aku bernama JB. aku mempunyai ramai teman. teman aku bermacam warna. kebolehan aku sendiri boleh bertukar warna disebabkan kematangan atau due date aku. akan tetapi, aku selalu bersendirian kerana kesibukan spesies aku keluar masuk tanpa diduga. waktu bergulir, dan aku masih sendiri tiada teman yang tetap.
aku pernah menyaksikan banyak perkara ngeri yang mana aku langsung tak sanggup menyaksikannya, namun aku dipaksa tanpa aku rela. ada yang dicucuk menggunakan besi, ada yang dipicit sehingga kempis, ada yang dibelasah sehingga berdarah-darah dan kemudiannya mereka mati meninggalkan aku.
aku redha dengan ketentuan ini. aku sering dimaki, dicerca, dihina namun semangat aku kuat bak sinaran matahari yang kian terik di alam bumi ini. aku sering mendengar manusia mengeluh kerana aku. namun, itu bukan salah aku. aku ditakdirkan begini.
suatu hari.....
aku bersendirian, datang seorang teman baru. "hai, aku kamsiah, nama kau siapa?"
aku terkejut, kerana jarang orang menegur aku disebabkan aku menjijikkan. "aku JB, kau budak baru ya?", tanyaku. "ya, kau Justin Bibir? ohh, aku baru sampai, indah ya tempat ni, permandangan yang bombastik!". dia cuba menghiperbolakan permandangan yang aku rasa biasa sahaja. dan tetiba aku bengang dia samakan aku dengan Justin Bibir.
semakin lama, aku semakin rapat dengan kamsiah. kamsiah seorang yang baik. kami tinggal berhampiran, jadi mudahlah untuk kami berjumpa. aku mula menaruh hati pada kamsiah, dan aku rasa kamsiah juga begitu. kami rasa bahagia, ada sahaja yang kami bincangkan. mudah untuk berurusan dengan kamsiah.
suatu hari lagi......
aku bangun pagi, aku lihat kamsiah dibunuh! kejinya! kamsiah dibiarkan berdarah dan mengeluarkan air bisa yang bapak banyak. aku kecewa. kamsiah pergi meninggalkan aku. sehinggakan aku tiada semangat untuk meneruskan hidup. aku kembali sendiri.
begitulah hidupku, Jerawat Batu. sungguh orang kata, patah tumbuh hilang berganti. tapi kalau berganti selalu, fed up juga aku.
dan aku masih sendiri, berada di alam ngeri. menunggu saat kematianku pula....sabarlah wahai hati. kamsiah, nanti ku datang sayang.
6 comments:
jijik doe! *owh mmg selalu dihina pon*
jerawat pun ada forever alone ke?
hahaha
eeeeuwww bhaha
nakharam entri... naiss :)
haha, ngeri kan crita akuu
kau datang dan pergi sesuka hatimuuuu~~oh kamsiah
Post a Comment