Tuesday, 5 June 2012

superhero tanpa nama

“Lari! Lari sepantas yang boleh! Jangan sesekali kau pusing dan melihat apa di belakang! Teruskan Berlari!”

Dia menjerit ke arah gadis itu, yang sedang ketakutan diganggu sang penyangak yang cuba untuk meragut maruah dan harga diri si gadis. Dia berdiri yakin sambil mengenggam penumbuk. Pantang datuk neneknya mengalah sebelum melangkah. Ini bukan kali pertama. Dia sudah muak sama berita di media tentang sang gadis yang di ragut maruahnya tanpa belas kasihan. Kali ini dia akan campur tangan. Bertindak melawan sedaya mungkin.

Sang penyangak tersenyum melihat dia berlagak berani di hadapan. Batang kayu dalam gengaman di pegang erat. Sang penyangak kedua bersedia dengan pisau di tangan. Sudah lama rasanya pisau itu tidak bertemu si merah pekat. Rindu gamaknya. Mungkin hari ini hari bertuah sang pisau.

“apa sial sangat perangai korang? Dah tak puas jadi sampah? Nak menghancurkan harga diri si gadis tak bersalah?”

“kau sibuk kenapa celaka! Ini bukan masalah kau, tapi kalau kau dah memaksa. Bersedialah.”

Sang penyangak kedua menghampiri sambil menghayun pisau.  Malang sekali buat dia, ilmu mempertahankan diri belum sempat untuk di pelajari. Pisau yang di hayun penyangak kedua cuba di tepis tapi malang. Sia-sia.  Darah pekat mengalir hasil tepisan tangan yang tidak berhasil. Dahi berkerut menahan sakit. Sang penyangak tersenyum melihat langkah pertama berjaya.

Sang penyangak lari sambil mengangkat batang kayu di tangan. Sasaran utama di kepala. Dia sempat mengelak tapi pisau mencium paha.  Dia cuba kekal berdiri tapi gagal. Pahanya berdenyut laju, saraf otak mula menerima impuls kesakitan. Dia mengerang. Melutut di hadapan penyangak.

Kedua penyangak tersenyum. Satu sepakan tepat di muka, satu sepakan tepat di dada. Dia terbaring. 
Mengaduh sakit. Tapi hatinya masih kental. Kali kedua cuba berdiri, tapi di halang dengan hayunan batang kayu di peha buat kali kedua. Kembali terbaring lemah. Darah mengalir laju menghalang dia dari gagah melawan.

Dalam kesakitan dia berdoa mengharapkan keajaiban berlaku. Mengharapkan tiba-tiba ada malaikat turun dari syurga dan memberinya kekuatan untuk melawan. Mengharapkan tiba-tiba ada insan prihatin datang bersama insan prihatin yang lain dan membantunya melawan kejahatan. Mengharapkan...

 BAMMMM!!!

Belum sempat dia menghabiskan doanya, sang penyangak menghayun sekuat hati batang kayu di kepalanya.  Darah mula membasahi rambutnya, perlahan-lahan dia mula lupa kenapa dia di sini, perlahan-lahan 
pandangannya mula kabur.

Sang penyangak masih belum berpuas hati, sekali lagi satu tendangan tepat hinggap di perutnya.  Perlahan dia terkebelakang. Impuls sakit di otaknya mula kabur, dia lupa segalanya. Sang penyangak tersenyum.

“lain kali, jangan berlagak hero”

Pisau di tangan di temukan di lehernya, perlahan-lahan pisau itu bergerak dari kiri ke kanan. Menghiris kulit lehernya, dan menarik nyawa dari badannya.

“dah, jom blah”

*******************************
“seorang lelaki tidak dikenali ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di lorong mulia 48 semalam. Dengan kesan hentakan benda tumpul di kepala. Dia disyaki akibat kehilangan darah daripada kesan kelaran di leher.  Polis masih mencari suspek. Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih seandainya ada masyarakat prihatin yang tampil untuk memberi keterangan supaya pembunuh lelaki ini dapat di bawa ke muka pengadilan”

“that’s it. Aku tak tahan lagi, manusia sekarang makin celaka. Mulai hari ini, aku akan membantu sesiapa saja di dalam kesusahan. Aku tak mahu lagi kisah-kisah begini menjadi berita utama di media”

Monolog seorang manusia yang sedang makan tengahari di kedai mamak berhampiran tempat kejadian.

Dan esoknya berita yang sama kembali terpapar sebagai tajuk utama di media.
Superhero tanpa nama.

4 comments:

maina said...

manusia semakin zalim. aku tak tahu kenapa.

inche hlovate said...

zalim betul!

Adylia Qarissa said...

kejam! huh

semutsengal said...

kalau tajuk superhero tanpa akal pun ok jugak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...