BABAK 1
+Tuan, situasi Bumi makin genting sekarang ni, Genting
Highland pon tak genting macam ni boss.stok-stok beras semua hampir habis.
Termasuklah tepung beras, beras basmati dan beras padi huma
=Iya, saya sedar itu.kita perlu bertindak sekarang. Kita
perlukan pasukan khas untuk menyelamat kan planet Bumi kita.Kita dah kesuntukan
masa.
Perbualan antara ketua Pasukan
Penyelamat dengan seorang robot android yang dicipta persis seorang Yoona SNSD.
Tuan K, merupakan pengasas pasukan penyelamat UKH yang dilantik oleh
Kementerian Pertahanan setelah Bumi telah diserang oleh makhluk Gapirusi yang
berasal dari bawah tanah planet ape entah yang jaraknya 100 tahun kelajuan
cahaya. Entah macam mana lah makhluk tu boleh sampai ke Bumi.sebab mengikut
perkiraan, tempoh untuk sampai ke Bumi telah melebihi jangka hayat makhluk ni.
Mungkin mereka guna skill mengawet diri sendiri. Dan disebabkan terlalu lama
diri di awetkan, mungkin mereka terlalu lapar. Dan disebabkan itu,mereka telah
membeli nasi setelah sampai ke Bumi.
Rasa nasi yang amat sedap bagi
makhluk Gapirusi ini menyebabkan mereka telah melancarkan serangan untuk
menakluki semua beras-beras yang ada di Bumi. Celaka betei mereka ni. Perkara
ini menyebabkan manusia sekalian alam yang hidup di garisan khatulistiwa
mengalami kehidupan ibarat pelarian kerana makin hari makin kekurangan bekalan
makanan. Manakala manusia yang berada di negara Eropah pula tidak lah mengalami
hal sebegini sebab dorang tu makan chopstick je lebih. Mana makan nasi ye dak.
Weh,intro dah panjang.Aku kene skip.
*ketibaan Pasukan Penyelamat Khas ke deck UKH*
+Tuan!! *3 orang pasukan penyelamat khas tiba sambil tabik
hormat*
=Selamat datang ke deck pasukan UKH. Saya harap kamu semua
sudah tahu dan faham apa misi kita. Saya juga harap kamu semua dah baca email
yang telas saya forward kan dan juga update-update keadaan semasa Bumi kita di
Twitter.Sebab saya tahu kamu bertiga ni Tahi Twitter. Dan pilihan saya tak
salah.
+Jadi Tuan, apa yang harus kita buat sekarang. Saya dah tak
saba dah ni. (LokMan, merupakan bekas Pengakap sekolah, bercita-cita menjadi
Ketua Pandu Puteri dengan alasan ingin menjadi pemimpin para wanita sekaligus
sebagai Imam dalam bahtera rumah tangga)
=Kita akan membuat satu misi yang agak mencabar. Untuk berdepan
dengan makluk Gapirusi adalah bukan kerja senang. Kalau silap tarikh lahir,
kamu juga akan jadi pengikut mereka.
+ Jadi, macam mana kita nak tahu kelemahan makhluk Gapirusi
tu Tuan? ( Sara, gadis lemah lembut tapi penuh semangat. Dalam lemah lembut
beliau, jangan pandang sambil tutup mata. Beliau punyai skill melawan raksasa
persis ultraman. Hampir semua episod Ultraman Gaia ada dalam simpanan beliau.Korang
jangan main-main,korang jangan main-main)
=Sebentar lagi, pakar dari bahagian analisis akan membawa
data yang telah kita kumpul sejak dari hari pertama kita diserang.
+Sekarang ni dah hari keberapa kita diserang, Tuan?
(JoeJambul, genius.tapi sukar untuk ditafsirkan)
=Errrr...baru masuk hari ke dua setengah. Ah tak kesah lah
dah hari keberapa pun.Tapi hal ini tidak boleh dipandang ringan.Silap hari
bulan, habis semua stok-stok beras di pasar raya, hypermarket, Mydin, Speed99
dan kedai-kedai mamak semua dibawa balik ke planet mereka. Entah-entah dengan
sawah semua dorang angkut. Nanti anak cucu kita nak makan apa? Lebih berat
lagi, kalau generasi akan datang tak kenal apa itu BERAS!
4 comments:
pelat upenye tuan Gapirusi ni? 'telas' sangat!!
eh eh aku sebenarnye lost siapa dia gapirusi siapa dia yoona SNSD..ngeh3..
yoona tu siapa?
budak kpop ke apa?
habislah beras nnt,nnt aku kempunan.
0__0 yoona,nk sain....
Post a Comment