Monday 21 January 2013

Lubang Di Dada Kanan

" Meh tangan. Saya ada benda nak bagi kat awak."
" Ala, cakap dulu!"
" Tak surprise lah sayang."

Lalu kedua belah tangan dihulurkan. Dan lelaki di hadapannya milih tangan kanan, kemudian memasukkan sesuatu ke dalam genggamannya. Diikuti oleh tangan kiri. 

" Sakit tak? "
" Kiri sakit. Kanan macam sejuk je. Macam basah. "
" Pedih tak? "
" Sikit lah. Belah kiri."
" Ok. Bukak. "

Sebaik sahaja dibuka yang di sebelah kiri, ada sesuatu yang bersinar. Diamati, rupanya ianya jarum tajam dan bersama benang. Padanlah pedih. Yang disebelah kanan, sesuatu seakan daging. Masih berdarah dan berbau hanyir. 

" Apa ni? Kenapa kaca dan benda berdarah ni awak bagi pada saya? "

Dia tersenyum. Tiba-tiba, baju yang dipakai ditanggalkan. Ada lubang sebesar dua penumbuk di dada kanan. 

" Awak, kenapa tu?!"

Dia senyum sebelum bercerita.

" Awak, tadi sebelum saya kemari saya terjumpa seseorang. Dia yang pernah hadir dalam hidup saya. Saya hairan, kenapa dia mampu hidup bahagia tanpa saya. Saya kejar dia. Saya jerit panggil nama dia. Tapi dia tak dengar. Saya pelik. Kenapa dia macam tak perasankan saya. Kemudian, di sebelahnya ada seorang lelaki sedang mengendong seorang bayi perempuan. Comel awak. Muka bayi tu seakan muka dia. Dan bila saya raba dada saya, lubang yang dulu kecil semakin membesar. Sakit sangat. Itu saya keluarkan hati saya. Saya ingatkan luka. Rupanya tidak. Tapi kenapa sakit sangat? Dan sekarang, saya tak tahu apa nak buat dengan hati saya ni. Awak, boleh tolong saya?"

" Tolong apa? "

" Tolong, jahit dada saya ni. Masukkan semula hati saya ke tempat asalnya. Awak tolong rawat hati saya ya? Sakit sangat. Saya nak nangis. Tapi air mata tak mahu keluar. Awak boleh tolong kan?"

Senyum.

" Untuk awak, apa saja saya akan lakukan. Mari, baring sini. Pejam mata. Proses ini mungkin sedikit sakit. Tapi harap awak bertahan ya. Saya janji, saya akan rawat hati awak sampai sembuh. "

" Terima kasih. Saya sayang awak. "

" Saya juga. "


-tamat-

6 comments:

Mia said...

amboi . untung ada yang sudi merawati :)

PemilikCahaya said...

semakin hari semakin menarik karya kt umah mawas ni...agak2 bila nk terbit kan zine sndiri? balik2 bukak link kt atas ni asek under construction saja..

Tie HT said...

penuh maksud yg dalam story ni..teruskan berkarya.. :)

cik bulan said...

hati saya juga boleh? *bg jarum

AmyZana said...

Amboi sweet nya. Mule2 ingatkan kenapa pulak dia kasi perempuan tu daging warna merah

Manusia yang tak dianggap said...

boleh terbitkan zine sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...