Monday, 18 June 2012

abah

karim termangu sendiri. "ahh tak ada kerja pula, asyik mengganggur. takkan aku nak kerja nelayan? tak ada taste". begitulah karim seharian, mengeluh, memilih kerja, dan merasakan kerja nelayan itu tak standard dengan kehidupannya selepas dia menamatkan pengajian diploma di UiTM. abahnya, pak ramli selalu menasihati karim supaya karim kerja sambilan menolongnya di laut untuk mencari rezeki sementara karim tidak mendapat kerja tetap lagi.

ibunya, mak siti juga runsing dengan sikap karim yang seakan lupa daratan. padahal, duit membesarkan karim itulah hasil dari rezeki yang pak ramli cari di laut untuk menyara mereka sekeluarga. karim anak tunggal keluarga itu, jadi apa yang dimahukan, pasti perlu dituruti.

satu hari, mak siti memaksa karim untuk mengikut abahnya ke laut. dengan alasan mahu membantu abah. karim dengan muka masam semasam-masamnya pergi dengan hati yang tidak rela. jatuh standard kalau awek kampung sebelah nampak. karim ke laut dengan pakaian yang dirasakan paling smart, jaket kulit, cermin mata, seluar jean, kasut kulit dan sun block. serta merta dijerkah pak ramli, "hoi karim! kau pergi tukar baju kau sana. tak pernah dibuat orang ke laut dengan pakaian macam tu. kau nak tunjuk kat sapa? ikan? sotong??"

karim mengalah, dan mengaku. betul juga kata abahnya.

tak lama kemudian, karim muncul dengan pakaian nelayan sebenar. tapi sun blocknya tetap dibawa bersama. karim tidak mahu kulit yang tanned seperti negro. puas hati dengan pakaian anaknya, pak ramli bergegas bersama karim ke laut, kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. kalau pergi awal, dapatlah ikan banyak.

di dalam bot, karim membiarkan pak ramli membuat kerja berseorangan. senang kata, karim hanya duduk, dan rilek sambil dengar lagu adele, rumour has it yang dirasakan lagu paling cool abad ini. pak ramli hanya menggeleng kesal dengan perangai anaknya yang mudah lupa asal usul.

sedang pak ramli membebel, tiba-tiba karim terjatuh ke laut. puncanya karim leka dan tersengguk-sengguk mengantuk seawal jam 8 pagi. biasalah tak pernah bangun awal pagi. pak ramli terjun ke laut demi menyelamatkan karim, walaupun karim ialah anak yang dirasakan paling tidak berguna, apalah daya, karim satu-satunya anak pak ramli.

karim tercungap-cungap kelemasan, kerana dia tak tahu berenang. pak ramli berjaya mendapatkan karim, menolak karim naik ke bot. usai menyelamatkan karim, pak ramli seperti disedut sesuatu. pusar angin mungkin. serta merta pak ramli hilang dari pandangan. karim bingung. "mana abah????!!!!!!".

karim pulang dengan hati lara. abahnya tidak dijumpai. 

laporan sudah dibuat kepada orang kampung, mereka menjalankan aktiviti pencarian abah karim pada malam hari kejadian. karim masih lagi bingung dengan apa yang terjadi. "karim nak minta maaf dengan abah". karim mengulang-ulang ayat yang sama. mak siti redha, jika benar suaminya selamat, pulanglah.

esoknya, orang kampung menjumpai pak ramli di persisiran pantai dengan keadaan yang menyedihkan. mak siti jatuh pengsan. karim tidak percaya. berlari mengejutkan abahnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling meski karim tahu abahnya sudah tiada. karim menyesal. karim merasakan dirinya bersalah.

jauh dari sudut karim, "abah superhero aku, abah yang selamatkan aku, darah abah mengalir dalam tubuh aku, dan aku akan lakukan yang terbaik selepas ini".

sejurus selepas itu, karim menjadi nelayan persis seperti abahnya. karim tahu banyak superhero diluar sana, tapi arwah abah superheronya yang sebenar. 


"karim rindu bebelan abah". 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...