ada pun bapa
punya. ” “ Aiman! Cepat lah basuh motor tu! Kita pi makan kat Seri Iskandar
Mall. ” Rafiq seakan menjerit dari dalam rumah sewa mereka. “ Sekejap lagi. Dah
nak siap ni wei!” Aiman menjawab. “
Orang tunggu dia boleh pulak dia nyanyi-nyanyi suka hati. “ Dengus Dollah.
Bengang gamaknya melihat perangai sambil lewa Aiman.
Burppppp...Alhamdulillah.
Selepas selesai menjamah rezeki masing-masing, mereka berjalan-jalan di
Seri Iskandar Mall tanpa arah tuju. Ramai umat manusia. Maklumlah hari minggu. “
Tolongggg! Peragutttt! Tolongggg! “ Seraya mereka bertiga menoleh ke arah
empunya suara. Seorang wanita lingkungan 40-an terduduk sambil memerhati
seorang lelaki melarikan beg tangannya. “ Rupanya dia ni lah yang selalu
meragut di sini!” getus hati Aiman. “ Jom kejar!” Rafiq dan Aiman terkejut
dengan suara Dollah yang seakan menjerit. Serentak mereka bertiga mengejar
peragut itu.
Hampir 5 minit berlari, hanya Aiman sahaja yang masih mengejar peragut
itu. Rafiq dan Dollah sudah tidak kelihatan. Penat gamaknya. Walaupun penat,
Aiman tidak mahu mengalah, sudah lama dia berdendam dengan peragut tersebut.
Kerana peragutlah ibunya terlantar selama seminggu di hospital. Dia berazam
mahu menghukum semua peragut menggunakan peraturan sendiri tanpa berlandaskan
undang-undang negara. Akhirnya peragut tersebut termasuk ke jalan mati. Tidak
ada pilihan lain, dia terpaksa berhadapan dengan Aiman untuk melepaskan diri.
Aiman mengepal penumbuknya. Penyakit tapak tangan berair semakin
menjadi-jadi. Air peluh kelihatan menitis dari celah genggaman kemas penumbuk
Aiman. “ Masa ni lah penyakit aku ni nak datang! ” getus Aiman dalam hati. Belum
sempat Aiman mengatur nafasnya, peragut itu menyerangnya. Dibius rasa ketakutan
tertangkap, peragut itu seakan-akan mempunyai kekuatan luar biasa. Penumbuk
sulung hinggap di pipi Aiman. Aiman terundur ke belakang. “ Cehh! Budak
hingusan ada hati nak mencabar aku! “ peragut itu menyindir Aiman. Melihat
kelekaan peragut, dengan pantas tumbukan padu dilayangkan ke perut peragut. Peragut
tertunduk sambil memegang perut. Basah baju peragut dek terkena peluh Aiman.
Tanpa berlengah dia membalas dengan membelasah Aiman bertubi-tubi. Marah
gamaknya.
Hospital Bandar
Universiti,
Aiman membuka mata. Dia melihat Rafiq dan Dollah berada di kiri dan
kanan katil. Aiman cuba bangun tapi Dollah menghalang. “ Mak bapak kau dalam
perjalanan dari Kedah.” “ Doktor cakap badan kau kekurangan air. Dehidrasi. “
Rafiq menjawab soalan yang hanya Aiman suarakan dari dalam hati. “ Kami jumpa
kau pengsan. Peragut kami dah hantar ke balai polis.” Dollah pula bersuara. “
Terima kasih. Boleh bagi masa aku berehat? Penat lah kena belasah. ” Mereka
ketawa tetapi perlahan sahaja kerana tidak mahu mengganggu pesakit lain.
Aiman mengeluh sebaik sahaja mereka
meninggalkannya untuk berehat. Dia masih bingung dengan kejadian tengahari
tadi. Keliru antara realiti dan fantasi, Aiman membuat keputusan mahu menguji
dirinya sendiri. Aiman melipatkan jari-jarinya menjadi bentuk pistol seperti
yang selalu dibuat ketika zaman kanak-kanak dahulu. Dia menumpukan perhatian.
Seraya air terpancut keluar daripada hujung jari telunjuk Aiman hingga mengenai
pesakit di katil hadapan yang sedang tidur. Pesakit tua itu kebingungan dengan
air yang menitik di mukanya sambil memerhatikan jikalau ada kebocoran di siling
hospital. Aiman hanya tersenyum melihat gelagat pak cik itu.
“ Baru aku tahu kenapa tapak tangan aku selalu basah. ” Aiman berbicara
di dalam hati. “ Aku akan gunakan
kelebihan aku untuk jalan kebaikan. “ Aiman kembali memejamkan mata sambil memikirkan
nama ‘superhero’ yang sesuai untuk dirinya. Aiman, Airman. Ya. Airman, ‘superhero’
yang boleh mengeluarkan air daripada tapak tangan. Aiman tersenyum sendiri.
Adakah anda pengidap penyakit Palmar Hyperhidrosis? Atau anda ada
mengidap penyakit-penyakit lain? Mungkin anda juga seperti Aiman, ehh,
Airman...
1 comment:
kahkahkah..comel juga superhero macam ni..
Post a Comment