Tuesday, 29 May 2012

dendam

"berambus kau dari sini! aku taknak tengok muka kau dah! berambuslah weii!" jeritan aku semakin kuat. langsung tak dihindar orang sekeliling. sempat jugak aku bagi dia satu dua terajang. biarkan dia sakit. sakit di hati aku ni tak sama sakitnya macam kena terajang. biar dia rasa.
"baik. saya pergi kalau itu yang awak nak," ucap haris. tenang nadanya.

aku syak dia memang betul-betul ada perempuan lain. kalau tak, takkan dia boleh buat rilek je depan aku tadi. kena terajang pun macam tak kisah dah. "sial lah kau jantan!" getus aku dalam hati. waktu itu, setelah aku diputuskan sedemikian rupa, ditinggalkan tanpa sebarang sebab, hati aku hancur tiba-tiba. aku sangka hubungan ini hubungan aku yang terakhir. hubungan yang mampu bertahan sehingga menjadi halal, rupanya tidak.

aku terus memecut laju skuter kesayangan aku. apa nak jadi malam tu lantaklah. air mata turun laju sama laju dengan pecutan skuter aku. 180 kilometer sejam mungkin. dalam gelap malam, mata yang berair semakin kabur. sudah tak terlihat apa yang ada di hadapan. jalan makin sunyi. namun, tak sedikit pun rasa seram yang wujud dalam diri aku. "redah aje lah. kalau mati malam ni pun tu dah kira ajal aku." ucap aku perlahan.

dum! bunyi satu hentakan yang kuat. eh, rilek dulu. bukan aku yang eksiden. kucing bunting habis lenyek kena langgar dengan aku. perut si kucing terburai. bayi kucing yang belum sempat lahir habis hancur kepalanya. mungkin akibat digilis tayar. darah dari mulut si ibu kucing memancut keluar. jalan tar yang gelap itu dibanjiri dengan darah kucing. aku hanya mampu melihat. dan terus kembali memecut.

sorry, kucing. kalau tak disebabkan emosi aku yang stabil, aku takkan terlanggar kau. berdosa betul aku malam tu. ah, kalau tak sebab jantan tak guna tu, aku tak jadi macam ni. sampai sahaja di rumah, aku buat apa yang patut. tayar yang terdapat percikan darah aku cuci. takut orang salah tafsir aku pergi membunuh pulak. padahal aku terlanggar kucing je. ah! peduli apa orang kata.

dua tiga hari selepas kejadian malam tersebut, aku masih lagi dalam perasaan yang jilaka. masih lagi berkabung sedih di dalam bilik. makan tidak, tidur tidak, mandi pun tidak. seharian aku menangis. sampai satu masa, aku kelar tangan aku sendiri. sakit tu sakit jugak tapi sakit lagi hati sendiri.

ah, bila nak sampai part yang lagi ngeri ni?

**********

5 bulan kemudian, selepas insiden aku ditinggalkan dan jugak insiden aku langgar kucing, bekas pakwe aku, haris ajak aku keluar dinner dengan dia. waktu tu, takde apa yang aku harapkan melainkan tiada satu bala pun yang akan terjadi malam tu. entah kenapa hati aku berat untuk terima pelawaan dia. tapi apakan daya, terlajak perahu bolehlah nak undur, terlajak kata nak undur macam mana lagi. janji pun dah dibuat. nak taknak aku kena jugak keluar dengan dia malam tu.

berlokasikan restoran bertaraf 4 bintang bagi aku, aku syak yang mamat ni nak bagi aku surprise. mana taknya, sepanjang aku pegang title awek dia dulu, tak pernah lagi aku rasa dinner dekat tempat mahal-mahal, paling mahal pun dekat restoran makcik senah tu. paling cikai pun minum teh tarik kedai mamak temankan dia tengok bola. aku syak dia nak rujuk balik dengan aku lah. aku syak lah. aku tengok dia. dia tengok aku. atas bawah. aku tengok dia dah banyak berubah. dulu dia nak date dengan aku pun pakai jeans lusuh, tshirt takde kolar. sekarang ni, berkemeja siap dengan tie lagi. eh, ni nak pergi interview ke apa ni?

"awak, saya ada something nak bagitau ni." ucap haris perlahan. aku tak nafikan nada suara dia malam tu cukup romantis.
"apa dia?" ucap aku acuh tak acuh. konon merajuk.
"hmm.. saya taktau lah kalau awak boleh terima ke tak semua ni."
"apa? nak suruh saya terima awak balik? lepas 5 bulan awak tinggalkan saya, awak nak suruh saya terima awak balik?" aku cuba meninggikan suara. tapi masih lagi terkawal. taknak mengganggu konsentrasi pelanggan lain yang datang ke restoran tersebut.
"bukan macam tu awak. actually.. hmm.. aaaa.. tu dia dah datang." haris terus bangun dari tempat duduknya sambil menyambut seorang perempuan tinggi lampai yang sedang menuju ke arah kami. "ini wawa, ex I. wawa, ni mira kekasih baru I." ucap haris. tersengih-sengih ibarat kerang busuk.

**********
helmet di tangan dihayunkan ke atas kepala haris. kepala haris dihantuk berpuluh-puluh kali dengan helmet sehingga terpancut darah dari kepalanya. haris merayu berulang-ulang kali supaya aku menghentikannya. tapi sedikit pun tak aku hiraukan.

"wawa, cukuplah. saya sanggup balik pada awak, kalau itu yang awak nak."
"ah, sudahlah! kalau dulu, boleh kau cakap dengan aku macam ni. tapi bukan sekarang. dah terlambat."

memang sengaja aku mengaturkan pertemuan malam ini di tepi tasik. tempat kami memancing ikan sewaktu bercinta dulu. pertemuan malam ini bukan seperti pertemuan kami sewaktu kali pertama berjumpa dulu. pertemuan malam ini adalah pertemuan untuk aku membalas dendam.

aku lihat haris semakin lemah. darah di kepala semakin deras mengalir. aku alihkan pandangan ke arah lutut haris. kali ini aku hentak lutut haris pula dengan helmet. 'krekkkkkkk.' bunyi retak. tempurung lutut haris retak. hampir sepuluh kali juga aku ketuk di tempat yang sama. ah, apa lagi yang boleh aku buat dekat mamat ni?

aku buka seat skuter. mencari apa yang patut. aku terus mencapai pisau. dah itu je pun yang ada. aku terus kelar perut haris.  haris semakin longlai. tapi masih lagi bernyawa. walaupun masih lagi nyawa-nyawa ikan, haris masih lagi mampu berkata-kata, "wa..wa.. te..ngok bbbb..belakang." ucap haris lemah. namun masih boleh didengar.

"kau apesal nak suruh aku tengok belakang?" aku menghiraukan kata-kata haris. jadah apa aku nak tengok belakang. dia nak lari dalam keadaan dia yang macam ni? jangan harap. ke ada pegawai pencegah maksiat datang? eh, tak mungkinlah.

'dushhhhhhhhh!'

belum sempat aku berpaling, kepala aku diketuk dengan objek tumpul. kepala aku berdenyut-denyut. aku terlihat mira dalam samar. belum sempat aku bangun untuk mempertahankan diri, aku diketuk lagi dengan objek tumpul tadi. pisau yang aku genggam dirampas. perut aku ditikam bertubi-tubi sehingga terpancut darah. rupanya mira bukan datang dengan tangan kosong. gergaji dan kapak juga dibawanya. aku taktau apa motif dia sebenarnya datang mencampuri urusan aku pada malam itu. mungkin dia datang untuk menyelamatkan kekasihnya. ah, aku tak mampu nak pikir apa lagi.

mira membelai haris yang sudah tersandar di pokok. aku lihat dia sempat lagi memberi ciuman pada haris. beberapa saat selepas itu, mira berjalan menuju aku kembali. kapak di tangan mira sudah mula rapat dengan anggota tubuh aku. kapak dihayunkan. dan semakin hampir leher aku. semakin hampir. dan hampir.

dan sampai situ saja mampu aku ceritakan. aku mati di tangan mira, kekasih baru haris. ajal aku berakhir dengan tragedi. tragedi yang ngeri. betul kata orang, tiada apa yang lebih mengerikan selain putus cinta.

4 comments:

Aqim said...

woww ganasnya mira!
kesian wawa.
sabarlah wawa.
eh, wawa wafiyyah kah itu?

anis madu said...

kahkahkah!
mohon kak wawa tak marah gua pakai nama dia.

Wawa.Wafiyyah said...

pengaruh saiko wawa wafiyyah tak cukup kuat dalam wawa yg itu..patut dia campak mira dari atas pokok..langgar dengan buldozer berkali-kali dan lenyek guna stimroll

si robot comel said...

hamboi kak wawa emosinya :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...