Sunday 9 September 2012

Traumatik

Aku hanya manusia
punya hati dan satu rasa
bila mana aku jualkan hati aku untuk dia
tapi akhirnya dipijak penyek

diam
bisu
aku terus kaku
melihat sekeping hati yang tidak berwarna
terkujur di situ

aku kutip sisa kasih tadi
aku simpan mati di dalam jiwa
janji aku,
tak akan ada lagi rasa yang akan aku jualkan
kerana aku cukup mati
cukup trauma fobia dengan hati-hati manusia
yang lebih ego tanpa ada rasa kasih tulus

fobia trauma
buat aku simpan matikan rasa ini
adakah ada ubat untuk penyakit ini?
temukan aku dengan dukun itu
untuk buang trauma rasa mati ini.

“Kambus dalam-dalam, terbang tinggi-tingi, pergi jauh-jauh “
Puisi  yang aku tuliskan pada diari yang akhirnya hangus dimakan api, aku terasa seolah cinta dan rindu aku sedang dibakar sedap api yang marak. Biar, biar terbakar semua, bawa hilang rasa sakit dan trauma cintakan dia. Dia yang bikin aku mabuk tentang rasa cinta.
Mungkin itu pertemuan terakhir, yang aku kira kesan nya cukup buat aku terkesan hingga hari ini. Dia sama sekali tak cintakan aku, Cuma kesian tentang siapa aku yang sibuk mengejar cinta dia,mengemis sedikit perhatian dia, hingga la dia akhirnya sayangkan aku sepenuh hati, tapi sayang bahagia itu tak lama.
“Zam, kau sayang kan aku tak? “
Pertanyaan yang keluar bila aku keluar makan berdua dengan dia, aku tenung raut wajah dia, dia selalunya tenang, memang begitu. Karakter seorang lelaki pendiam, penuh misteri itu yang buat aku gila, yang bikin aku mengejar siapa dia. Selama 5 bulan, kami berkenalan, aku belum tahu nama dia, latar belakang family dia, dimana dia tinggal, ringkasnya aku hanya tahu sebaris nama dia, Azam Affendi.
Bertemu lewat di muka buku, kemudian mengatur janji untuk pertemuan yang aku anggap pertama kali aku mahu kenali dia secara bersungguh-sungguh, pertemuan pertama yang meyakinkan aku untuk tinggalkan kisah silam , hanya kerana aku yakin tentang dia. Tapi siapalah aku, aku hanya gadis yang bisa mengolah cerita dan belum tentu kebahagiaan milik kami berdua.
“Kau nak aku sayang kau macam mana,Sofea. Kalau aku kata sayang, nanti kau mengharap, kalau aku kata tak sayang, nanti kau menangis. Cuba kalau ketemu, jangan persoalkan soal hati dengan aku, biar kita begini, aku ada selagi kau mahu aku ada”
Aku diam, tak banyak berkata, dan ya aku sedar bait kata-kata itu bikin air mata aku mengalir tanpa aku pinta, dia diam tanpa kata juga, dan akhirnya pertemuan yang bermula dengan keceriaan bertukar sekelip mata hanya kerana satu soalan.
Mungkin kerana dasar umur kami yang jauh beda, mungkin juga dia tak mahu komitmen, tapi aku hanya mahu dia tahu, aku terlalu sayangkan dia. Sayang yang aku rasa belum pernah aku pertaruhkan sebigini sekali. Tapi nyata, dia makin membuang aku, jauh-jauh dari hidup dia.Hari-hari ku makin sunyi, tanpa pesanan mahu pun deringan telefon, makin sunyi, makin jauh. Aku tahu dia sedang kerja, tapi tak ada kah sedikit ruang untuk aku?
Satu malam, sedang aku menangis , dan aku rasa sudah tiba masa aku lupakan segalanya. Ya dia boleh ketepikan aku, tak pedulikan aku, makanya aku juga boleh begitu, tapi sayang ini masih kuat,jika dia tahu aku cintai dia, sepenuh jiwa, aku harap Cuma dia kembali seperti sedia kala.
Kalau dia tak kembali, moga-moga dia bahagia dengan kehidupan dia, dan aku trauma untuk beri kasih, dan segala yang aku ada pada dia.

Untuk Azam Affendi, Moga kau sedar ada seorang gadis benar mencintai, dan rela mempertaruhkan segalanya, tapi bila kau buang dia begini, dia bukan boneka. 




Karya Niya Adriane

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...