Monday 31 December 2012

Kekanda Beta.

"Dimana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah 
dan berhati patah hidup gelisah"

  Aku menarik kerusi membetulkan duduk ku, sambil jari aku ligat membetulkan tune gitar yang makin kelaut, ah apa yang payah benar petang ini, hanya satu lagu sahaja. 
Dari jauh aku lihat adik berlari-lari melintas pagar, entah apa kena budak itu, ligat pula dia berlari, selalunya senja baru jumpa jalan pulang ke rumah. 

Aku terus hanyut dalam petikan gitar petang itu, pohon yang rendang, dan pangkin yang sederhana tinggi ini abah dirikan waktu kami adik beradik masih kecil, bila tingkat dewasa, abah ubah suai supaya lebih kuku,malam-malamnya disini lah kami mengaji bersama sama abah, kadang2-kadang makan tengah hari juga disini, lebih nyaman kata ibu, berangin.

Sedang aku hendak bangun, terasa getar dari kocek seluar jeans ku pakai, aku terus keluarkan, tanpa sedar aku terlepas gitar kesayangan aku, ah nanti dulu, telepon penting, mesti dari abang.Tanpa lihat dahulu skrin, aku terus slide untuk menjawab,

"Assalamualaikum, Adik!"

tepat sangkaan ku, abang yang jauh beribu batu menghubungiku, hampir aku meloncat girang!

"Waalaikumsalan, Abg! lama tak call. adik tunggu dah 3 hari, mana pergi, urm lupa adik ya?" rajuk ku bermula.

"eh tak la, abg sibuk sikit minggu ni, banyak tugasan, lagipun dah nak masuk winter kat sini, abg penat la adik, bukan lupa, jgn la merajuk. ni kan abg dah call"

"ye lah, abg sihat? apa khabar? skrg buat apa je, kat sini dah petang, adik tgh duduk main gitar je ni.. selamat bwk henpon kalau tak terlepas la abg "

"abg baru mandi ni, kat sini baru jam 7, kejap lagi dalam jam 8 abang ada kelas, tiba2 teringat adik, rindu pulak pada adik penguin abg ni.. hehehehehe. jgn marah. abg tak sihat, demam sikit, demam rindukan adik kot.. "

aku tergelak kecil, senang hati dengar suara abang kesayangan.

" ni abg nak bg tahu, nanti abg balik, adik tunggu abg kat airport eh.. rindu la nak cubit pipi adik yang macam hamster tu! abg nak g kelas ni, nanti abg call adik semula, jaga diri baik2, abg syg adik"

Sesudah menjawab salam, aku berlagu riang, begitu akrab nya ikatan kami berdua, walaupun bukan darah daging aku, bukan abang kandung , tapi aku syg seperti abg sendiri, saat aku kenal dia, mula dari aku jejak kaki ke kolej, dia yg banyak membantu aku. Beza umur setahun tak jadi masalah pada kami berdua, aku lebih senang bermanja dengan dia, bahkan ada ketika dia perkenalkan aku sebagai, " this is my younger sister, the lovely and sweet!" .

Adik yang cengeng katanya, kadang dia juga panggil aku adik penguin, sebab  katanya aku berjalan macam penguin, comel sgt, hingga abang senior semua akui.. ahahahha.. teringat semua momen waktu belajar dahulu, rezeki abg murah, bila ditawarkan untuk mengikuti kursus ke luar negara melalui cawangan Universiti kami dulu. aku tumpang gembira.

Walau pun abang jauh di kota United Kingdom, tapi sayang dia pada aku tak pernah kurang, boleh dikata hampir hari-hari dia akan hubungi, mesej dan kadang2 chatting, aku senang bercerita apa yang berlaku sekitar aku, tentang hubungan takjadi aku, tentang bosan dengan kerja, dan kadang2 soalan2 yang pelik2.. tapi itulah abg, setia mendengar, setia memujuk, setia menjadi yang menyenangkan untuk aku.

Malam itu, aku tak sedap hati, tidur seakan tak mahu lelap, sedang esok harus kerja, puas aku ke kiri, puas kekanan, tetap tak mahu lena, dan seperti tahu keadaan aku, deringan telepon bimbit melayani gundah aku. Abang, aku curhat pada dia tentang masalah serabut kepala aku, seperti biasa, dia ada, dan menenangkan. cuma malam itu, dia sedikit beda atau aku hanya ilusi?

" Adik, janji ngn abang, apa pun jadi adik teruskan hidup tau, tak mahu jd cengeng, tak cantik kalau adik nangis, adik kena kuat, apa pun abg tetap sayang adik , adik abang satu satunya dunia akhirat"

aku mula rasa pelik, selama aku kenal abang, belum pernah abang berpesan yang enggak2.aku tertidur dalam hati yang galau berkocak goyah, seakan ada sesuatu. Tapi aku segera usir rasa itu. 

Kerja aku berjalan seperti biasa esoknya, masih sibuk, dan masih juga penat. Kadang aku sempat kerling pada henpon ku, tak ada miscall atau text, aku dilanda risau, ah tak ada mungkin.selesai waktu pejabat, aku kembali ke rumah, Ibu pelawa aku makan, aku cuma bilang, aku tak sedap hati pada Ibu, aku terlena hingga maghrib, tergesa-gesa mandi, dan bersedia untuk solat, aku terima satu pesanan ringkas dari sahabat, 

" Kak, ada berita nak bg tahu ni, kak reply text ni kak"

tak lama, telefon berdering, lantas aku menjawab,

"ya Tia, ada apa ni, kalut semacam ni."

" Kak, kita nak bg tahu akak ni, tapi akak sabar eh, kita cari akak kat FB n Twitter, tapi akak tak ada, Abang akak dah tak de, dia meninggal baru kejap tadi, kak, sabar eh"

Aku rasa kosong, kosong yang tak mampu aku nak jelaskan. Aku keluar mendapatkan ibu, aku peluk erat ibu, aku menangis semahu mahunya, aku katakan pada ibu, abang dah pergi tinggalkan aku, Ibu juga terkejut, ibu menenangkan gelora aku. Aku seperti hilang arah, hilang punca. aku diam, tak tahu mahu buat apa. Aku buka FB dan Twitter, rakan2 saling ucapkan takziah, tak kurang yg bertanya dan bimbang soal aku.

Aku bungkam, kenapa abang. kenapa.
baru semalam abang call, baru semalam. Tak kan hari ni dia dah pergi.
Aku diam, aku kosong.

AKu cuba lelapkan mata, dan bila aku bangun esoknya aku harap ini semua hanya mimpi belaka, abg aku masih ada, cuma dia sibuk dengan aktiviti dia. Aku tidur dalam linangan air mata yang tak mahu berhenti.

Hari kedua Arwah abg pergi tinggalkan aku dan semuanya, aku seperti masih tak mahu terima apa yang terjadi, berita-berita internet sudah mula tersebar, di dada akhbar, dan paling menyeksa aku, bila berita abang keluar di kaca televisyen, aku hilang arah. Dan disudahi dengan demam panas.

Ibu dan kawan-kawan terdekat banyak menasihati aku,hari ketiga aku masih diam. mata kian membengkak, telepon masih ditangan, aku menunggu panggilan dari abang.

Ibu peluk erat aku.

"Nak, ibu tahu berat, ibu tahu kehilangan yang ini menyakitkan, tapi sayang abg kan? kesian dia nak kalau terus meratap sedih begini, kalau sayang abang, redhakan dia pergi, kalau sayang ikhlaskan, janji ALLAH pasti nak, satu hari bertemu kembali"

dingin ibu cium dahi aku.

Kalam Al-quran  ditangan aku, buat pertama kali, aku lagukan ayat2 suci untuk abang, doa dan segalanya untuk sejahtera abang, aku lepaskan dia, aku redha jika ini takdir tuhan. Semoga aman dikau disana, kekanda beta.

Majlis Tahlil untuk arwah abang telah aku sempurnakan, doa2 juga turut aku kirimkan, hampir sebulan, genap arwah abang pergi, tapi aku masih rindu, rindu yang aku tak mungkin luah untuk dengar kan dia lagi, rindu untuk dengar ketawa dan bahagia dia. 
Dan aku, terus tabah dan tenang hadapi segalanya. 
Janji adik pada abang, adik akan tabah, kita akan ketemu nanti. ameen.

Aku semadikan, nama abang pada gitar kesayangan, biar kekal disitu, gambar2 arwah, pesan2 dan segala pesan, masih aku ingat dalam memori, takkan padam, Keluarga kandung arwah juga amat baik dan Ibu arwah pinta aku panggil beliau dengan gelaran Ibu, adik kandung arwah juga bahasakan diri sebagai Angah. sungguh aku terharu, aku temui sesuatu dan abang pergi tinggalkan aku dengan sedikit kekuatan. 



"Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi 
Tinggalkan sendirian 
Tiada berteman dalam kesepian 

Dunia terang menjadi gelita 
Cahaya indah tiada bergema 
Keluhan hatiku membawa derita 
Kini kau jua tak kunjung jelma 

Di mana kan ku cari ganti 
Mungkinkah di syurga 
Untuk kawan berduka 
Menangis bersama, selama-lamanya "








AL-Fatihah almarhum kekanda beta
Fazli Fadzilah
5 Disember 2012
United Kingdom, (disemadikan di rumah keluarga kandung beliau, Felda papan timur, Johor)

Dedikasi buat teman-teman seperjuangan di UK, di Cyberjaya, buat AYAH dan IBU arwah, pada adik beradik kandung arwah, semoga kita semua tabah dengan kehilangan beliau, Arwah dikenali sebagai insan yang paling disenangi,dan saya berbesar dan terharu bila keluarga arwah terima saya, terima kasih Ibu dan Angah. (Faizal), Moga kita sama-sama tabah melalui , dan arwah sentiasa kekal hidup dalam kotak memori. 

Artikel
Artikel 2
Artikel 3


Ameen.




Niya Adriane.

1 comment:

AdinataGus said...

Saya baru first time di sini.Takziah kepada anda dan keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...