Sunday, 3 June 2012

The Hulk : Suatu Kenangan

Mak Siti dan anaknya, Halimah tinggal berdua di sebuah kampung yang terletak di Parit Buntar, Perak. Semenjak suaminya meninggal dunia, Mak Siti lah yang menyara kehidupan mereka berdua beranak. Mak Siti memperoleh pendapatan hasil dari menjual kain tudung di pasar malam. Setiap malam sebelum tidur, Mak Siti dan anaknya selalu berbual-bual bagi menghilangkan kebosanan.

"limah, kau sorang je lah harapan mak, belajar elok-elok ye nak. jadi orang yang berjaya. jangan jadi macam mak. sekolah tak habis. hurmmm" Mak Siti mengeluh. "ye mak, limah ingat pesan mak tu. limah janji, akan jadi seorang yang berjaya, dan limah akan buat mak rasa bangga dapat anak macam limah" jawab Halimah. "kalau lah arwah bapak kau ada lagi, mesti dia bangga dengan kau limah” jawab Mak Siti sambil mengesat air mata yang mula mengalir perlahan.

“bapak dulu kuat ke mak?” Halimah memulakan cerita. “ehh, mesti lah kuat. Kalau tak kuat, macam mana boleh dapat kamu. Hikhikhik” jawab Mak Siti sambil tersipu-sipu. “amboii mak ni, kesitu pulak perginya, maksud limah, kuat ke bapak masa lawan orang-orang jahat dulu? Yang mak cerita pasal hal dalam kelambu ni kenapa? Amboii amboiii” Halimah tergelak kecil. “eh lah yeke? Sori mak terover pulak tadi. Kau tau je lah limah, mak kan dah lama menjanda. Hihihi.” Mak Siti juga tergelak kecil. “makkkkk! Eeee cepat lah cerita…” Halimah kelihatan tidak sabar untuk mendengar cerita dari ibunya.

“ok2. Mak masih ingat, dalam tahun 60-an macam tu, masa tu kami muda lagi. Tak kahwin pun lagi. Eh dulu kan, bapak kau tu, amboi kemain bergaya lagi. Kau tau jeffrydin? Haaaa. Dia tu dulu bestfriend bapak kau lah. Diorang sama-sama pergi konsert dulu. Masa kat konsert tu lah kali pertama kami bertentang mata. Ewahhh. Yang sebenarnya mula-mula tu mak minat kat Jeffrydin. Mak tak pandang pun bapak kau tu. lepastu kan, nak dijadikan cerita, entah macam mana tiba-tiba ada orang jahat datang serang kami masa kami tengah on de way nak balik rumah. Mak tumpang diorang masa tu. Bapak kau, dengan beraninya keluar dari kereta, terus berlawan dengan orang-orang jahat tu semua” cerita Mak Siti dengan penuh bersemangat.

“Tapi harap berani je lebih, last-last dia yang teruk kena pukul. Masa diorang gaduh tu, mak dengan jeffrydin lepak dalam kereta je. Kami tengok dari dalam je. Masa tu mak ingat bapak kau dah mati kena pukul. Tiba-tiba mak nampak dia macam mengamuk. Lepastu badan dia tiba-tiba jadi besar, jadi kaler hijau. Habis baju dia koyak. Tinggal seluar jean je. Itupun panjang had lutut. Lepas tu apa lagi, dia pun belasah lah semua orang-orang jahat tu. Akhirnya bapak kau menang. Lepas je dia menang tu, dia terus jadi kecik balik. Mak pulak terus keluar dari kereta tu tinggalkan jeffrydin. Dan mak terus jumpa bapak kau, mintak couple. Lepastu bapak kau sudi jadi boifren mak dan akhirnya setelah hampir dua tahun bercinta, kami pun berkahwin dan tak lama lepastu kau pun lahir. Awwww so sweet” tambah Mak Siti lagi.

“wahhhh. Kuat betul ye arwah bapak” Halimah teruja mendengar cerita dari ibunya. “erm kuat jugak lah. Kalau tak, takdelah mak minat kat dia. Dah lah hensem, taf pulak tu. awwww. Ok lah, sudah-sudah lah tu. jom tido. Besok mak nak kena bangun awal sebab pasar malam yang selalu kita berniaga tu, bukak pagi pulak. Apabendanya entah diorang ni. Selamat malam sayang” ucap Mak Siti sebelum mencium dahi Halimah dan kemudiannya terus melelapkan mata. “ok, selamat malam mak”. Jawab Halimah.

rawrrr!

10 comments:

semutsengal said...

kesian mak siti. eh, hulk pun bole mati eh ? aku ingat kebal sangat.

nitnot said...

hulk hensem? jadahnya. hahahah hijauuuu busuks !

mana lah kau dapat idea kan? terer betei.

si robot comel said...

apa yg terjadi pada jeffry din lepas tu? mesti dia kuciwa en?

ABU said...

Mak dia msti suka tengok the avengers.. Imajinasi tak menahan hehehe

Aqim said...

anip

ya beliau boleh mati.
sedangkan jalan pun boleh mati, inikan pula hulk.

Aqim said...

nitnot


hensem lah!
ya terima kasih. :)

Aqim said...

madi


dia kemudiannya menjadi seorang penyanyi sehinggalah ke hari ini.

Aqim said...

abu


walaupun imaginasi mak dia hebat, namun dia masih tetap sayangkan suaminya sampai bila2. hahaha

inche hlovate said...

haha..giler kuat bapak limah..

Aqim said...

ya, arwah bapak dia dulu hulk.
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...