Sunday, 27 May 2012

Golok

Disebuah kampung bernama Kampung Seri Aman Makmur Bahagia Sentosa, dikatakan ada seekor makhluk berupa manusia separuh monyet dan separuh lembu. Mungkin kombinasinya seperti kelakar, tapi makhluk ini sangat ganas dan tak berperikemanusiaan. Ada sahaja kes orang hilang dihutan, dan keesokan harinya dijumpai dengan badan bercerai berai. Anak Wak Sameon contohnya, mati dengan tangan dijumpai dbawah pokok durian, kaki dikebun serai Pak Mael, hidungnya pula tersangkut di piring Astro rumah Halimaton.

Makhluk yang spesis chimera ini dipanggil orang kampung sebagai Golok. Ini sempena peristiwa Hasnul Romly, pekerja kilang beras yang dibunuh makhluk ini dan kepalanya dijumpai di Sungai Golok, Kelantan. Tak ada seorang pun yang pernah lihat betul-betul rupa Golok ini. Sebab sesiapa yang jumpa Golok nescaya akan terus menjadi mangsa. Namun, ada beberapa orang pernah melihat Golok, orang itu adalah Tok Ketua kampung itu sendiri.

Penduduk kampung terasa terancam. Lebih terancam dari platipus dan Tasmania Devil dia Australia. Ini kerana setiap minggu akan ada sahaja mangsa Golok. Orang kampung hendak keluar menoreh pun tak berani, walaupun harga getah semakin meningkat. Jadi lebih ramai makcik-makcik menghabiskan masa duduk dirumah menonton Sinetron.

Pada suatu hari yang hening, Yasmin Talha terserempak lembaga berbulu, berbadan besar dan bertanduk ketika mencari daun palas di hutan. Yasmin Talha yakin itu adalah Golok yang digembar gemburkan itu. Dia menyorok dibelakang pokok palas. Walaupun takut, dia cuba lihat rupa Golok dengan lebih teliti Golok memandang kearahnya. Jelas wajah golok dimata Yasmin Talha. Namun eye contact yang berlaku menyebabkan Golok yang bengis mengejar Yasmin Talha. Namun nasib Yasmin Talha baik kerana beliau ada ilmu yang tinggi. Ilmu geografi maksud saya. Dia mencilok kecelah-celah semak samun dan keluar ke jalan besar. Golok sudah tidak mengejarnya. 

Dia selamat. Namun beliau masih tidak percaya apa yang dilihatnya tadi. Rupa Golok. Golok itu sebenarnya......

"Ah aku perlu bagitahu tok ketua secepat mungkin!"


Belum sempat Yasmin Talha beredar kerumah Tok Ketua, dia merasakan ada lembaga besar meluru kearahnya dari semak samun dibelakangnya.


"KTOKKK KTOKKK KTOKKK!!!" bunyi pintu kayu rumah Tok Ketua diketuk. 

"Siapa pula tu...adoi, tak boleh laa aku nak makan sekejap. " rungut Tok Ketua bergegas ke pintu rumahnya, sambil tangannya masih memegang ikan goreng.

"Siapa pul.........."  belum sempat Tok Ketua menghabiskan ayat, dia tergamam. 


Kepala Yasmin Talha diletakkan didepan pintu rumahnya dengan mata masih terbuka luas. Tok Ketua terpaku dan terjatuh kerana terkejut. Ikan goreng tadi entah kemana tercampak akibat terkejut. Tok Ketua mengurut-urut dadanya.



  


Perlahan-lahan dia merasakan ada lembaga besar mendekati dibelakangnya.


    



     "


6 comments:

Aqim said...

so...
golok tu apa sebenarnya?

si robot comel said...

aku pun tertanya-tanya,siapa golok?

arfasyrf said...

dia punya misteri buat aku baca 2,3 kali.

El said...

nanti mungkin ada sequel..haha

ABU said...

wah cerita bunu bunuh.. ada sambungan ke ni.. mcm gntung je...

El said...

sambungan lepas ni aku buat filem terus. Golok 3D. amacam?

muahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...