Saturday, 8 September 2012

lembaga


Semuanya bermula di sini. Di dalam bilik ini. jika hendak digambarkan suasana ruang ini, tiada apa yang boleh aku banggakan. Ia hanyalah sebuah kubikel empat segi yang hampir sama panjang dan lebarnya dengan bilik bilik rumah teres lain. Yang beza mungkin aturan perabot ataupun cat yang terlekat di dinding. Streotaip.
Aku ingat lagi, sedari kecil aku terlalu asyek dengan cerita cerita ber-genre seram yang sudah bersepah ditayangkan di setiap siaran televisen. Cakap saja apa jenis hantu yang wujud dalam negara ni, semua aku tahu. Ruang otak aku yang baru saja menjangkau usia 10 tahun tika itu sudah mula menyerap pelbagai jenis nama dan rupa bentuk hantu di negara ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan budak kecil seperti aku, jika melihat cerita cerita di kaca tivi cukup mudah terbawa hingga ke tidur.  
                Mungkin dek kerana sudah pelbagai jenis cerita ber-genre seram yang aku tonton, jadi segala jenis watak yang dipertontonkan mudah untuk aku bawa hingga masa tidurku. Satu malam dulu aku masih ingat, ia hanya malam malam biasa yang mana sinar mataharinya tiada dan bulan sedia bercahaya, cuma yang ganjilnya aku nampak kelibat seekor lembaga hitam yang saiznya tiga kali ganda aku berada betul betul di depan muka pintu bilik. Jika diingatkan balik aku sendiri tidak pasti apakah lembaga itu muncul di dalam mimpi aku ataupun aku benar benar sedar masa itu. Dengan perasaan bercampur baur tika itu, aku hanya mampu membuka kelopak mata lebih kecil dari kebiasaan untuk melihat reaksi lembaga itu. Lama aku perati, hampir 5 minit mungkin, tiba tiba terdengar suara mama ku dari bilik sebelah yang entah apa yang dimahunya. Aku pandang semula kearah muka pintu, kelibat lembaga tadi sudah hilang dari pandangan mataku.

Pagi esok harinya aku terjaga dari tidur., aku lihat mama sudah berada di dalam bilik. Mama tak pandang aku, mungkin dia sibuk mengambil pakaian pakaian aku yang bersepah di atas lantai. Mama memang rajin. Setiap hari mama pasti datang kutip pakaian kotorku untuk dibasuh. Aku bertanya pada mama, “mama, Adib nak tanya, hantu yang dalam tivi tu semua betul betul ada ka?”
Mama hanya senyum manis dengan pertanyaan aku, bingung aku dengan perilaku mama. “takdalah sayang, semua tu berlakon saja. Dalam dunia ni mana ada hantu Dib”.
“tapi ma, semalam Adib nampak hantu di depan pintu bilik. Besar ma, tapi bukan warna putih, rambut dia pun tak panjang ma”.
“Ish Adib ni, Adib mengingau tu. Letih sangat gamaknya”. Mama berlalu pergi keluar bilik dengan dua tiga helai baju baju kotor aku.

****

Malam seterusnya aku sering terjaga dari tidur, tapi aku sudah tak nampak kelibat lembaga haritu. Tapi beberapa malam selepas itu, aku terjaga. Tapi sayang, mungkin aku terjaga lewat sedikit kerana lembaga yang tempoh hari tidak lagi berada di depan pintu tapi ia sudah di atas katilku dengan menutup mulut aku dan memegang kemas dua belah tanganku dengan tapak tangannya yang kasar dan besar itu. Tiada apa yang dapat aku buat melainkan cuba untuk lepaskan diri dari cengkaman lembaga itu. Betul, ia lembaga besar. Aku yakin aku tidak mimpi, Cuma bezanya ia punya tanduk di tengah badannya. Sekelip mata, badan aku dipusing dalam keadaan meniarap,tengkuk aku ditekan kuat ke bantal. Aku tak tahu apa yang terjadi tetapi yang aku sedar air mata ku mengalir keluar menahan sakit.

Esok paginya aku terjaga dari tidur, aku lihat di tepi katil ada nenek dan seorang doktor di sampingnya. Entah apa yang meraka cakapkan aku tak pasti. Aku cuba untuk betulkan postur badan tapi terasa sakit di bahagian punggung. Di ruang tamu, aku dengar riuh rendah suara mama yang seakan menahan menangis dalam amsa sama memekik memaki hamun papa ku. Rupanya baru aku sedar, papa ku ialah lembaga yang aku sering mimpikan.

Kini, usiaku sudah menjangkau 20-an dan aku sering punya masalah untuk tidur malam. Aku yakin, dalam dunia ini ada banyak lembaga seperti papaku. Trauma

5 comments:

Ridhuan Samsudin said...

ah ah ah

SCOVΛΤE-ΛLΙ said...

sebelum apa apa. aku harap takdak yang direct kata cerpen ni berkisar pasal seks semata macam cerpen sebelum ni. ada isi tersiratnya.

Miss Lynn said...

tak lucah pun. persetankan apa pandangan orang. yang positif, ambil kira. yang negatif, jadikan pengajaran. :)hehe.

run aziluz said...

trauma baca T__________T

SCOVΛΤE-ΛLΙ said...

Miss Lynn - haha. tak tak. bukan apa. kena inform jugak takut mesej tak sampai. :)


run aziluz- ahahah. we wait karya sulung orang kuat #sayapatah di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...