TARIKH: 9 FEBRUARI 2010
TEMPAT: MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG
TERTUDUH: FAUZI AHMAD
HAKIM : Nama.
FAUZI: Nama saya Fauzi Ahmad atau dikenali sebagai JD dikalangan rakan saya.
PEGUAM:Cakap kuat-kuat sikit kerana tuan hakim hendak mencatat ni.
FAUZI: "Selamat berbahagia kepada juri-juri,Timbalan Pendakwaraya yang segak disana.
Saya tertuduh,Fauzi Ahmad akan bercakap benar tentang apa yang berlaku.Jangan
risau tuan hakim dan kesemua yang hadir di mahkamah ini,saya jujur orangnya."
suaranya semakin lantang.
HAKIM: Teruskan.
FAUZI: Saya tidak merancang dan tidak langsung berniat atau apa-apa sekalipun
mengakibatkan kematian Sulaiman iaitu rakan serumah saya. Cuma pada hari
kejadian kami ada bertengkar sedikit,hal kecik je pun,tapi dia yang bengang lebih.
Saya ni pula panas baran orangnya.
HAKIM :Apa yang menyebabkan awak bertengkar dengannya?
FAUZI: Begini tuan hakim,saya Cuma tegur sedikit tentang perangainya,pengotor yang amat.
Lalu dia naik berang dengan saya ni. Saya pun apa lagi, menumbuk dia bertubi-tubi di
muka,perut dan tendang dia. Dia bertindak lagi ganas,terajang saya sampai saya
tersungkur. Sakit dada saya ni.Saya apa lagi,Nampak gunting atas meja,saya tikam
dia betubi-tubi di bahagian perut,haa rasakan. Masa tu dia meraung-raung. Saya tikam
lagi dan lagi. Dia semakin lemah akibat tindakan saya ni. Hahahaha sungguh lega hati
ni.
PEGUAM : Cakap perlahan-lahan boleh? Yang Arif tak sempat nak mencatit,biar Yang Arif
habis mencatit dulu baru sambung.
FAUZI: Maaf,maaf saya ni memang cakap laju,bullet train katakan.
Hakim : Teruskan.
FAUZI: Emm,apa lagi ya? Jap jap saya refresh balik. Haa,lepas tu saya ambil plastik sampah
tekup dekat muka dia,bagi dia lemas. Senang sikit kerja saya bila dia dah pengsan
dan tak bermaya ni.Saya tetak dia menggunakan kapak,tetakan pertama di
halkumnya,percikan darahnya terkena baju sebelah kiri.Darah dia sungguh
manis,yummy . Sebab tu saya ada gigi taring,suka yang berdarah. See!*sambil
menunjuk gigi taringnya itu. Saya pun apa lagi, belah anggota badannya menggunakan
parang dibelakang rumah, perlahan demi perlahan,ambil organ-organ dia. Kedua
tangannya saya potong,jari jemarinya habis saya potong,jilatnya.Hmm manis,serupa
lollipop.Sedap.Sesekali saya mengigit jarinya. Dalam hati,mahu saja saya masak jari
tu,celup dengan telur dan tepung lalu goreng,makan bersama sos cili thai.Uih dah terliur
saya ni. Ada satu suara yang berbisik di telinga suruh makan organ-organ dalaman dia.
Saya ambil jantungnya,ginjalnya,ah semua organ yang ada dibadannya saya makan
mentah-mentah. Ni makanan paling sedap dan lazat saya rasa. Anda semua yang hadir
harus cuba! Wajib cuba!Hahaha
Keadaan mahkamah bertambah riuh,air muka para hadirin berubah. Seakan-akan tahu siksaan yang dialami oleh mangsa pembunuhan kanibal itu.
seperti dia,manusia.
FAUZI:Seperti saya katakan tadi,ada suara yang berbisik. Tika,saya belah badannya,satu
persatu,saya teruja melihat inner personality-nya,sangat cantik. Dan saya ingin
merasainya satu persatu. Seolah-olah saya mengambil jiwanya serap kepada saya.
HAKIM : Awak sedar apa yang awat lakukan itu?
Fauzi: Ye,saya sedar. Malah saya lagi suka,kalau hari-hari sebegini. Hahaha,sedap wo!
Gulp!Mahkamah bertambah gawat,riuh.
HAKIM:Diam! Baiklah,jadi awak mengaku salah dengan tindakan awak tak serupa manusia
ini?
FAUZI: Eh saya tak salah,yang salah dia,sapa suruh cari pasal dulu.Hergh.Orang macam tu
memang patut mampus.Mampus tau?
HAKIM: Kita berhenti setakat ini saja dahulu dan sambung kembali pada hari Khamis ini.
Pembicaraan pembunuh kanibal berhenti tepat pada pukul 12.00 tengah hari..
6 comments:
bersambung hari khamis.
tetakan pertama dihalkumnya.
itu memang menyakitkan lagi memeritkan.
saikopat betei dia ni..saiko saiko..
gila saiko org ni..okeyhh tak sabar nak tunggu perbicaraan yg seterusnya....auwmmmm haha
saiko melampau2..
pergh terbaiklahh
Post a Comment